BAB 2-Mayat & Lesbian Couple?

64 16 0
                                    

5 tahun kemudian.

    "Papa tak kira! Kamu mesti kahwin dengan dia. Kalau tidak papa bunuh kawan baik kamu, Mimie," ugut papa Najiha keras.

       "Jangan harap Jiha akan kahwin dengan dia dan papa jangan berani sentuh Mimie! Ingat ni sampai mati."

      Selepas berkata sedemikian, Najiha keluar dari pejabat papanya dengan perasaan marah yang membuak-buak.

       Dia melepasi pekerja-pekerja yang menunduk hormat kepadanya sambil berjalan menuju ke kereta dengan perasaan tidak puas hati. Najiha menutup pintu kereta dengan cara menghempas menyebabkan bunyi yang kuat.

    "Apa yang baik sangat dengan jantan tu hah! Sampai papa sanggup nak bunuh Mimie! Arghhh!!!"

     Dia menghempuk, menumbuk, dan memukul stereng kereta sehingga hon berbunyi. Selepas Najiha melepaskan geramnya pada stereng, dia menghidupkan enjin kereta lalu memandu menuju ke shopping mall.
---------------------------------------------
     Najiha masuk ke dalam shopping mall VVIP itu. Itulah cara dia. Stress, shopping, stress, shopping. ZARA, GUCCI, CHANEL, SEPHORA dan berbagai lagi sudah diterjah.

        Bangku kosong dituju lalu dilabuhkan punggungnya di situ. Beg pelbagai jenama ditelakkan di tepi. Air milk tea + boba + caramel yang dibeli sebentar tadi diambil dan disedut sedikit-sedikit bagi menghilangkan lelah membeli-belah.

    Sedang Najiha berehat, tiba-tiba dia mendapat panggilan daripada Mimie.

       "Wei Mimie kenapa kau telefon aku" tanya Najiha.

     "N-najiha kau kat mana? Kau datang sini tolong a-aku aku terbabas..." kata Mimie.

       Najiha terkejut lalu bergegas bangun dan berlari keluar dari shopping mall. Sedang dia berlari keluar, dia terlanggar seorang perempuan. Perempuan itu ialah Dina dan lelaki di sebelahnya, Hasnan.

      Akibat perlanggaran itu, habis semua beg-beg berisi barangannya jatuh bersepah.

     " Eh! Betina! Kau ni buta ke buat-buat buta!,''tanya Dina marah.

     "Sorry-sorry.Saya tengah rushing ni.Kawan accident.Maaf lagi sekali."

Najiha pun berlalu pergi.

     "Ish! Kurang ajar punya betina!,"kata Dina lagi.

"Sudahlah. Jom,"ajak Hasnan.
---------------------------------------------
     "Mimie! Mimie! Kau kat mana ni,woi! Dah accident buatlah cara orang accident!," jerit Najiha memangil Mimie sejurus sampai.

       Tapi yang menghairankan ialah Mimie TIADA di situ!.

      "BWAH!" sergah Mimie yang muncul entah darimana.

      "Oh mak aku hijau hantu panggil," melatah Najiha.

     "Ish kau ni.Aku baru ingat nak sambung trip shop aku. Nak beli shading baru AVON tu! Tiba-tiba call aku cakap accident!"marah Najiha.

       "Alahhh......janganlah marah. Saja nak prank kau. Aku tahu my mochie best bestie friend aku ni baru lepas jumpa dengan papa dia,"terang Mimie.

      "Macam mana kau tahu?"Najiha curiga.

      "Macam mana aku tahu? Aku tahulah kalau tak kau tak pergi shopping kan," kata Mimie.

     "Awww... You're so sweet,babe!" puji Najiha.

     Mereka pun berpelukan di tengah jalan itu.

Tiba-tiba,

*hon kerete berbunyi*

     "Woi lesbian couple! Kalau ia pun tak payahlah bersemut kat sini!"kata seseorang.

|C| ҡЄṃɞѧʟıʟѧһ ҡЄƿѧԀѧҡȗ Where stories live. Discover now