18

63 4 9
                                    

Wonwoo menghenyakkan punggungnya ke kerusi. Matanya memandang laptop dan jari mula berlari-lari marathon di atas keyboard.

Telefonnya tiba-tiba berdering.

Somin gila

"Apa lah dia ni nak lagi.." katanya perlahan sebelum menjawab panggilan tersebut.

"Yow." Tegurnya mudah. Mata masih melekat pada skrin laptop.

"Lunch japgi saya belanja. Secret recipe. Pukul satu sharp. Lambat satu saat, saya denda."

Panggilan tiba-tiba mati.

"APA BENDA ANJENK?!"

"Prof. Rilek ah." Tegur Taekwoon di muka pintu.

Wonwoo menjeling. Taekwoon sengih lalu beredar.

Namun dia kembali membuka pintu bilik Wonwoo.

"Seluar dah zip eh prof?"

"DIAM BODOH AIB AKU KAU JANGAN SEBARKAN AKU SEPAK KAU KANG HA!"

"Prof. Cuba rilek. Sepak kang." Tegur Youngna yang sedari tadi di belakang Taekwoon.

❤️

"Amenda lah perempuan ni. Aku kelam-kelibut anak Samad Pak Toncet dapt cucu dari hospital, LAST-LAST DIA YANG LAMBAT. DAH SETENGAH JAM!" Jeritnya agak perlahan namun masih dapat menarik perhatian orang sekeliling.

"Wonwoo. Sorry lambat, jammed tadi."

Alasan sama je budak Somin ni sepuck kang.

Wonwoo memandang kearah lain. Somin yang tercungap-cungap dihadapannya tidak dipandang.

"Merajuk ke?"

"Tak." Balasnya pendek. Matanya masih memandang kereta yang lalu-lalang di luar.

Somin mula memuncung. "Tengok la sini."

Wonwoo memandang Somin sekejap.

"Tu muncung asal? Nak kena kiss ke?" Mata Wonwoo kembali memandang luar.

Muncung Somin hilang.

"Ish serious lah. Orang nak bincang ni."

"Bincanglah." Balas Wonwoo acuh tak acuh.

"Tengok la sini." Somin memandang Wonwoo geram.

Wonwoo akhirnya memandang Somin. Keningnya diangkat-angkat.

"Jom kahwin." Kata Somin pendek.

Kening Wonwoo akhirnya stuck, tinggi di atas dahi.

"Saya di propose ke ni?" Soal Wonwoo sambil smirk memandang Somin. Muka dia sekarang sebijik macam Jun dan The8 dalam Weekly Idol.

Pergilah cari. Gambar takleh attach kepala hotak dia wattpad oyen.

Pandangan Somin berubah menjadi tajam.

"Ya saya propose awak. Puas hati? Jom kahwin." Ulangnya sekali lagi. Mukanya yang merah padam diabaikan.

Wonwoo memandang Somin serious.

"Saya kahwin dengan awak, and awak masih akan fikir tentang Mingyu." Duga lelaki itu.

Dia takut jika jasad Somin di sini tetapi hati dan fikirannya berada di tempat lain.

Dia juga takut Somin tersalah anggap bahawa dia itu Mingyu.

Walaupun dia sendiri tahu yang dia lebih kacak dari Mingyu.

Somin mengeluh perlahan. Dia kemudian memandang mata Wonwoo bersungguh-sungguh.

"Tak. Saya tahu salah saya. Saya minta maaf. Saya pun tak sedar dengan apa yang saya cakap haritu." Ujarnya dan kembali menunduk.

[C] FATE || JWW ||Where stories live. Discover now