11

58 8 4
                                    

Wonwoo mengeluh lagi.

Dia mengangkat kepala, mata merahnya terarah kepada sekujur tubuh yang terbaring ditengah-tengah bilik.

Dia sedu.

Telefon yang bergetar didalam poket dia keluarkan. Dia memandang nama yang tertera di screen.

"Helo.." panggilnya lemah. Matanya masih pada muka Mingyu.

"Prof, prof kat mana? Prof ada operation lagi sejam. Prof ingat tak?" Ahnjong disebelah sana sudah berkerut muka. Takpernah dia nampak professor hensem pujaan ramai itu stress sampai keluar terus dari hospital.

"Saya cuti separuh hari. Minta doktor Jung gantikan saya."

"Apa saya pulak amboi professor ni besye ni."

Wonwoo senyum payah. "Tolong lah kejap."

"Boleh. Prof belanja ps5 eh?"

Ps5.. Mingyu..

"Prof? Alah prof ni dekut taik hidung masin masak kari la. Ish orang gurau je halah mak leha betul prof ni."

"Apa kau merepek ni.." soalnya perlahan. Tangannya yang siap tersarung dengan sarung tangan plastik itu naik ke muka Mingyu. Tangan kanan itu mengusap perlahan pipi yang sudah sejuk, tak tahu sama ada tanda dia sudah lama mati atau sebab bilik mayat itu memang sejuk.

"Dahla, bye." Telefonnya dicampak tepi.

Bilik mayat itu sunyi kerana hanya dia sahaja yang bernyawa di dalam bilik itu. Matanya masih memandang raut wajah Mingyu, seolah-olah tak mahu melepaskan.

Dia menundukkan wajah, ingin mencium dahi Mingyu buat kali terakhir.

Matanya tiba-tiba menjadi gelap.

Kebetulan dikala itu pintu bilik tersebut dibuka dari luar.

"Cik Jeon!"

❤️

Wonwoo membuka matanya perlahan. Sakit dikepala kembali terasa. Dia cuba bernafas dengan mask oksigen dimulut.

Matanya menangkap kelibat beberapa orang yang tiba-tiba menjelingnya.

"Apa?" Soalnya. Sebelah tangannya membuka mask tersebut. Dia menarik nafas panjang.

"Prof buat apa sampai pengsan? Diorang call waktu doktor Jung tengah operate pesakit prof tau." Jihwa mula membebel.

"Tak pandai simpan rahsia lah diorang ni."

"Nak simpan rahsia otak prof. Kalau apa-apa jadi, kitorang yang susah tau." Taekwoon memeluk tubuh.

"Alah, aku bukannya perempuan nak kena mengharapkan semua benda dekat orang lain. Pandailah aku buat." Wonwoo membetulkan baringannya. Sakit di kepala makin terasa, tambah pula dengan bebelan makcik pakcik kiah di sebelah kiri dan kanannya ini, kepalanya semakin berdenyut.

Wonwoo memejamkan matanya sejenak. Dia cuba mengambil nafas.

"Prof okay tak?"

"Mingyu dah takde.." dengan mata yang masih bertutup, dia mula kembali bersuara.

"Apa?" Mereka memandang antara satu sama lain.

Sebenarnya mereka sudah mengesyaki sesuatu apabila nurse tadi memberitahu yang Wonwoo pengsan didalam bilik mayat. Tapi, mereka tak nak bertanya banyak, hanya menunggu Wonwoo sendiri membuka cerita.

Taekwoon mengusap tangan Wonwoo.

"Prof tabah ye.."

Mata Wonwoo dibuka. Matanya memandang dinding dihadapannya. Dia senyum sedih. Nafas beratnya dihembus.

[C] FATE || JWW ||Where stories live. Discover now