BAB 13

18 3 0
                                    

Setahun kehilangan kekasih hatinya buat hatinya jadi merana , makan pun tidak ada selera.

"Sayang , sayang pergi mana? " tanya mizan sayu sambil mengusap gambar mereka bersama.

"Mizan , jom pergi ke masjid pengantin perempuan dah menunggu tu ," panggil mommy nya dalam keterpaksaan , dia harus menuruti kehendak Tengku Rayyan .

"Iye mommy " dia harus menikahi wanita yang tidak dia cintai dan memungkiri janji bersama Mia yang telah dia ukir , kerna baginya kebahagiaan mommy dan daddy adalah yang terindah.

-----------------

Tiga hari sebelum perkahwinan.

Walau apa pun jadi , dia tidak akan pulang ke malaysia.Dia tidak akan mampu memecahkan kebahagiaan yang tercipta itu.

"Mia , aku rasa kau patut balik lah jumpa mizan sebelum dia jadi suami orang , ikhlaskan kisah cinta korang berdua " kata Tengku Michaella binti Tengku Michael , teman dari kecilnya kemudian duduk disebelah Mia.

"Aku tak rasa pun aku patut balik, cha . Dah itu pilihan dia biarlah dia bahagia dengan bakal isteri dia tu " balas Mia dengan perasaan yang sukar hendak dilepaskan .

"Dad suruh kau balik " Michaella bukan tak tahu Mia masih cintakan Mizan kalau tak takkan lah muka mia sendu je.

"Kalau daddy suruh aku balik pun , aku taknak lah cha ," dia menguis nguis jarinya , air matanya sudah tidak dapat dibendung lagi itu akhirnya jatuh juga.

"Mia come onlah " Michaella akhirnya memutuskan untuk mengemaskan barang barang mia .

" oi apa kau buat nie ?" Marah Mia , lalu cuba untuk memberhentikan perbuatan Michaella.

"Aku nak kau balik malaysia " paksa Michaella lalu menepis tangan Mia.

"Aku takkan tinggalkan kak Syuhada ! " syuhada yang daritadi memerhatikan adiknya itu tersenyum .

"Mia , akak tau mia sayangkan mizan kan ? Baliklah mia " pujuk Syuhada lembut , dia tidak mahu adiknya mengorbankan kebahagiaannya demi dirinya.

"Mia boleh balik asal dengan akak " selepas saja mia berkata begitu syuhada mengangguk dan michaella jugak akan mengikut mereka ke malaysia.

--------------

"Aku terima nikahnya ... " belum sempat mizan menghabiskan lafaz nikah itu matanya tertancap pada wajah yang menjadi pujaannya.

"Mia .. " panggil mizan perlahan dalam keadaan sedikit terkejut , dia mengosok gosok matanya bagi memastikan perkara itu benar.

"Mizan sila teruskan " mizan menggeleng dan berdiri dari kusyen yang disediakan.

"Mia tunggu ! " jerit mizan apabila melihat wajah yang serupa dengan mia itu pergi.

"Mia hati-hati! " saat itu kaki gadis itu kaku tidak bergerak dengan satu saat segala-galanya kelam.

Mizan ditarik agar menjauhi tempat kejadian kerana dia harus meneruskan segala galanya .

"aku terima nikahnya Ain Nazihah binti Aziz dengan..." Perit rasanya bila menyebutkan akad nikah pada perempuan yang dia tidak kenal dan cinta.

Tercipta Hanya Untukmu Where stories live. Discover now