Epilog : Terima kasih! (happy ending)

32 4 3
                                    

2 Tahun Kemudian,

"Jangan lari-lari, nanti jatuh" tegur seseorang kepada anaknya.

"Okey dad" jawab anak itu ringkas. Lelaki itu tersenyum melihat gelagat anak-anaknya itu.

"Sayang nah kopi" kata isterinya lalu menyerahkan secawan kopi kepada suaminya.

"Terima kasih, darling" kata lelaki itu.

"Ranisya, Rafael,Aisya,Hazrul, sudah tu main. Mari minum" ajak ibu kepada empat orang budak itu.

"Okey mom. Kami datang" sahut keempat-empat anak itu.

TING TONG!

Loceng rumah berbunyi menandakan seseorang datang. Lalu perempuan itu bangun dan pergi ke pintu rumahnya.

"Najiha" kata tetamu itu. Tetamu itu adalah Mimie dan Hakif bersama sepasang kembar anak mereka.

"Oh Mimie. Masuklah" kata Najiha. Lalu mereka berempat pun masuk ke rumah itu.

"Oh! Hakif dengan Mimie. Jemputlah duduk. Sayang tolong buat air untuk tetamu" kata Hasnan sambil mempersilakan Hakif dan Mimie untuk duduk.

"Ayah, ibu, boleh tak kami pergi main dengan Ranisya,Rafael,Aisya dan Hazrul"tanya kedua-dua anak Mimie dan Hakif.

"Pergilah. Tapi main tu hati-hati jangan sampai jatuh" pesan Mimie.

"Okey ibu. Jom adik" ajak Izudin kepada adiknya.

"Jom abang" jawab Marsya.

Meriah suasana di rumah Hasnan dan Najiha dengan gelak ketawa dari budak-budak yang sedang bermain diluar.

Malamnya,

Setelah menidurkan anak-anaknya, Najiha masuk ke bilik dan berbaring di sebelah Hasnan.

"Saya tak sangka boleh jadi macam ini. Selama ini saya tak pernah mimpikan yang saya akan bahagia dengan awak sekali lagi. Saya ingat lepas awak ceraikan saya dulu, awak tak akan kembali dekat saya semula. Betullah, Allah itu adalah perancang yang terbaik" kata Najiha sambil berbaring di bahu Hasnan.
"Saya pun tak sangka juga. Dulu saya sangat bencikan awak dan selalu siksa awak tapi sekarang benci itu sudah bertukar menjadi sayang. Saya berjanji dengan awak saya tak akan kecewakan awak lagi dan tak akan pernah tinggalkan awak lagi. Saya sayang awak, Syaza Najiha. Saya sayang awak sampai bila-bila sehingga maut memisahkan kita. Terima kasih kerana kembali kepadaku semula." kata Hasnan sambil mengusap tangan Najiha.

"Saya juga sayangkan awak, Rizwan Hasnan. Dan sama-sama juga kerana benarkan saya masuk ke hidup awak kembali." kata Najiha

Dari benci menjadi cinta. Itulah yang terjadi kepada Hasnan dan Najiha dalam hidup mereka. Apa yang berlaku sekarang susah untuk mereka dapatkan dengan pelbagai halangan dan paksaan. Dan kini, mereka hidup aman dan saling sayang menyayangi.
.
.
.
.
.
.
.
.



TAMAT

.
.
.

.
.
.
.


Hasil karya,
sofeakamaruzaman
ImanAira08

23 , Dis 2020

|C| ҡЄṃɞѧʟıʟѧһ ҡЄƿѧԀѧҡȗ Where stories live. Discover now