BAB 14 : DEGG!!CERAI??

39 9 0
                                    

Apabila ibubapa Hasnan dan ibubapa Najiha pulang ke rumah mereka, Hasnan terus ke biliknya dengan perasaan marah, geram dan kecewa.

Najiha yang berdiri di situ tidak berkata apa-apa kerana dia tahu yang Hasnan sedang marah. Beberapa minit kemudian, Hasnan turun dengan membawa beg besar yang berisi baju-baju Najiha.

Najiha terkejut dengan kelakuan Hasnan itu dan memberanikan diri untuk bertanya.

"Abang nak buat apa dengan beg Najiha tu" tanya Najiha ketakutan.

"NAK BUAT APA KAU KATA! AKU NAK KAU KELUAR DARI RUMAH AKU DAN JANGAN DATANG LAGI KE SINI!" kata Hasnan dengan marah.

Setelah berkata demikian, diapun mencampakkan beg Najiha itu keluar rumah.

"Abang dengan dulu penjelasan Jiha, abang." Kata Najiha dalam tangisannya.

"AKU TAK PERLUKAN PENJELASAN KAU! PERGI KAU DARI SINI! AKU TAK NAK TENGOK MUKA KAU LAGI!" tengking Hasnan.

Habis semua baju Najiha bertaburan di lantai dek kerana dicampak oleh Hasnan.

"Abang, maafkan Jiha. Jiha tak tahu apa yang berlaku malam tu" kata Najiha sambil menangis teresak-esak di muka pintu.

Itulah yang sebenarnya yang Najiha ingin cakap kepada Hasnan. Tetapi Hasnan tetap juga tidak percaya kata-kata Najiha itu. Najiha dengan pasrah pergi ke luar dan mengemaskan baju-bajunya yang bertaburan di luar.

"Oh satu perkara lagi. SYAZA NAJIHA BINTI IMRAN AKU CERAIKAN KAU DENGAN TALAK 1!. Dan kau ambil sekali Isya ni dengan kau. Aku tak nak jaga dia. Sebab mungkin dia bukan anak aku " kata Hasnan dengan kuat melafazkan cerai ke Najiha.

DEGG!!

Hati Najiha hancur setelah Hasnan melafazkan cerai kepadanya. Diapun masuk ke dalam sekejap untuk mengambil Ranisya sekali seperti yang dikatakan Hasnan tadi.

Setelah itu, Najiha pergi ke rumah ibubapanya dengan hati yang sedih. Setelah beberapa jam perjalanan, diapun telah sampai di rumah ibubapanya.

Tuan Imran dan Puan Liana menyambut anak mereka di muka pintu. Sesampai Najiha kepada ibu dan bapanya, dia terus menangis di dalam pelukan ibunya. Tuan Imran dan Puan Liana berasa risau dengan kelakuan anaknya dan terus bertanya.

"Najiha, kenapa Najiha menangis ni sayang" tanya Puan Liana sambil mengusap belakang badan anaknya itu.

"Hasnan dah ceraikan Jiha, mama. Dan dia suruh bawa Isya sekali sebab dia kata mungkin Isya tu bukan anak dia" kata Najiha dengan nada orang menangis.

Tuan Imran berasa kecewa dengan sikap bekas menantunya itu dan menyesal menyuruh Najiha berkahwin dengannya.

"Sudahlah tu Jiha, mari kita masuk dan bawa Isya masuk sekali" kata Tuan Imran. Najiha pergi ke keretanya untuk mengambil Isya dan beg bajunya.

Setelah itu, dia masuk ke biliknya untuk mengemas baju-bajunya.

Di rumah Hasnan,

"Kenapa Jiha, kenapa kau buat aku macam ini" kata Hasnan sambil memeluk gambar perkahwinan mereka di dalam bilik.

