Bab 18 : Saya Jaga Awak!

23 2 0
                                    

  “Haihhh”
  
  Najiha mengeluh untuk kesekian kalinya. Dia lelah akan segalanya. Selepas satu,satu lagi masalah yang datang.

Telah dua bulan Hasnan selalu berjumpa dengannya. Meminta rujuk kembali. Dia tidak mahu. Dia punyai satu alasan kukuh namun bibirnya tidak mampu mengucapkannya.

Memikirkan ‘alasan’nya itu, jika orang lain mungkin sudah menangis teresak-esak. Tetapi dia seolah mayat hidup. Saat menerima berita sedih itu, tiada apa-apa reaksi yang terpancar di mukanya. Seolah-olah dia berada di dunia kelamnya sendiri.

  Mungkin sudah terlalu banyak perkara dia sudah lalui. Syarikat,keluarga malahpun hal cinta. Memandang biasan diri di depan cermin solek miliknya. Wajahnya sendiri menunjukan sendiri betapa banyaknya ujian yang dihadapinya. Pintu bilik dikuak luas lalu keluar. Kepalanya pusing, matanya kelabu. Langkah kakinya juga sudah mulai longlai. Rasanya seperti pitam akan menjemput.

Puan Liana yang baru sahaja keluar daripada dapur utama menyedari hal itu. Dia berlari ke arah Najiha yang baru selamat meletakkan kakinya di anak tangga terakhir. Namun belum sempat Puan Liana menyambutnya, Najiha sudah tumbang jatuh ke lantai yang beralaskan permaidani import dari Turki itu. Seolah mempunyai telepati, tepat pada masanya Hasnan datang. Tidak berasa pelik, kerana sudah hampir dua bulan Hasnan buat sebegitu.
Setelah Hasnan masuk ke rumah Najiha, dia sungguh terkejut melihat Najiha jatuh dari tangga dan pingsan. Dia berlari kearah Najiha dan mengangkatnya untuk pergi ke hospital seperti yang disuruh Puan Liana. Dalam perjalanan, Hasnan sungguh berasa khawatir dengan keadaan Najiha. Setelah sampai, dia terus memanggil doktor dan membawa Najiha ke biliknya untuk memeriksa keadaan Najiha. Setelah beberapa minit menunggu, doktor pun keluar dari biliknya.

  “Nampaknya kondisi Puan Najiha semakin teruk. Kami perlu memantaunya bermula dari sekarang. Jika tidak, keadaannya akan terus meneruk” kata Doktor Khalif kepada Puan Liana dan Hasnan. Hasnan terkejut dengan apa yang didengarnya.

    Manakala,hati ibu Pn.Liana makin digoncang.Katakanlah,dia sanggup menggantikan dirinya.

  “Doktor  kenapa dengan Najiha?.Dia ada apa-apa penyakit kah?”tanya Hasnan yang tidak tahu apa-apa.

  “Sebenarnya Puan Najiha menghidap kanser tahap empat. Keadaannya bertambah teruk dari semasa ke semasa”kata Doktor Khalif. Hasnan sungguh tidak sangka yang sebenarnya Najiha menyembunyikan penyakitnya itu.

  “Aunty Liana apa ini betul?. Kenapa Najiha tak pernah kata pada saya.? Kenapa dia sembunyikan ini dari saya?.” tanya Hasnan bertalu-talu kepada Puan Liana.

“Ini betul Hasnan. Najiha menghidap penyakit ni sudah dua bulan. Dia ada masa lagi beberapa bulan sahaja untuk hidup. Aunty rasa dia sembunyikan dari kamu supaya kamu boleh tinggalkan dia dan jangan berharap kepada dia lagi”kata Puan Liana. Setelah mendengar itu, Hasnan masuk ke wad Najiha. Najiha terkejut dengan keberadaan Hasnan disini.

  “Kenapa awak sembunyikan dari saya?. Adakah ini alasan kenapa awak tak mahu rujuk dengan saya?.”kata Hasnan. Najiha yang mendengarkannya berasa serba salah.

  “Macam ma-“ kata Najiha dipotong oleh Hasnan.
  “Mama awak dah ceritakan dekat saya semuanya dan saya mahu jaga awak” kata Hasnan.

“Tak perlu Hasnan” kata Najiha.

“Tiada penolakan. Saya tetap akan jaga awak” kata Hasnan nekad dan tidak berkompromi.
.
.
.
.
.
.
.
.
.


Sorry pendek✊🏻

Hasil karya,
sofeakamaruzaman
ImanAira08

Rabu , 23 Dis 2020

  

|C| ҡЄṃɞѧʟıʟѧһ ҡЄƿѧԀѧҡȗ Where stories live. Discover now