17

59 4 0
                                    

Wonwoo memandang keliling. Dahinya berkerut memandang keadaan rumah yang tersusun rapi.

"Kemas." Katanya perlahan. Matanya masih melilau memandang setiap aksesori di dalam rumah teres dua tingkat itu.

Somin sudah hilang kemana. Mungkin terus masuk tidur, terlupa akan Wonwoo yang termangu seorang diri di ruang tamu.

Wonwoo berdehem kecil, cuba menghilangkan gatal di tekak. Dia duduk bersila dan mula menghenjut-henjut di atas sofa itu, persis anak kecil yang pertama kali duduk atas sofa empuk.

"Wonwoo, ni bantal and selimut awak. Awak nak tidur dalam bilik bawah?"

Wonwoo yang terkejut terus terlentang di atas lantai. Dia mendongak memandang Somin.

"Er.. hehe boleh jugak." Lelaki tinggi itu bangun lalu membetulkan kemeja yang dipakai. Malu.

"Mari, saya tunjukkan bilik awak." Somin berjalan terus masuk ke dalam bilik di sebelah dapur.

Wonwoo yang mengikut sempat memandang segenap sudut sekali lagi. Dia masuk dan berhenti di muka pintu, matanya masih pada Somin yang sibuk meletak dan menyusun bantal.

"Bilik ni berhabuk sikit. Bilik ni dulu mendiang omma dengan appa Mingyu yang guna kalau diorang tidur sini." Beritahu Somin sekali lagi tanpa dipinta.

Wonwoo mengangguk perlahan. Matanya tertancap pada bingkai gambar yang tergantung di dinding bersebelahan dengan rak tv yang juga digantung pada dinding di hadapan katil.

"Dah siap. Tidurlah." Somin yang berura-ura untuk keluar terhenti apabila tangannya dipegang Wonwoo.

"Kunci kereta saya?"

"Esok siang saya bagi. Kalau saya bagi sekarang, saya tahu awak akan balik malam ni juga. Bahaya." Jelas Somin. Matanya tak mampu untuk memandang anak mata Wonwoo yang galak memandangnya.

"Baju? Esok saya kerja tau." Soal Wonwoo lagi.

"Esok saya bagi baju Mingyu. Awak pun sama je saiz dengan dia cuma dia tinggi lagi. Pfft dasar pendek." Somin ketawa jahat.

Namun tak lama.

Tawanya itu terhenti apabila Wonwoo tiba-tiba tariknya ke dalam pelukan.

"I miss you.." kata Wonwoo perlahan.

Somin terdiam. Dia membiarkan tangan Wonwoo melingkar pada tubuhnya.

"Awak tak tahu saya broken macam mana waktu awak kahwin. Saya selalu serba salah bila keluar lepak dengan Mingyu. Dia kerap minta maaf. Dia kata dia rampas girlfriend saya." Tambah Wonwoo seraya ketawa kecil.

Ketawa itu akhirnya berubah kepada tangisan. Seperti tangisan anak kecil yang ingin ibunya membelai dengan penuh kasih sayang.

Somin terkaku. Bukan pada cerita tetapi tangisan itu. Pertama kali dia mendengar lelaki segagah dan seberani Wonwoo menangis bagai tidak mahu berhenti.

Tangannya menepuk belakang Wonwoo perlahan.

"Sabarlah. Saya faham perasaan hilang seseorang yang kita sayang. Kita berdua hilang Mingyu. Saya hilang keluarga saya, awak hilang adik kesayangan awak. Kita sama Wonwoo." Balas Somin perlahan.

Air mata Somin mula mengalir. Somin tekap mukanya pada dada Wonwoo.

"Takpe lah. Saya nak tidur." Wonwoo akhirnya melepaskan pelukan setelah sekian lama dia diam. Dia merangkak ke atas katil dan menghempaskan tubuh sendiri. Memang nampak dia penat. Sampai kepala terhantuk dinding pun tak perasan.

"Goodnight." Kata mereka serentak.

❤️

"Monenk." Kata Wonwoo dengan rambut serabai.

[C] FATE || JWW ||Where stories live. Discover now