Bab 19 : Pergilah ke Dia (sadend)

32 4 0
                                    

    Hari berganti hari, minggu berganti minggu dan bulan berganti bulan, keadaan Najiha semakin lemah. Pelbagai rawatan sudah dijalankan tetapi tetap tidak membuahkan hasil. Hasnan dan seluruh ahli keluarga Najiha tidak henti-henti berdoa supaya Najiha sembuh dan kembali sihat. Setiap hari juga Hasnan datang melawat dan menjaga Najiha hingga ke malam. Hari ini, Hasnan datang dengan membawa beberapa kuntum mawar merah untuk Najiha. Setelah dia masuk ke wad Najiha, dia terus meletakkan bunga itu di dalam pasu.

  “Hai Najiha. Jauh termenung. Fikirkan saya ke?. Saya dekat sini dah. Tak perlu termenung lagi” Hasnan bercanda.

  “Mana ada saya fikirkan awak. Dasar perasan tak ingat tempat”kutuk Najiha.Nyampahlah rasanya akan ketidak perasaan Hasnan.

  “Awak ni tak penat ke setiap hari melawat saya. Parent awak tak marah ke?” tanya Najiha malas.

  “Saya tak pernah penat untuk menjaga awak sampai awak sihat. Parents saya pun tak kesah asalkan menantu dia sihat”kata Hasnan.

  “Tapi awak tahukan penyakit saya ini tak boleh sembuh dah. Kenapa awak tetap berharap yang saya akan sembuh?."tanya Najiha.

  “Kenapa awak kata macam tu?. Hidup dan mati tu kan ketentuan Allah. Jadi awak jangan lagi kata macam itu” kata Hasnan.

  “Baiklah Ustaz Rizwan Hasnan. Saya janji tak kata macam tu lagi” kata Najiha dan mereka pun ketawa. Tetapi Najiha tetap juga kasihankan Hasnan dan dia berharap yang Hasnan tidak akan kecewa setelah dia tiada nanti.

  “Amboi kamu berdua ni, ketawa tak ingat dunia. Sampai keluar dengar suara ketawa kamu berdua” tegur Puan Liana kepada Hasnan dan Najiha.

  “Oh ye ke. Sorry aunty. Najiha ni perli saya ustaz lepas saya ceramahkan dia” kata Hasnan. Setelah itu, Najiha terus menunbuk perlahan perut Hasnan. Hasnan pun berpura-pura sakit.

  “Sudah Najiha. Kamu tu sakit, jangan ganas-ganas sangat” kata Puan Liana. Setelah itu, Hasnan membawa Najiha ke katilnya dan tidur. Keesokkan hari, Hasnan melawat lagi Najiha. Begitulah setiap hari Hasnan. Tetapi dua minggu ini, Hasnan semakin risau kerana keadaan Najiha semakin teruk dan sering pingsan setiap kali dia datang.

  Seperti hari-hari sebelumnya, Hasnan datang untuk melawat Najiha. Dia sampai di hospital sambil memegang bunga mawar merah seperti selalu. Apabila dia sampai di wad Najiha, alangkah terkejutnya dia mendapati Najiha pingsan dan darah keluar dari hidungnya. Dalam keadaan cemas, dia menekan tombol untuk memanggil doktor. Dengan pantas, doktor masuk ke wad Najiha dan menyuruh Hasnan tunggu di luar. Hasnan terus menelefon ibubapa Najiha. Selang beberapa minit, ibubapa Najiha datang.

“Hasnan, Najiha kenapa?” tanya Puan Liana.Hatinya sudah mengatasi yang bukan-bukan sahaja.

“Tadi dia pingsan dan hidung dia keluar darah aunty”kata Hasnan.
    mendengarkan itu, membuat risau Pn.Liana bertambah berlipat kali ganda. Beberapa minit kemudian, Doktor Khalif keluar dari wad Najiha.

“Bagaimana keadaan anak saya doktor?” kata Tuan Imran.

“Maafkan kami tuan, anak tuan sudah tahap kritikal. Kami tidak boleh buat apa-apa lagi tuan. Walaupun dia menjalani pembedahan, dia tidak akan selamat” kata Doktor Khalif. Puan Liana menangis di dakapan suaminya.

“Puan Najiha ingin berjumpa tuan,puan dan Tuan Hasnan” kata Doktor Khalif. Setelah mendengar itu, mereka bertiga terus masuk ke wad Najiha.

  “Papa,mama. Najiha nak minta maaf kalau Najiha ada salah silap.Maafkan Jiha kalau Dina tak cukup sempurna menjadi seorang anak.Halalkan segalanya ya?.Dari setitik susu Mama sehingga setitik peluh Papa."

       "Kami dah lama maafkan kamu ,Jiha.Bagi kami,kamu sudah cukup sempurna dilengkapi lagi dengan kehadiran Afina."

    Pn.Liana dan Tn.Imran memeluk tubuh lemah Najiha yang mungkin buat kali terakhir.

    " Untuk awak Hasnan, saya sudah maafkan awak lama dah. Saya nak tengok awak bahagia lepas saya dah tak ada dekat sini lagi. Jaga Isya, kalau Isya tanya saya mana, cakap dekat dia saya ada dengan dia selalu. Dan satu lagi, Rizwan Hasnan saya cintakan awak. Saya Syaza Najiha selalu cintakan awak dan ada dengan awak walaupun awak tak nampak saya” kata Najiha sebelum menghembuskan nafas terakhirnya dan mesin berbunyi lalu muncul garisan lurus di skrin. Puan Liana, Tuan Imran dan Hasnan menangis dan menutup mayat Najiha dengan selimut.

  “Saya janji, saya akan jaga Isya. Saya juga cintakan awak Syaza Najiha” kata Hasnan dalam tangisan. Selepas itu, Najiha dikuburkan di tapak perkuburan Islam. Seluruh ahli keluarga dan sahabat Najiha datang.

“Saya yakin Najiha, walaupun jasad awak sudah dikuburkan tetapi hati awak akan terus ada dengan saya. Tenanglah awak dekat sana” kata Hasnan dan berlalu pergi dari tapak perkuburan itu sambil membawa Ranisya.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.


Hasil karya,
sofeakamaruzaman
ImanAira08

23 , Dis 2020

|C| ҡЄṃɞѧʟıʟѧһ ҡЄƿѧԀѧҡȗ Where stories live. Discover now