> 12

103 12 8
                                    

Dear Chimmy,

Rasanya dah beberapa hari aku tinggalkan kau. Aku sibuk dengan kerja kolej dan tahap kesihatan aku yang lemah menyebabkan aku tidak dapat melakukan aktiviti dengan lancar.

Selepas je aku bangun dari pengsan haritu, aku terkejut apabila ternampak tubuh seseorang yang lama aku tak nampak.

Jeon Jungkook. Adik tiri aku.

Aku tak ceritakan apa-apa pada Jungkook memandangkan dia baru sahaja balik dari Paris. Ya, dia belajar di Paris.

Kalau Taehyung tak ada untuk jaga aku, biarlah Jungkook yang gantikan tempat dia.

Aku sayang kau, Kook.

Love,
Jimin.

°°°

"Mana Taehyung?" soal Jungkook sambil membetulkan selimut di tubuhku.

Aku diam. Tak berdaya untuk menjawab soalan dari Jungkook.

"Kalau hyung ada masalah, ceritalah. Kook selesaikan. Ah, Kook duduk sini untuk beberapa hari tau. Eomma suruh." kata Jungkook dan aku hanya mengangguk.

Tiba-tiba, Jungkook memandang wajahku sedih.

"Kenapa ada darah tadi?"

Aku menggelengkan kepala tanda bahawa aku okay lalu tersenyum kecil.

"P-Pergi tidur."

Jungkook mengangguk akur seraya keluar dari bilikku.

Maaf, Kook. Belum masanya lagi untuk kau tahu.

[C] Soulmate | VMINWhere stories live. Discover now