19

102 6 6
                                    

Wonwoo mengeluh. Diafragma Minso yang bengkak masih tidak diketahui puncanya. Masing-masing mula gemuruh.

Baby baru usia sembilan bulan kot. Masih belum kuat untuk duduk di luar inkubator.

Nurse yang bertugas mengelap peluh yang menitik dari dahi Wonwoo. Wonwoo memejamkan matanya seketika.

"Kita kena berhati-hati. Kim Minso berusia sembilan bulan mengalami diafragma bengkak secara tiba-tiba. Kita tak boleh keluarkan Minso dari inkubator. Kita hanya boleh keluarkan hanya jika Minso mengalami komplikasi lain. Tetapi, hanya sepuluh minit atau kurang sahaja dibenarkan. Bahaya untuk bayi belum cukup 36 minggu berada diluar." Pesan Namhee.

Matanya masih dipejam.

"Hyung. Hyung dah janji nak jaga anak Mingyu macam anak hyung sendiri kan?"

Wonwoo mengeluh. Dahinya berkerut.

"Awak. Anak saya awak. Awak tolong tengokkan anak saya." Pinta Somin sayu. Dirinya yang sudah lemah untuk berdiri kini bersandar dalam pelukan Wonwoo.

Wonwoo membuka mata dan kembali memandang Namhee dihadapan yang turut mengerutkan dahi.

Mereka akhirnya berbalas pandangan.

❤️

Pasukan Pediatrik keluar dari bilik pembedahan setelah hampir tiga jam berpanas dan memerah otak memikir komplikasi yang dihadapi Minso.

"Penatnya adohai." Rintih Taekwoon.

"Kan. Rasanya kita dah boleh off dua hari kot." Seloroh Ahnjong.

"Dua hari mana cukup nak hilangkan penat ni. Kan prof kan?" Kata-kata Youngna disambut dengan keluhan Wonwoo.

Namhee yang sedar akan hal itu memandang muka sugul Wonwoo yang dia sendiri anggap seperti keluarga tak bergunanya. Tangannya menyiku perut tembam anak lelaki keturunan Jeon itu.

"Kenapa ni?" Soalnya perlahan. Tangannya sempat menarik lengan kanan Wonwoo yang diseluk kedalam poket seluar ke tepi.

"Kenapa apa?" Soal Wonwoo kembali.

Namhee tersengih bagai kerang tengik.

"Tengok stress semacam. Ada okay ka?" Usul Namhee, sengaja ingin mengubah suasana untuk menjadi ceria.

"Okay je. Kenapa?" Balas Wonwoo pendek.

Namhee yang berada disebelah itu rasa ingin memijak Wonwoo sehingga lumat. Boleh dia buat lempeng. Ada pula dia tanya semula?

Belum sempat Namhee menerkam leher lelaki berbadan tegap itu, seseorang telah dulu memeluk Wonwoo secara tiba-tiba bersama esakan.

"Wonwoo-yah. Gomawo. Gomawo.." Somin menyambung tangisannya yang mendayu-dayu.

Wonwoo memusingkan badannya ke belakang lalu memeluk isterinya itu. Mata dipejam erat.

"Saya pergi dulu." Namhee terus meninggalkan kedua pasangan itu, memberi ruang kepada mereka.

Wonwoo tidak menghiraukan pemergian ketua sengal itu.

Dia mengusap kepala Somin yang kian tersedu-sedan.

Hingus di hidung Somin dihembus pada baju Wonwoo. Somin ketawa dengan air mata yang masih bertakung.

"Nasib baik sayang."

❤️

Wonwoo mengelap rambutnya yang basah menggunakan tuala. Dia membuka pintu toilet dan mula menapak ke katil.

[C] FATE || JWW ||Where stories live. Discover now