6

63 9 14
                                    

"CHECK DEKAT KAUNTER ADA PENDERMA USUS KECIL TAK."

"BAIK PROF!" Minhee berlari keluar selepas menanggalkan sut pembedahan biru dan mask.

Tak lama selepas itu, pintu bilik pembedahan tersebut kembali terbuka.

"Mereka kata tiada penderma usus kecil prof.." suara Minhee rendah namun dapat didengari oleh semua.

"Kita terpaksa tangguhkan pembedahan sampai jumpa penderma usus kecil yang baru." Kata Wonwoo perlahan. Matanya masih memandang usus kecil yang terkoyak akibat tertusuk serpihan kaca.

"Jahit." Ahnjong menjahit usus tersebut.

"Sedut." Taekwoon mengambil alih tugas Ahnjong untuk menyedut darah.

"Gunting." Wonwoo meletakkan gunting di atas benang.

"Gunting." Benang yang dipegang Ahnjong digunting.

"Teruskan jahitan dan bawa pesakit ke NICU. Saya akan ke kaunter untuk mohon penderma."

"Baik prof."

"Kerja yang bagus prof." Kata mereka serentak.

Wonwoo keluar dari bilik pembedahan tersebut.

"Maaf.. boleh saya tengok senarai penderma dan penerima organ?" Wonwoo memandang nurse di kaunter dengan penuh harapan.

"Sekejap ya prof."

Wonwoo mula menggendang kaunter. Dia mula takut dan risau. Kesian pesakit tersebut. Takboleh makan dan buang hadas seperti manusia normal.

"Ini professor."

Mata tajam Wonwoo berlari-lari diatas senarai nama penderma dan penerima tersebut.

"Ramainya.." dia mengeluh.

"Ini yang paling latest ke?"

"Ya prof."

"Masukkan nama Choi Minsik dalam senarai penerima. Under usu kecil."

"Baik professor. Prof sign kat sini ya."

Selepas menurunkan tandatangan sebagai pengesahan, Wonwoo berjalan ke wad NICU. Wad khas untuk kanak-kanak yang bakal atau selepas menjalankan pembedahan.

Dia memandang doktor-doktor jabatannya yang sedang bertungkus lumus menyediakan alat pernafasan pada Minsik.

Minsik baru berusia sepuluh tahun. Masih terlalu kecil untuk dia sebagai doktor mengalah.

Dia kemudian teringat kata-kata Namhee sebentar tadi.

"Kau kalau broken sangat pun, jangan tunjuk. Kau sama je dengan aku dulu. Dulu, aku pun broken dengan girlfriend. Dia main kayu sebelas dekat belakang aku. Sedangkan aku dah habiskan segalanya untuk dia. Apa yang aku tak bagi kat dia? Rumah? Duit? Kereta? Semua aku bagi. Tapi dia still cari lelaki bodoh yang tak hensem tu." Namhee mengeluh dan memandang Wonwoo.

"Kau kena pandai bezakan antara dicintai dan mencintai. Betul, dia ada tunjuk yang dia sayang kau. Tapi, kalau dia kata dia nak kahwin dengan orang lain, itu bermaksud dia tak perlukan kau lagi."

Dia dan Namhee memang berkawan dari zaman prasejarah lagi. Dia dan Namhee merupakan top student di fakulti perubatan Seoul University Hospital.

Ramai yang iri hati dengan hubungan persahabatan Wonwoo dan Namhee. Pergi ke mana-mana sekali, study sekali, makan sekali, kadang pergi tandas sekali, top student pun sekali.

❤️

"Somin? Kita dah sampai." Mingyu memegang tangan Somin yang termenung disebelahnya.

[C] FATE || JWW ||Where stories live. Discover now