Wonwoo termangu.
Kahwin dengan anak kawan mommy? Mommy ada kawan ke?
Dia kembali meneguk tin soya sehingga ke titisan yang terakhir.
"Prof." Ahnjong memanggil perlahan. Dia cuba memandang ke tempat lain. Takut ye tengok anak tekak Wonwoo bergerak-gerak menelan air soya.
"Kenapa?" Dia melempar tin ke dalam tong sampah.
"Diorang tengah tunggu kat ruang meeting."
"Baik. Tin tadi takmasuk lah. Tolong masukkan jap. Bye." Wonwoo terus ke ruang meeting. Ahnjong terkebil.
Dia mengeluh. "Nasib baik prof je. kalau la kau bawah aku, memang setiap hari aku seksa."
"Bebel apa?" Taekwoon masuk dengan bekas air kertas yang direnyuk. Dia melempar ke dalam tong sampah.
"Eh takmasuk. Tolong eh. Tentiu." Taekwoon tersengih.
"GEWRAM KITE!"
❤️
"Min Dong-Hyun. Dilanggar dan kaki digilis kereta ketika melintas pada 13 Jun 2019 dan kini koma. Tanda vitalnya tidak menentu. Pernah mengalami jantung terhenti ketika pembedahan dan beberapa kali sewaktu koma. Ibu bapanya sudah meninggal dunia akibat kemalangan ketika bergegas ke hospital. Dong-Hyun mempunyai seorang adik perempuan berusia tujuh tahun, kini tinggal bersama jabatan kebajikan anak yatim. Dong-Hyun disahkan lumpuh seumur hidup." Slide gambar keadaan Dong-Hyun dipaparkan.
"Bilik mana sekarang?"
"Dulu beberapa bulan di ICU, kini dipindahkan ke ward 3-18A."
Wonwoo mengangguk.
"Doktor dia siapa?"
"Ketua Hwang tapi sekarang ketua ada seminar seminggu di Busan. Jadi hanya nurse yang menjaga."
"Gantikan dengan saya. Takut ada kecemasan waktu ketua takde." Wonwoo bermain-main dengan mukanya.
"Baik, prof."
"Seterusnya. James Hong berusia sembilan tahun. Mengalami batuk berdarah dan sesak nafas sejak sebulan yang lalu. James merupakan adik kepada Doktor Joshua dari jabatan Psikiatrik.."
"Doktor Joshua yang hensem tu?" Ahnjong menepuk meja terkejut.
"Min Ahnjong." Wonwoo memandang Ahnjong takpercaya.
"Saya hensem lagi kot." Wonwoo menjeling Ahnjong lagi.
"Er.. maaf prof. Ha sambung."
"Doktor Joshua minta prof jaga James dan segera laporkan pada dia sekiranya berlaku apa-apa. Tapi, keadaan James tak begitu teruk selepas menerima pembedahan minggu lepas. Dia sudah boleh bercakap dan ketawa seperti biasa." Gambar James tidur di atas katil kini dipandang semua orang.
"Baik. Letak nama dia bawah jadual saya." Tangan Wonwoo mula menyentuh hidung sendiri.
Slide diubah.
"Dam Seo-Yun. Berumur sembilan tahun tetapi tidak boleh bercakap kerana didera oleh makciknya. Dia diletakkan di kandang yang dipenuhi anjing dan juga dipaksa memakan makanan anjing. Dia sangat busuk dan ganas ketika sampai di hospital. Seo-Yun dibawa oleh seorang pegawai jabatan kebajikan setelah menerima panggilan dari orang awam."
"Doktor dia siapa?"
"Doktor Jung."
"Ada sebarang perubahan positif?"
Taekwoon berdehem. "Seo-Yun dah boleh menerima pergaulan dari orang luar. Dia dah boleh makan makanan biasa cuma dia masih perlu dikuarantin kerana dia berkemungkinan besar akan mencederakan pesakit lain. Keputusan MRI baik."
YOU ARE READING
[C] FATE || JWW ||
FanfictionJeon Wonwoo . Hidupnya hanyalah di hospital. Mempunyai seorang gadis pujaan hati, namun masih fokus pada kerjayanya sebagai professor di salah satu hospital terbesar di kota raya Seoul. Kim Somin. Seorang model yang menunggu professor Jeon untuk mas...