Bab 20 : Mainan Tidur (Happy ending)

23 3 0
                                    

Hasnan  berlari keluar dari rumahnya dengan tergesa-gesa dan menuju ke rumah Najiha. Dia ingin berjumpa dengan Najiha setelah mengalami satu mimpi buruk. 
    Beberapa minit kemudian, dia telah sampai di rumah Najiha. Setelah masuk, dia terus memeluk Najiha yang baru sahaja keluar dari biliknya. Najiha berasa terkejut dengan kelakuan Hasnan yang tiba-tiba memeluknya dan melepaskan pelukan Hasnan itu.

   “Awak kenapa, datang mengejut lepastu tiba-tiba peluk saya” tanya Najiha pelik.

  “Najiha saya nak awak cakap terus terang. Awak ada penyakit ke? Kalau ada cepat-cepat dapatkan rawatan. Saya tak nak kehilangan awak” kata Hasnan.

  “Apa awak merepek ni. Penyakit apa. Saya tak fahamlah” tanya Najiha.

  “Saya mimpi. Awak ada penyakit kanser tahap empat. Lepas beberapa bulan saya jaga awak, awak pergi tinggalkan saya buat selama-lamanya. Saya tak nak benda itu terjadi. Jadi lebih baik awak kata, awak ada penyakit apa-apa ke” kata Hasnan sehingga hampir menitiskan air matanya.

  “Mimpi itukan mainan tidur. Kenapa awak percaya yang saya akan tinggalkan awak?. Satu lagi perkara, saya tidak ada penyakit yang serius macam yang awak kata tu. Kalau ada pun kenapa awak nak menangis, awakkan boleh cari perempuan lain” kata Najiha sambil memerli Hasnan.

  “Kenapa awak cakap macam itu?.. Saya tak akan menduakan awak lagi dan satu lagi perkara yang saya nak bagitahu awak Najiha, bolehkah awak beri saya satu peluang lagi untuk saya bahagiakan awak?. Saya janji, saya tak akan kecewakan awak lagi” kata Hasnan bersungguh-sungguh.

  “Maafkan saya Hasnan. Saya perlu fikir lagi tentang ini. Saya masih tidak boleh lupakan apa yang awak buat dekat saya dulu. Sekali lagi maafkan saya” kata Najiha dengan lembut.

  “Tiada masalah Najiha. Saya akan bagi awak ruang untuk berfikir. Tetapi fikirkan juga perasaan Isya. Mungkin dia ingin kasih sayang dari saya setelah lama saya tidak bagi dia kasih saya dan juga kasihankan Aisya. Dia juga mahu kasih sayang seorang ibu yang penyayang”ujar Hasnan dan beransur pulang ke rumahnya. Setelah mendengarkan itu, Najiha terfikir semula.

  “Patutkah aku bagi dia satu peluang lagi?” fikir Najiha.

Pada malam itu,

  Keluarga Najiha sedang makan di ruang makan di rumah mereka. Tiada seorangpun berkata-kata. Hanya bunyi peralatan makan mereka sahaja.

  “Najiha ada nak bincang sesuatu, papa dan mama. Ini tentang masa depan Najiha dan Isya” kata Najiha memecahkan hening.

  “Apa itu, Jiha?.” tanya Tuan Imran.

  “Papa, mama, patutkah Najiha bagi satu lagi peluang dekat Hasnan demi masa depan Najiha dan Isya?” tanya Najiha.Sekurang-kurangnya apabila dia bertanya dia akan bertambah yakin sekali gus mendapat restu.

  “Jiha, adakah kamu masih citakan Hasnan?.” tanya Tuan Imran.Baginya,perkahwinan kali kedua bukanlah permainan.Cukup yang pertama hingga buatkan mereka berpisah.

“Ya, papa. Najiha masih cintakan Hasnan” kata Najiha.

  “Adakah kamu rasa bahagia kalau kamu dekat dengan dia?” tanya Tuan Imran lagi.

  “Ya, papa. Najiha rasa sangat bahagia kalau dekat dengan dia. Tapi Najiha masih tidak boleh lupa apa yang dia buat dekat Najiha dulu. Luka itu terlalu dalam papa” kata Najiha.Bahagia yang ingin dia capai kali ini adalah serius.Keadaan semakin mematangkannya.

  “Jiha, semua orang pernah buat silap. Kalau kamu betul-betul sayangkan dia, berilah dia peluang sekali lagi. Semua orang berhak diberi satu peluang untuk memperbaiki dirinya semula” kata Tuan Imran.

  “Tapi bukan papa benci Hasnan?” tanya Najiha.

  “Papa tahu, dia setiap hari datang sini untuk rujuk dengan Najiha. Papa dapat rasa kesungguhan dan keikhlasan. Papa akan setuju, kalau itu yang buat Najiha dan Isya bahagia” kata Tuan Imran.Macam yang semua tahu.Sekuat besi sekalipun,jika dileburkan walaupun menggunakan api tetap cair.

  “Terima kasih, papa. Najiha sayang papa” kata Najiha lalu memeluk Tuan Imran.

Keesokan hari,

  Najiha bersiap-siap untuk berjumpa dengan Hasnan. Dia telahpun memberitahu Hasnan yang dia ingin berjumpa.Dia telah memberikan alamat cafe yang dijanjikan. Setelah itu, dia bergerak menuju ke cafe tersebut. Setelah beberapa minit, Najiha telah sampai di cafe tersebut dan terus mencari susuk tubuh yang ingin dia jumpa. Setelah jumpa, dia pergi ke mejanya lalu duduk.

  “Apa yang awak nak beritahu saya, Najiha?” tanya Hasnan.
 
“Saya nak beritahu awak sesuatuberita yang mengejutkan.Tapi saya harap awak tak terlampau teruja.Atas perkara ini,saya dah taruhkan harapan pada awak.” kata Najiha.

  “Apa bendanya itu?” tanya Hasnan lagi.Rasa ingin tahu makin bertambah di benak fikirannya.

  “Saya akan beri awak satu peluang untuk awak bahagiakan saya semula” kata Najiha.

  “Betulkah? Terima kasih Najiha. Saya janji saya akan bahagiakan awak dan akan lindungi awak walaupun nyawa saya tergadai dan saya cintakan awak Syaza Najiha binti Imran” kata Hasnan gembira lalu memegang tangan Najiha.

  “Saya juga cintakan awak, Rizwan Hasnan bin Dato Muzaffar” kata Najiha sambil tersenyum.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.


Hasil karya,
sofeakamaruzaman
ImanAira08

23 , Dis 2020

|C| ҡЄṃɞѧʟıʟѧһ ҡЄƿѧԀѧҡȗ Where stories live. Discover now