Bab 16:Kebahagiaan Irdina,Kecelakaan Hati

23 3 0
                                    


4 Tahun Kemudian,

      
         Kini, Hasnan dan Dina berada di rumah keluarga milik Hasnan. Niat mereka ingin menjenguk sebentar dan makan malam.

   “Hasnan”

     Mummy Hasnan memecahkan kesunyian yang dari tadi hanya bunyi alatan makanan memenuhi ruang.

   “Hmm” dia meneruskan sesi makannya.

   “Mummy nak cucu lagi” katanya dengan bersahaja.

  “Uhuk…huk…huk!!” Namun, Dina yang terkesan. Mana tidaknya, sudah 4 tahun mereka berkahwin. Tapi, masih tidak dikurniakan rezeki.

   “Emm, pasal hal itu. Rezeki masih belum datang lagi mummy” Hasnan menjawab bagi pihak Dina.

  “Rezeki tak datang kalau kita tak usaha Nan. Ke bini kamu tu tak subur? Hati-hati Nan” kata Mummy Hasnan.

     Perkataan itu sungguh menusuk ke hati Dina. Dia hanya diam dan menyelesaikan makannya lalu beransur pulang.

      Suasana di dalam kereta hanya ditemani dengan kata-kata petah sang DJ.semasa Hasnan dan Dina bergerak pulang ke rumah mereka. Hasnan pula tidak berani menegur isterinya itu kerena dia tahu yang Dina cukup terasa hati dengan perkataan ibunya tadi. Beberapa jam menempuh perjalanan malam, merekapun sampai di rumah mereka. Mereka masuk ke rumah dan Hasnan cuba memberanikan dirinya untuk menegur Dina.

    “Sayang, okey tak. Janganlah fikir sangat apa yang mummy cakap tadi. Mungkin mummy terlepas cakap” kata Hasnan dengan lembut untuk menenangkan isterinya itu. Walaupun dia juga berfikir mengapa Dina tidak mengandung lagi walaupun mereka sudah bersetubuh beberapakali. Mendengarkan perkataan suaminya itu, Dina terus berpaling untuk menatap Hasnan.

   “You kata mummy terlepas cakap, I rasa tak. Mummy memang niat apa yang dia cakap tadi. You ingat I tak tahu. You ingat I bodoh ke. I tahu nada mummy You tadi memang saja” kata Dina dengan sedikit teriak.

   “So You nak kata mummy I tak terima takdirlah” kata Hasnan dengan meninggikan suaranya sedikit.

  “Yes. Memang betulpun mummy You tak terima takdir” kata Dina.

  “But I think, apa yang mummy cakap tu betul. Kenapa You tak mengandung lagi walaupun kita dah buat banyak kali” kata Hasnan. Dia berasa lega selepas mengucapkan apa yang tersimpan di hatinya.

  “So You pun nak salahkan I dan ingat I ni tak subur. Macam tu ke Rizwan Hasnan” kata Dina sambil menitiskan sedikit airmatanya.

  “I tak salahkan You tapi I cakap benda betul” kata Hasnan.
      Di sebelah pihak Dina,dirinya sudah terasa longlai.Matanya menggelap.Apa yang didengari hanyalah suara mahu mendapatkan kepastian Hasnan darinya.Tak terlalu lama,dirinya tumbang.Hasnan dengan cemas, dia menghantar Dina ke hospital.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.

Keesokan pagi,

        Seperti biasa, rutin harian Najiha dengan menghantar Ranisya ke rumah ibunya dan pergi ke pejabatnya. Setibanya di pejabat, dia disambut oleh PA-nya, Mimie.

     Mimie memberitahu Najiha tentang jadwalnya harini. Dianggarkan harini Najiha sungguh sibuk dengan mesyuarat bersama pembesar-pembesar syarikat yang lain.

   “Hai Najiha.” kata seseorang setelah Najiha masuk ke bilik pejabatnya.

   “Hai Amin.Awak nak apa pagi-pagi dah datang pejabat saya?.” tanya Najiha sebelum melabuhkan punggungnya di kerusi.

     "I?.Mestilah nak ajak you sarapan."balas Amin.

      "Saya rasa tak perlu kot.Boleh tak satu hari tak kacau saya kat pejabat. Harini saya sibuk. Jadi awak pulanglah. Buat penat saja datang"bantah Najiha sambil melihat fail projek nya menunjukkan lagi sisi professional.

    “Kenapa You setiap kali I datang You tak layan. Mesti sebab You masih tak boleh lupakan lelaki tak guna tu. Tolong lupakan dia. Sekali-sekala pandanglah diri yang setia menanti ini. Tolonglah, bagi I peluang untuk buat You jatuh cinta dengan I”kata Amin sambil menggenggam erat tangan Najiha.

     "Lepaskan tangan saya ,Amin. Awak jangan melampaui batas."cegah Najiha.

      Setelah mendengarkan itu, Amin terus keluar dari pejabat Najiha dan pulang.

   'Maafkan saya Amin.Mungkin memang takdir.Kamus hidup saya,tiada nama awak dalam senarai cinta' kata batin Najiha setelah Amin keluar.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.

   “You jangan buat kerja berat-berat. Biar I yang buat” kata Hasnan kepada Dina. Sejak berita malam tadi yang mengatakan Dina mengandung, Hasnan terus menjadi bahagia dan menghalang Dina untuk melakukan kerja yang berat yang akan menjejaskan kandungannya. Sebenarnya kandungan Dina sudah mencecah 1 bulan tetapi Dina tidak perasan sama sekali.

   “You, You dah cakap perkara ini dengan mummy, daddy, bonda dan ayahanda” kata Dina.

   “Oh belum. I lupa. Semalam I happy sangat sampai lupa bagitahu diorang. Nanti I telefon diorang untuk datang sini petang ni” kata Hasnan sambil mengemop lantai.

  “Okey You” balas Dina singkat.

    Petang itu, ibubapa Dina dan Hasnan berkumpul di rumah anak mereka sesuai atas permintaan Hasnan.

   “Hasnan apa bendanya yang nak kamu beritahu kat kami” kata Dato Daud memulakan percakapan.

   “Sebenarnya ayahanda,bonda,daddy dan mummy Hasnan nak bagitahu yang Hasnan akan jadi ayah tak lama lagi. Sebab Dina pregnant. Dah 1 bulan” kata Hasnan sambil memegang tangan isterinya itu.

  “Betul ke ni Dina?” tanya Datin Erma.

  “Betul bonda,ayahanda,mummy dan daddy. Dina juga tak tahu sebab tak ada morning sickness pun. Semalam check tahu-tahu dah 1 bulan” kata Dina gembira. Orangtua mereka sungguh gembira dan merancang untuk membuat makan-makan malam ini untuk meraikan kehadiran anggota baru dalam keluarga mereka.

      Rasa sayang Hasnan semakin bertambah kepada Dina setelah mereka mempunyai anak tanpa mengetahui sesuatu yang telah membuatkan dia dan Najiha mengakhiri perkahwinan mereka begitu sahaja. Dan semestinya Dina tersenyum bangga setelah mendapatkan lelaki yang dia begitu sayang dengan cara yang terlalu kotor sehingga membuat seseorang menderita kecewa.
.
.
.
.
.
.
.

Hasil karya,
sofeakamaruzaman
ImanAira08

Sel , 22 Dis 2020

     

|C| ҡЄṃɞѧʟıʟѧһ ҡЄƿѧԀѧҡȗ Where stories live. Discover now