BAB 13 : Pasangan Mimie & Hotel?

39 8 1
                                    

Hari ini, Datin Emilya dan Puan Liana datang melawat cucu tunggal mereka. Asyik bermain, Datin Emilya memulakan perbualan.

"Mommy cadangkan nak buat baby shower. Tidak pun majlis kesyukuran sekali bersama cukur jambul"

"Boleh sahaja. Najiha pun baru nak merancang buat begitu"

Najiha menyuarakan persetujuannya. Manakala Puan Liana mengangguk sahaja tanda menyetujui cadangan itu.

"Mommy nak buat dekat mana? Berapa jemputannya?" tanya Hasnan.

"Mommy akan sewa dewan dan jemputan dalam 100 000 orang. Kamu berdua boleh jemput kawan-kawan kamu berdua juga.

"Bila mommy nak adakan majlis tu" tanya Hasnan lagi.

"Dua minggu dari sekarang. Kamu berdua jangan pening-pening tentang catering dan majlis, biar mommy dan mama uruskan. Kamu berdua cuma jaga Isya ni baik-baik sampai majlis tu" kata Datin Emilya.

"Baik mommy" jawab Hasnan dan Najiha serentak.

"Okeylah mommy dan mama pulang dulu. Bye cucu kesayangan nenek" kata Datin Emilya sambil mencium pipi Ranisya. Setelah Datin Emilya berbuat begitu, Puan Liana pula mencium pipi Ranisya.

Dua minggu kemudian,
Sebuah majlis besar-besaran sedang diadakan di dewan xxxx untuk memperlihatkan wajah cucu daripada anak salah seorang orang yang terpengaruh di Malaysia ini. Ramai tetamu-tetamu terhormat turut diundang. Hasnan dan Najiha yang berada di pintu masuk dewan untuk menyambut kedatangan para tetamu. Semasa menyambut tetamu di muka pintu, Najiha melihat seseorang yang tidak asing dengannya.

"Mimie! Datang juga kau kan. Aku ingat kau tak datang" kata Najiha sambil memeluk Mimie.

"Mestilah aku datang. Nak tengok muka anak best friend aku" kata Mimie dengan nada teruja.
"Eh Jiha, kau jemput Amin sekali ke?" tanya Mimie.

"Mestilah. Diakan kawan aku juga. Mestilah aku jemput" kata Najiha

"Kau tak takut laki kau marah ke? Diakan tak suka Amin tu rapat dengan kau" kata Mimie dengan nada sedikit perlahan kerana takut didengari Hasnan.

"Eh ada orang berkata pasal saya ke?" tanya Amin yang tiba- tiba sampai entah bila.
"Eh Amin. Cepatnya awak sampai. Saya ingat awak tak datang. Sebab saya tahu awak sibuk" kata Najiha sedikit terkejut dengan kedatangan Amin.

"Mestilah saya datang. Walaupun saya sesibuk mana pun, saya mesti datang majlis ni" kata Amin.

"Eh dahlah. Korang berdua masuk dulu. Nanti kita sembang lagi" kata Najiha dengan nada sedikit takut kerana dia terlihat Hasnan seperti tidak selesa dengan kehadiran Amin di situ.

"Oh okey. Sayang jom masuk" kata Mimie kepada seorang lelaki.

"Oh okey sayang. Jom kita masuk" kata lelaki itu.

Najiha dan Hasnan terkejut dengan tindakan Mimie dan lelaki itu kerana lelaki itu ialah kawan baik Hasnan iaitu Izwan Hakif.

"Oh lupa nak kenalkan dekat kau. Ini suami aku. Nama dia Izwan Hakif. Dan untuk pengetahuan kau,Najiha, dia ni kawan baik suami kau" kata Mimie untuk menghilangkan rasa musykil kawannya itu.

"Mimie bila kau kahwin. Tak jemput aku pun" kata Najiha dengan nada gembira bercampur marah kerana dia tidak dijemput pergi ke majlis mereka.

"Aku baru je kahwin. Kau ingat tak dua tiga minggu ni aku asyik tak jumpa kau je kan. Masa tu lah aku buat persiapan dan kahwin" kata Mimie sambil merangkulkan tangannya di Hakif.

"Tapi lagi satu aku pelik, korang berdua tak pernah jumpa tapi macam mana boleh kahwin" tanya Hasnan pula kepada Hakif.

"Masa wedding korang. Masa tu aku terlanggar seorang perempuan ni, aku minta maaf. Lepas aku pandang muka dia aku rasa dunia aku tiba-tiba berhenti seketika dan aku rasa aku jatuh cinta pandang pertama. Lepas tu aku tolong dia bangun dan dengan rasa sedikit malu minta nombor telefon. Sejak tu kitorang makin rapat sehingga ke jinjang pelamin" terang Hakif panjang lebar sambil mengusap pipi isteri kesayangannya.

|C| ҡЄṃɞѧʟıʟѧһ ҡЄƿѧԀѧҡȗ Where stories live. Discover now