2

101 10 20
                                    

"Prof! Ada kecemasan!" Wonwoo yang tertidur di meja mengangkat kepala laju. Dia sempat menyeka air liur basi ditepi bibir sambil langkahnya laju menuruni anak tangga.

Keadaan wad kecemasan sesak dengan ibu bapa yang menangis memandang anak mereka dan nurse yang sedang cuba merawat luka luaran.

"15 pesakit total. Kemalangan bas sekolah dilanggar treler."

Wonwoo berpusing laju memandang anak buahnya.

"Macam biasa." Mereka yang lain mengangguk faham dengan ayat mudah profesor hensem itu.

Wonwoo berlari ke arah pesakit yang berada di hujung wad kecemasan.

"Yeon-joo? Dia pengsan ke? Dah berapa lama?" Wonwoo menyuluh sebelah anak mata Yeon-joo dengan lampu khas doktor, cuba mencari pergerakan anak mata.

Ada. Tapi lambat.

Wonwoo meraba leher gadis itu. Kemudian dahinya berkerut.

"SEDIAKAN BILIK OPERATION!"

"BAIK!"

"TOLAK YEON-JOO DENGAN SAYA SEKARANG!"

Wonwoo memanjat katil yang ditiduri Yeon-Joo. Dia melipat lengan bajunya makin ke atas. Wonwoo mula menekan dada gadis itu berkali-kali sambil mengira.

Dia mengulang perbuatan tersebut sehingga kepalanya terhantuk dinding di luar bilik operation.

"Kalau saya bodoh, saya tukar otak dengan awak." Jelinganya pada doktor-doktor yang ditugaskan bersamanya.

Ya. Ramai. Taktahu siapa yang dia nak tukar.

Selepas selesai mencuci tangan, Wonwoo masuk ke ruang operation dan mula memakai sarung tangan dan jubah biru yang dipegang kemas oleh nurse. Semasa nurse mengikat tali jubah dibelakangnya, mata tajam Wonwoo sempat menjeling bilik operation di sebelah.

Nampaknya Jabatan Pediatrik sibuk harini.

"Tanda vital?"

❤️

Dia keluar dari teksi selepas menyerahkan not bayaran. Nasibnya agak baik kerana masih sempat berlari mengejar teksi. Kalau tidak, memang mandi peluh dia menapak ke hospital yang gah ini.

Dia memandang bangunan di hadapannya. Hampir dia jatuh ke belakang akibat dongakannya namun sempat dia berdiri normal.

SEOUL UNIVERSITY HOSPITAL

Dia tersenyum memandang plag nama yang dipasang di lobi hospital tersebut.

"Cik Kim Somin?"

Somin memandang kanan. "Ya." Somin senyum mesra memandang muka doktor tersebut. Matanya kemudian meliar memandang dada perempuan itu. Dia menanggalkan kaca mata hitam miliknya.

"Mana tag nama awak?" Senyuman Somin mati. Dia memandang perempuan itu dingin.

"Er.. saya tanggalkan."

"Macam mana orang lain nak berinteraksi dengan awak? Saya pun tak kenal awak." Somin kembali menggayakan kaca mata hitamnya dengan bergaya.

"Maaf cik. Saya Min Ahnjong, doktor residen tahun empat bawah Profesor Jeon. Oh ya, prof tengah tunggu cik." Terang Ahnjong panjang lebar.

"Ya saya tau. Lagipun saya tak pernah tunggu sesiapa." Balas Somin berlagak lalu berjalan kearah lif.

Ahnjong terkaku. 'Nasib baik kau girlfriend prof pelik tu. Kalau tidak, rambut tu memang aku buat mop.' Getus hatinya dengan muka kerut seribu seperti meneran di tandas.

❤️

"Alah kau ni aku pijak kang. Apa? Kau nak aku ambil kau balik? Eh taknak aku. Kau nak culik sapa? S.Coups hyung? Asyila, nanti kau bukannya gaduh dengan aku, kau gaduh dengan Jeonghan hyung.."

"Ehem."

Perbualan ceria Wonwoo terhenti. Dia memandang si kekasih yang berpeluk tubuh, bersandar pada pintu.

