Mia POV
Bermulalah kisah ku setelah berpindah ke Golden International School atau G.I.S iaitu sekolah milik teman daddy ku . Aku berpindah atas sebab sebab tertentu.Mommy , Tengku Damia pada pagi itu membangunkan ku dengan suara lantangnya setelah puas abang , Tengku Afiq Arzani mengejutkan diriku yang tidak bangun dari subuh tadi .
"Tengku Aqasha Armia binti Tengku Rizal bangun dah pagi ni , Ya Allah kenapa lah susah sangat nak bangunkan kamu ni Mia " Jerit mommy sambil membebel bebel panjang .
"Arghh!kejap lagi lah mommy, mia tak puas tidur lagi ni " kata ku lalu menggeliat diatas katil queen milikku.
"Bangun woi dah lewat ni!” kata kakak sulung ku pulak , Tengku Aqasha Humairah pulak yang melintasi bilikku tadi.
"Erhm..ye lah nak bangun ni.." kata ku dengan malas dan tangan mengambil jam diatas meja .
"Dah pergi mandi cepat , abang dah tunggu kat bawah tu " jerit kak Mairah dari tangga rumah.
"Ok fine" Aku menggosok gosok mata ku apabila melihat jam , terus tubuhku tegak.
"Ya allah!dah pukul 6:50 pagi weyh dah lewat" kataku sambil menjerit dengan kuat.
"Haih!kau ni kalau tak terjerit jerit boleh tak?tuli jugak telinga aku ni kang.." marah abang ku yang kedua , Tengku Amir Arzani .
"Ish!" kataku dengan geram kemudian belari masuk ke bilik air yang berada dihujung bilikku .
"Mommy ni pun tahu lah orang kaya tapi takyah lah nak buat bilik aku besar macam ruang tamu hish!" Rungutku sambil menutup pintu bilik air .Setelah selesai mandi,aku terus memakai baju dan mengambil beg kemudian turun ke bawah untuk menjamu makanan yang berada di meja makan.
Lepas je aku sampai kat meja makan,aku duduk kat kerusi di sebelah abang Afiq.
"Woi!kut ya pun nak duduk hati hati lah sikit ini tak terus je" kata abang Afiq sambil buat muka terkejut bukan kepalang dia.
"Sorrylah bro bukan sengaja pun," kata ku sambil membuat muka merajuk.
"kau ni nama ja perempuan tapi perangai macam lelaki,ubahlah sikit perangai tu," marah abang Amir pulak , majuk lah aceni .
"Ermm.."itu jelah yang mampu ku katakan sekarang.
"Baik aku pergi awal nanti kalau lama lama kat sini boleh pekak teling aku dibuatnye dengar ceramah free dari dua orang abang aku ni,itu belum lagi di tambah dengan kakak aku tu," ucap ku dalam hati sambil makan dengan laju .
"Mia , kenapa kamu ni makan cepat sangat ni kena kejar hantu ke?" tanya mommy lalu menepuk lenganku.
"Tak dapa lah mommy , saja ja makan cepat sebab nak sampai awal kat sekolah baru tu ,"jawab ku sambil menayangkan gigi ku yang melekat besi berwarna biru.
"Ok lah mommy,Mia pergi dulu nanti Mia balik lewat sikit nak pergi mall ," Aku mencapai tangan mommy lalu menciumnya .
"Ye lah,elok elok kat sekolah tu nanti jaga perangai," pesan mommy kemudian mengusap kepala ku .
Setelah mommyku berkata begitu, aku terus masuk ke kereta yang mommy belikan untukku sewaktu aku mendapat A+ dalam semua pelajaran ketika f4 tapi bukan aku yang memandu.
Selepas itu,aku mengarahkan Pak Mat pemanduku untuk jalan menuju ke G.I.S.
END Mia POV
Hamizan POV
"Mommy mane qalish punye sock?" tanya ku sambil menggaru garu tengkuk . Mana pulak lah hilang nya benda ni .
"Tu ada dekat bakul tepi dinding " kata Mommy ,Tengku Maisarah dari bawah dengan lantang .
"Ohh ok" jawabku perlahan lalu menuju ke arah bakul disebelah dinding
Setelah selesai bersiap, aku terus menuju ke ruang makan dan duduk di sebelah abangku Zarfan.
"Harini,mommy dan abang kamu nak ke pekan kejap" kata mommyku lalu menyapukan jem ke atas roti.
"Ok" seperti biasa itulah jawapannya lagipun harini aku ada kelas tambahan dan perlu datang awal ke sekolah kerana ada pelajar baru dari tingkatan 5.
"Nanti Mizan balik pukul berapa?" Tanya mommy kemudian membetulkan tie pada leherku.
"Macam biasa lah mommy pukul 4:00 petang sebab ada kelas harini," balas ku sambil mengunyah kuih yang telah disediakan.
"Okelah petang nanti Salim akan ambil Mizan ye?"kata mommy lagi.salim ni pemandu keluargaku.
"Oke" jawabku sambil bersedia untuk ke collage.
"Mommy Mizan pergi dulu ye,Assalamualaikum" kataku sambil meraih tangan mommy dan menciumnya.
"Waalaikummussalam,"jawab semua yang ada di meja makan.
Setelah itu,aku masuk kedalam kereta dan mengarah pemanduku untuk berjalan menuju ke collage tempat ku bersekolah.
END Mizan POV
Please vote
Sorry kalau perkataan saya ade yang tak kena dimata readers..
YOU ARE READING
Tercipta Hanya Untukmu
RandomKisah lampaunya kian memburu disebabkan itu mommynya mencadangkan agar dia berpindah sekolah dan mereka meninggalkan kampung halaman hanya untuk kebaikan Mia . Trauma yang dihadapi Mia membuatkan dia takut hendak bercakap dengan orang namun kehadir...