"Apa kau tak tengok perubahan pada aku. Aku dah mula sayang kau, tapi ini yang kau balas kepada aku. Apa aku tak mampu bahagiakan kau sampai kau tidur dengan lelaki lain" kata Hasnan lagi sambil mengenangkan apa yang berlaku kepada dirinya yang ingin berubah untuk mencintai isterinya.A tau lebih tepatnya,bekas isteri.

Dia memeluk erat gambar perkahwinan mereka dan diletakkan di sisi katilnya.

Di rumah Tuan Imran,

Setelah masuk ke biliknya, diapun menidurkan Isya dan ingin mengemas baju-bajunya di almari tetapi Najiha menangis lagi kerana mengenangkan nasib dirinya kerana di fitnah.

Tuan Imran yang ternampak kelakuan anaknya itu, dia pun masuk ke dalam bilik anaknya dan menenangkannya.

"Jiha, sudahlah kamu menangis lagi, papa yang salah suruh kamu kahwin dengan Hasnan. Patutnya papa ikut saja apa yang kamu katakan untuk tidak berkahwin dengan jantan tak guna tu walaupun syarikat papa muflis" kata Tuan Imran sambil membelai rambut anak perempuannya itu.

"Tapi papa, Jiha dah mula sayangkan Hasnan dan Jiha tak sanggup diceraikan macam ini serta Jiha kasihankan Isya kerana selepas ini dia tidak tahu siapa bapanya" kata Najiha kepada bapanya. Tuan Imran keluar dari bilik Najiha kerana dia tidak sanggup lagi melihat anaknya menangis.

Najiha membuka beg bajunya dan menyusun di dalam almari. Selepas selesai berkemas, dia duduk di sisi katilnya sambil melihat gambar perkahwinan di dalam telefonnya.

"Kenapa abang tak nak dengar penjelasan Jiha dulu?. Kenapa abang ceraikan Jiha?." kata Najiha sambil mengusap-usap gambar Hasnan di dalam telefonnya.

Pada malamnya,

Najiha bersiap-siap untuk keluar berjumpa dengan Amin. Dia ingin bertanya kepada Amin apa sebenarnya yang berlaku pada malam majlis itu.

Setelah bersiap, dia meminta izin ibu dan bapanya untuk keluar dan terus menuju ke cafe yang dijanjikan. Setelah beberapa minit perjalanan, Najiha telah sampai di cafe itu dan menjumpai Amin.

"Amin saya nak awak cakap, apa yang berlaku pada malam tu antara awak dengan saya" kata Najiha sesampainya di meja Amin sedang duduk.

"Okey saya ceritakan kepada awak. Malam tu, awak pengsan dan saya nak bawa awak pergi ke majlis balik tapi saya takut orang salah anggap. So saya bawalah awak pergi hotel berdekatan. Setelah sampai hotel tu, saya sewa sebuah bilik untuk awak semalam. Saya hantar awak pergi bilik tu. Saya letak awak atas katil dan saya nak pergi balik rumah saya. Tiba-tiba, awak tarik tangan saya dan awak terus suruh saya buat 'itu'. Saya mula-mula tolak tapi awak tetap paksa saya" kata Amin bohong.

Dengan penbohongan Amin itu, Najiha percaya sebulat-bulatnya dan menangis.

"Tidak mengapa Jiha. Kalau awak mengandung saya akan bertanggungjawab" kata Amin lagi.

"Saya memang bodoh. Dan sebab kebodohan saya, Hasnan ceraikan saya dan tidak mahu mengaku lagi yang Isya tu anak dia" kata Najiha dengan nada tangisan.

Setelah mendengar hal itu, Amin tersenyum puas kerana di telah mendapat orang yang dia sangat cinta. Setelah lama berjumpa Amin, Najiha pulang ke rumah ibu dan bapanya.
.
.
.
.
.
.
.
.
.

Hasil Karya
sofeakamaruzaman
ImanAira08

|C| ҡЄṃɞѧʟıʟѧһ ҡЄƿѧԀѧҡȗ Where stories live. Discover now