7

70 8 31
                                    

Wonwoo termangu. Esok petang Somin kahwin, tapi dia sekarang dah ada dekat Busan. Esok dia meeting pagi, kalau habis petang pun belum tentu dia sempat menghadiri majlis kahwin Somin. Jarak antara Busan dengan Seoul bukannya seperti Melaka ke Kuala Lumpur.

Wonwoo mula bermain dagu. Dia memandang laptopnya.

"Ni apa?"

SOMIN KAHWIN ? ASAL CEPAT SANGAT GRR DASAR SKXIWKXKOQNZJ

Yup. Itulah yang tertera di skrin laptop dia sekarang. Dia mungkin sedang termenung sambil menaip? Wonwoo pout.

"Eh susah lah bercinta. Aku nak single sepanjang zaman lah."

Dia meneguk mocha ais dengan rakus sebelum kembali menaip.

❤️

"Somin. Mari, mommy pakaikan kuku. Mak andam pun dah sampai." Joohyun yang baru masuk bilik Somin, menggapai tangan anaknya itu.

"Mommy, Somin takut."

"Pakai kuku pun takut? Mak andam datang untuk solekkan kamu. Petang ni majlis kan. Harini hari kamu dengan Mingyu. Jangan sia-siakannya ya." Jooghyun membelai kepala Somin. Lepasni anaknya dah jadi milik orang.

❤️

"Hyung tak datang ke? Harini Mingyu kahwin. Gyu baru ingat nak tunjuk bakal isteri Gyu kat hyung. Cantik tau, cantik gilerrrrrr. Sebong takguna yang lain pun datang tau ." Mingyu menolak dan menarik pintu berkali-kali sambil dengar kata maaf dari telefon.

Membernya yang lain menjeling.

"Takguna dia panggil kita?" Mereka saling berpandangan.

"Sorry lah Mingyu. Harini hyung ada meeting. Kalau habis awal pun bukannya sempat nak pergi."

"Ala hyung ni. Gyu merajuk kang."

Wonwoo di Busan tersenyum.

"Nanti hyung bagi hadiah okay? Hadiah sempena adik hyung ni dah besar, dah boleh jaga anak orang lain."

Mingyu mencebik.

"Hadiah tu nak demand boleh ?"

"Nak apa?"

"Nak ps5 latest punya."

"Amboi demand kau.. aku cekik kang."

"Siapa suruh hyung tak datang? Dahla hyung, majlis dah nak mula. Hyung, tunggu Mingyu balik tau. Gyu nak tunjuk muka isteri Gyu kat hyung." Mingyu tersengih.

"Bye. Jaga isteri kau elok-elok. Jangan sampai dia kena culik pulak."

"Sapa nak culik? Hyung? Ceh. Hyung ada girlfriend kan, jaga girlfriend sendiri."

Wonwoo terdiam. Talian diputuskan Mingyu.

"Sakitnya tuh disini.." Wonwoo memegang dada sendiri.

"Eh tapi.. apa nama isteri Mingyu?" Wonwoo mula bermonolog sendiri.

❤️

Somin memandang Mingyu. Dia kini sudah sah bergelar isteri kepada Kim Mingyu.

Mingyu membalas pandangan. Dia senyum memandang muka Somin yang mula kemerahan.

"Comelnya blushing."

Somin memukul dada bidang Mingyu. Tingginya hampir mencecah tinggi Mingyu dengan bantuan high heels. Kalau dia buka high heels tu, tingginya hanya paras telinga Mingyu.

Dia model. Pernah disebut tak dalam cerita ni? Tak eh?

"Baik. Mari kita tangkap gambar family! Kita mula dengan family pengantin perempuan dulu!"

[C] FATE || JWW ||Where stories live. Discover now