< 18

100 11 7
                                    

No one's

Taehyung sedaya upaya menahan air mata yang bila-bila sahaja boleh keluar. Jungkook pula memandang sayu tubuh Jimin yang dalam keadaan koma.

Ya, Park Jimin yang selalu kita nampak dia tulis diari sekarang tidak menyedarkan diri langsung akibat perlanggaran dua hari lepas.

"B-Bangunlah Jim." kata Taehyung perlahan dan air matanya mula memainkan peranan. Sungguh dia tak malu untuk mengalirkan air matanya di hadapan Jungkook.

Masih Taehyung ingat lagi apa yang doktor beritahu mereka berdua tentang keadaan Jimin dua hari lepas.

"Doktor, macam mana keadaan kawan saya?" soal Taehyung laju.

Doktor itu menepuk bahu milik Taehyung lembut sebagai tanda memberi kekuatan.

"Keadaan Jimin sekarang kurang stabil. Akibat sakit yang dia alami membuatkan Jimin lemah. Jadi, sekarang dia dalam keadaan koma dan hanya bergantung pada mesin. Saya tak tahu bila dia akan sedar tapi kita banyakkanlah berdoa pada tuhan." kata doktor itu panjang lebar.

Taehyung kaku. S-Sakit?

"Maaf saya bertanya t-tapi Jimin ada sakit apa ya?"

Doktor itu memandang wajah Taehyung hairan. Kata kawan, tapi tak akanlah tak tahu Jimin sakit apa?

"Kamu tak tahu ke?"

Taehyung menggeleng lalu dia memandang wajah Jungkook yang hidungnya mula merah.

"Park Jimin menghidap pneumonia. Tak silap saya, minggu lepas dia ada buat rawatan di hospital tapi rawatan itu masih tidak cukup untuk memulihkan sakit yang Jimin ada."

Sekali lagi, Taehyung kaku. Kenapa dia tak tahu?

"Jimin akan sedar semula kan doktor?" soal Jungkook.

Doktor itu tersenyum nipis.

"Saya tak tahu sebab dia bergantung pada mesin buat masa ini."

Jungkook mengangguk faham seraya memandang wajah Taehyung.

"Kenapa kau taknak bagitahu aku yang kau ada sakit?" soal Taehyung sambil memandang wajah Jimin yang pucat.

"Bukan dia tak nak bagitahu, tapi dia takut kau akan tinggalkan Chaemin semata-mata untuk dia. Dia ada bagitahu yang kau mungkin akan menjaga dia sehingga kau lupa kewujudan teman wanita kau." kata Jungkook mendatar.

Sungguh dia tak faham kenapa Jimin masih berbuat baik dengan Taehyung?

"Kenapa kau mula cari Jimin bila teman wanita kau mula tinggalkan kau? Ke kau baru sedar kewujudan Jimin?" soal Jungkook sinis.

Taehyung diam membisu. Persoalan Jungkook membuatkan dia semakin bersalah.

"Kau tak tahu betapa deritanya dia bila kau tak nak balas mesej, tak nak angkat telefon, tak nak keluar bersama dengan dia dan tak nak menemani dia pergi ke hospital."

"Dia dah lama tahu yang Chaemin dengan Seokjin hyung tapi dia tak nak bagitahu kau sebab dia tahu kau tak akan percayakan dia. Kau akan percayakan Chaemin je!"

Kali ini, suara Jungkook kuat. Jika dia berada di tempat Jimin, sudah lama dia bunuh diri.

"Aku yang jadi saksi dia batuk darah, menangis setiap malam, baca balik mesej lama kau dengan dia, tengok gambar korang berdua dan aku juga saksi macam mana perasaan dia bila kau telefon dalam keadaan nangis. Masa tu, dia sedang buat rawatan dan kau telefon dia."

"Tak rasa bersalah? Tak rasa berdosa? Mana tanggungjawab kau sebagai kawan baik dia!"

Taehyung menunduk. Dia mengaku semua yang terjadi adalah salah diri dia. Dia terlalu leka sehingga melupakan sahabat yang sentiasa ada bersamanya.

Teettttttt

Serentak, Taehyung dan Jungkook memandang mesin yang berada di sebelah Jimin.

Jika sebelum ini, garisannya akan naik turun tapi sekarang garisannya sekarang lurus. Tiada naik turun.

"Jimin!"












Pneumonia - paru paru berair / radang paru paru

Gambar di atas merupakan gambar seorang pesakit yang mempunyai pneumonia.

Sumber : Google

[C] Soulmate | VMINWhere stories live. Discover now