Dua bulan telah berlalu.
Somin juga telah discharged. Tetapi dia masih datang ke hospital setiap hari untuk melawat anaknya yang kini berusia sembilan bulan.
Dia dan Wonwoo sudah tidak bertemu, malah langsung tidak terserempak di hospital walaupun Wonwoo itu doktor kepada anaknya. Dia tahu akan perkembangan Minso pun dari nurse.
Last mereka berjumpa ialah di Pejabat Pendaftaran Korea. Itupun sekejap kerana Wonwoo ada emergency operation.
Somin mencebik.
"Kang kalau tak kahwin dengan dia as Mingyu minta kang berdosa.."
"Cik nak kahwin dengan prof juga ke?"
Somin yang hampir melatah, menekup mulut. Dia berpusing laju ke belakang.
"Eh Ahnjong. Eh tak lah. Siapa kata I nak kahwin dengan Wonwoo?" Somin kembali memandang anaknya di dalam inkubator.
Dia meneruskan pergerakannya yang tergendala akibat teringat kepada Wonwoo sebentar tadi.
Ahnjong berdiri di hadapan Somin, sebelah inkubator.
"Saya dah dengar dari Youngna dan doktor Jung." Balas Ahnjong perlahan.
Silap dia takde waktu peguam datang mengejut haritu. Kalau tidak mesti sampai sekarang dia kutuk Wonwoo. Haritu dia ada kenduri cucu jiran sebelah. Ibunya sendiri pula setiap hari bising.
"Rumah sebelah tu cucu pun dah kahwin. Omma ni jangan katakan cucu nak kahwin, anak pun takde boyfriend."
Ahnjong mengeluh di bawah sedar. Kang kalau Somin tu taknak, dia ingat nak tarik Wonwoo jumpa ibunya.
Untuk check kesihatan warga emas yang bergelar ibu itu.
"You ni. Gossip je tau." Ujar Somin sambil memandang Ahnjong.
Ahnjong ketawa perlahan.
"Youngna yang cerita. Saya dengar je." Balas Ahnjong sambil mengangkat bahu.
Telefon dalam poket seluarnya bergetar.
"Ya prof?"
Somin mengangkat muka. Wajah bujur milik Ahnjong itu dipandang.
"Ada dengan saya prof." Mata Ahnjong memandang mata Somin.
".. baik prof." Telefon disimpan kembali dalam poket.
"Cik Somin.."
"Panggil I Somin." Somin senyum sumbing.
"Somin.. prof nak jumpa." Ahnjong berkata perlahan.
"Oh. Okay. Dia kat bilik dia?" Somin bangun. Barang peribadi miliknya diambil.
"Ya. Kita pergi sekali?"
"Jom." Tangan Ahnjong dipeluk Somin mesra. Mereka bergerak beriringan ke bilik Wonwoo.
Ahnjong mengetuk pintu bilik. Kang japgi dia buka tiba-tiba, maunya orang dekat dalam bilik tu melatah sambil mencarut.
Carut Wonwoo sekarang dah upgrade ke tahap kematian orang lain. Antara yang selalu kena, Taekwoon lah.
"Masuk."
"Hai profak ( prof + perosak )."
Wonwoo menjeling Ahnjong yang tersengih berdiri di sebelahnya. Mata helangnya kembali memandang Somin yang turut memandangnya di hadapan.
"Silakan duduk cik Somin."
Somin bergerak seperti yang diarahkan. Tiba-tiba dia rasa awkward apabila berhadapan dengan Wonwoo setelah sekian lama tidak berjumpa dengan lelaki kacak itu.
YOU ARE READING
[C] FATE || JWW ||
FanfictionJeon Wonwoo . Hidupnya hanyalah di hospital. Mempunyai seorang gadis pujaan hati, namun masih fokus pada kerjayanya sebagai professor di salah satu hospital terbesar di kota raya Seoul. Kim Somin. Seorang model yang menunggu professor Jeon untuk mas...