Bab 17 : Tolong.. Kembalilah Kepadaku!

25 4 0
                                    

1 Tahun kemudian,

   Kini, anak Dina yang diberi nama Aisya Dalilah sudah hampir memasuki usia satu tahun. Syarikat Najiha pula sudah membuka cawangan yang ke tujuh.

   Hari ini, Dina sedang beristirahat di rumah sambil melayan kerenah anak perempuanya itu. Sedang dia melayan anaknya, tiba-tiba telefonnya berbunyi. Dina menjawab panggilan itu. Tiba-tiba dia terdiam dan melihat siapakah kerangan yang menelefonnya. Alangkah terkejutnya dia mendapati orang itu adalah Amin. Dia cuba untuk tidak gugup untuk menjawab panggilan itu.

   “Helo. Awak siapa?” tanya Dina walaupun sudah mengetahui siapa yang menelefonnya.

  “Apa khabar, dah lama tak jumpa. Tak kan dah tak ingat. Ini aku, Amin.Aku telefon kau ni sebab aku nak ajak kau jumpa kat satu cafe ni. Nanti aku bagi alamat” kata Amin.

   “Okey. Jumpa awak nanti” kata Dina dan terus mematikan panggilan itu. Dina terus bersiap dan menuju ke cafe yang dijanjikan. Sementara anaknya, dititipkan ke keluarganya. Beberapa minit menempuh perjalanan, akhirnya Dina sampai ke cafe yang dijanjikan. Dia masuk lalu menuju ke arah meja yang terdapat susuk dicarinya.

    “Ada apa awak nak jumpa saya ni” kata Dina setelah melabuhkan punggungnya ke kerusi. Setelah itu diapun memesan minuman.

   “Saya ada hal nak bincang dengan awak” kata Amin.

   “Hal apa” kata Dina penasaran.

   “Pasal anak” kata Amin. Dina yang mendengarkan itu, terus wajahnya berubah. Dia sungguh terkejut apa yang dikata oleh Amin.

  “Saya nak hak penjagaan” kata Amin tenang.

  “Saya tak izinkan. Saya tak akan bagi awak dekat dengan anak saya” kata Dina.

   “Kenapa saya tak boleh dekat dengan anak sendiri. Saya ada hak atas dia” kata Amin dengan nada sedikit marah.

   “Sebab saya tak nak Hasnan kecewa dan marah. Kalau dia dapat tahu yang Aisya tu bukan anak dia, dia akan ceraikan saya. Saya tak sanggup nak tinggalkan dia” kata Dina dan dia tidak perasan setitis air matanya jatuh.

  “Saya tak peduli. Saya tetap nak hak penjagaan” kata Amin tidak peduli dengan perasaan Dina.Sungguh dia terasa jijik dengan Dina.Lakonan murahnya buat dia terasa muak.

  “Kenapa awak tiba-tiba nak hak penjagaan?. Kenapa awak tiba-tiba nak jaga dia?. Kenapa awak tiba-tiba peduli tentang dia?. Kenapa Amin, kenapa?!” tanya Dina berteriak sambil menangis. Amin tidak menjawab sepatah pun, lalu membawa Dina keluar dan masuk ke dalam keretanya sedangkan Dina meronta-ronta minta dilepaskan. Amin membawa Dina ke hotel untuk mengajarnya kerana sudah berani membangkangnya. Dia menuju ke hotel berdekatan. Amin menyewa sebuah bilik dan membawa Dina ke  bilik itu.
    Dina hanya pasrah dan tidak mampu untuk melawan kerana tenaganya sudah habis disebab dia meronta-ronta untuk dilepaskan tadi.
    Tiba- tiba pintu bilik itu diketuk dengan kencang. Amin yang tidak tahan dengan bunyi itu, lalu membukanya.

BUKK!!

Dia mendapat tumbukan dari seseorang yang mengetuk pintunya tadi. Dia terkejut apabila mendapati seseorang itu ialah Hasnan. Dina rasa bersyukur dengan kedatangan Hasnan itu. Dina pun berjalan ke Hasnan, tetapi Hasnan menyuruhnya untuk menjauh. Dina merasa pelik dengan kelakuan Hasnan itu.

  “Baru aku tahu, kau ni lagi teruk dari setan,Dina” kata Hasnan dengan marah.

   “You kenapa ni” tanya Dina takut.

   “Aku dah tahu sebenarnya Aisya tu bukan anak aku”kata Hasnan. Alangkah terkejutnya Dina setelah mendengar apa yang dikatakan oleh Hasnan.

  “Apa You merepek ni. Aisya memang anak You”kata Dina.

|C| ҡЄṃɞѧʟıʟѧһ ҡЄƿѧԀѧҡȗ Where stories live. Discover now