> 11

96 14 18
                                    

Dear Chimmy,

Berita yang diberitahu oleh doktor petang tadi sungguh membuatkan aku takut. Bukan berita gembira malah berita yang menyakitkan.

Dalam perjalanan pulang ke rumah, hujan membasahi bumi. Ah, ayat puitis sudah.

Aku lalu di sebelah restoran mewah sambil membawa payung. Masa aku nak keluar jumpa doktor pun, aku dapat agak yang hujan akan turun.

Aku memandang restoran mewah itu. Ramai orang yang datang dan kebanyakannya orang yang berharta.

Saat mataku di hujung restoran, aku dapat melihat dengan jelas tubuh Taehyung dengan Chaemin. Taehyung juga melihat aku tapi dengan pandangan yang kosong.

Aku berpatah balik dan ingin balik dengan menaiki teksi.

I'm wondering, are you my bestfriend or my fakefriend?

Jimin.

°°°

Aku menyeka air mata yang galak mengalir selepas sahaja aku menulis diari hari ini.

Aku mengeluarkan telefon dan mendail nombor Taehyung. Kali ini, aku mahu tegur dia.

"Nak apa?" soal Taehyung seakan rimas. Dia tak suka aku telefonnya lagi.

"Jangan jadi bodoh hanya disebabkan cinta. Jangan jadi buta hanya disebabkan cinta. Sebab cinta, mudah sahaja kau lupa tentang kita. Siapa aku pada kau Tae?" luahku sambil menahan air mata yang ingin mengalir keluar.

"Jim..."

"Kau bodoh Tae! Kau langsung tak fikirkan aku! Kau hanya fikirkan minah yang dah curang dengan kau! Kau tak pernah tanya aku, aku sihat atau tak."

"Jim, kau jangan berani nak burukkan Chaemin! Aku kenal dia macam mana."

"Kalau satu hari nanti aku tinggalkan kau, dia pun tinggalkan kau, kau jangan nak bersedih pula. Kau jangan nak meraung nama aku pula. Sedarlah, yang kau baru sahaja dipermainkan oleh Chaemin."

"Park Jimin! Kita bukan lagi kawan. Anggap yang kita tak pernah kenal!" kata Taehyung kuat lalu mematikan panggilan.

Aku memegang dada yang tiba-tiba sahaja sakit. Sakit yang bukan biasa-biasa. Dengan darah yang masih ada di tangan, aku memegang dadaku. Terasa sesak.

Telefon di genggamanku jatuh ke lantai.

"K-kau lebihkan dia... yang baru sahaja beberapa bulan kenal berbanding a-aku yang dah beberapa tahun k-kenal?"

Aku menutup mata erat ketika sakitnya semakin mencengkam.

"K-kau jahat!"

Pandangan aku terus gelap.













Jujur, emosi sedih menguasai diri bila menulis bab ni :(

[C] Soulmate | VMINWhere stories live. Discover now