"Eh Mingyu minggu depan kau call aku balik. Bye." Tak sempat dengar kata putus dari Mingyu, Wonwoo dengan pantas mencampak telefonnya ke hujung meja.

"Masuklah sayang." Somin masuk selepas jari ibunya menekan tombol pintu. Somin duduk di kerusi dihadapan Wonwoo.

"Lama I tak jumpa you." Mata Wonwoo menjamah muka gadis manis dihadapannya. Kedua-dua tangannya digunakan untuk menongkat kepala.

Rindu.

"Kenapa muka you- you nak terberak ke?" Mata Wonwoo bulat.

"Apa you ni?" Somin menjeling.

Wonwoo faham itu signal untuknya. Dia tau mood gadis di hadapannya tak elok.

"Okay, sorry. Kenapa ni sayang? You ada gaduh dengan sesiapa ke ?"

Wonwoo tau Somin ini anak yang berada, takkan lah dia nak tanya Somin cukup duit ke tidak. Kalau dia tanya macam tu, alamatnya dia lah yang terpaksa ikat perut berbulan-bulan.

Walaupun Somin ni kaya, nafsu kikis duit orang tu kuat tau.

Tapi tulah. Nak guna duit dia sendiri tu kedekut nak mampos. Punya sanggup naik teksi kehulu-kehilir semata-mata taknak bayar duit kereta, minyak dan service.

'Kenapalah dia takbeli basikal je?'

"YOU DENGAR TAK I CAKAP?"

"OI MAK KAU EH KAU NI GEMUK SEDAR LA DIRI TU NAIK JE LA TREN TAKNAK TREN KAU NAIK LEMBU EH LA LEMBU MANA ADA!" Wonwoo mengusap dadanya laju.

Mampos kau.

"YOU TERMENUNG WAKTU I CAKAP TADI? YOU INGAT PEREMPUAN LAIN KE? I KAT DEPAN YOU NI YOU BOLEH INGAT PEREMPUAN LAIN? EH SAPE PEREMPUAN TU, MEH I PIJAK MUKA DIA. EH ADA HATI NAK MENGORAT BOYFRIEND AKU. EH GERAM LA NI!" Somin menghentak-hentak kakinya.

Masa bila dia bukak high heels pun taktau lah.

"You.. malu lah orang kat luar tengok." Bisik Wonwoo perlahan.

Alah, setiap minggu diorang tengok benda sama.

Somin menjeling dan menghempas punggungnya yang flat itu ke atas kerusi tadi.

"Er.. you cakap apa tadi?"

"You nak I ulang ke?"

Wonwoo terdiam.

"Er.. yang awal tau. Bukan yang baru tadi." Dia tersengih kekok.

"My mom suruh I kahwin. Dia nak cucu. I dah suruh dia ambil cucu angkat macam yang you cakap haritu, dia tak nak." Ulang Somin sambil matanya melilau memandang bilik Wonwoo. Mana tahu, ada gambar perempuan lain ke.

"You. I busy lah. Macam mana I nak kahwin kalau setiap hari akan ada kes kecemasan?" Wonwoo mengeluh.

"Then, you taknak kahwin ke?" Soal Somin bersahaja.

"I nak kahwin tapi.." Wonwoo terdiam.

"Tapi?"

"I IS BUSY ISH I NAK NANGIS LAH MACAM NI!"

"OPOCOT MAK KAU SUPERMAN MAK AKU IRONGAS!" Latahan Taekwoon dari ruang mesyuarat di sebelah bilik Wonwoo menyebabkan Wonwoo kembali terdiam.

"My mom cakap kalau you bagi alasan yang sama macam tiga tahun lepas, ni kali terakhir I pujuk you. You pun tau kan I ni memang anak yang baik, patuh akan arahan mommy I. So, bye. Mommy suruh I kahwin dengan anak kawan dia."

Sengaja dia tak bagitahu nama anak kawan omma kesayangannya. Dia taknak Wonwoo tiba-tiba scroll ig feed dia untuk cari nama itu.

"Oklah, I balik dulu. Bye!"

Somin melambai Wonwoo dengan senyuman lebar.

[C] FATE || JWW ||Where stories live. Discover now