Epilog : Nazifah Syuhada (sadend)

25 3 0
                                    

2 Tahun Kemudian,

   Seorang lelaki sedang duduk di tepi kubur seseorang sambil membersihkan kubur itu. Setelah bersih dia membacakan Yaseen untuk arwah tersebut. Setelah selesai, ia menyiram air lalu duduk kembali.

  “Assalammualaikum Najiha. Saya harap awak tenang dekat sana. Saya dekat sini sihat. Awak tak perlu risau dengan keadaan Isya, dia sentiasa sihat. Dah dua tahun awak tinggalkan saya dengan Isya. Saya masih tak jumpa pengganti awak. Tiada orang yang sama macam awak Syaza Najiha. Isya dah tumbuh besar dan cantik macam awak. Dia selalu doa untuk awak. Saya pun selalu doa untuk awak dekat sana. Syaza Najiha saya sayang kat awak dan saya tak akan pernah padamkan nama awak dalam hati saya walaupun saya sudah jumpa pengganti awak. Seorang Syaza Najiha sentiasa ada dalam hati seorang Rizwan Hasnan. Sudahlah untuk hari ini. Saya pulang dulu. Nanti saya ziarah awak lagi. Assalammualaikum” kata Hasnan terakhir lalu pulang sambil sedikit menitiskan air mata.

  “Encik okey?. Saya nampak encik menangis tadi. Ambil sapu tangan ini dan lap air mata encik” kata seorang perempuan.

“Oh terima kas-“ kata Hasnan terpotong setelah melihat wajah perempuan itu.

“SYAZA NAJIHA awak ke tu?” tanya Hasnan. Kerana wajah perempuan itu sama seperti wajah Najiha.

“Siapa tu yang encik panggil tu?. Nama saya Nazifah Syuhada bukan Syaza Najiha” kata perempuan itu sambil tersenyum.

|C| ҡЄṃɞѧʟıʟѧһ ҡЄƿѧԀѧҡȗ Where stories live. Discover now