BAB 1-Accident??

82 15 0
                                    

     Loceng berbunyi. Ia menandakan waktu pembelajaran sudah habis.

     Semua pelajar sudah keluar dari kelas masing-masing kecuali Hasnan dan Najiha. Mereka sedang membuat tugasan yang diberi oleh professor mereka.

     "You jom pergi makan, I dah laparlah" kata Najiha disamping Hasnan.

      "Okay, jom kita makan." Kata Hasnan sambil mengemaskan semua kerja-kerjanya dan memasukkan ke dalam begnya.

     Mereka menuju ke cafeteria. Mereka membeli makanan dan memilih tempat duduk. Selepas menjumpai tempat duduk, mereka duduk dan makan makanan yang mereka beli tadi.

     "You, malam ni you ada plan tak?" tanya Hasnan kepada Najiha.

      "Takde, kenapa you tanya?" tanya Najiha dengan mulut yang penuh dengan makanan.

   "I nak ajak you pergi club malam ni," terang Hasnan.

     "You nak ikut tak?" tanya Hasnan lagi.

    "I nak ikut!" kata Najiha gembira.

   "I dah lama nak ajak you, tapi you busy sangat." Kata Najiha sambil mulut mencebik.

    "Okay-okay, jangan merajuk, nanti I ambil you malam ni, pukul 10 malam, you tunggu tau." Kata Hasnan.

     "Okay, I tunggu you, jangan tak ambil pula tau." Kata Najiha manja.
.
.
.
.
.
.
      Pada malam itu, Hasnan menunggu Najiha di hadapan rumah Najiha.

      Najiha senyap-senyap keluar dari rumah dan masuk ke dalam kereta Hasnan.

     "Kenapa you lambat sangat. Lama I tunggu." Kata Hasnan dengan nada sedikit marah.

    "I tunggu Mama dan Papa I tidur dulu. Kalau diorang tahu I keluar malam ni, confirm diorang marah," kata Najiha.

    "You, bila you nak beritahu hubungan kita pada parents kita. I tak sukalah kalua nak keluar dengan you malam-malam kena tunggu Mama dengan Papa I tidur." Kata Najiha dengan nada kesal.

    "Okay, esok kita beritahu parents kita." Kata Hasnan.

    "Sekarang kita jangan fikir masalah tu, jom kita pergi enjoy!" kata Hasnan lagi dengan nada seronok.
   
     "Okay, jom!" balas Najiha.

       Hasnan memandu kereta menuju ke tempat yang mereka tujui. Mereka tiba di kelab malam dan berjumpa dengan kawan-kawan mereka. Mereka menari sambil minum berbotol-botol arak dan mabuk.

    "Kitorang balik dulu," kata Hasnan dan Najiha dalam keadaan mabuk.

    "Okay."kawan-kawan mereka yang lain membalas.

    Hasnan dan Najiha berjalan ke kereta dalam keadaan terhuyung-hayang. Hasnan memandu kereta.
     Dia memandu keretanya dengan laju dalam keadaan mabuk. Lampu isyarat merah dilanggarnya.

     "You!"

Jerit Najiha terkejut. Hasnan melihat sebuah lori menghala kearah mereka dan bertembung.

     Kemalangan yang berlaku cukup dahsyat. Kereta Hasnan yang dirempuh berkecai. Orang ramai berkumpul menyaksikan kemalangan yang ngeri itu.

      Ada yang meminta menelefon ambulan dan ada yang meminta menelefon ibu dan bapa mereka.

     Ambulan tiba dan membawa mereka ke hospital sebelum lebih kritikal. Mereka sampai di hospital dan dimasukkan ke wad kecemasan.

     Apabila mendapat berita itu,Tuan Imran,Puan Liana,Dati Muzaffar dan Datin Emylia terus menuju ke hospital.

    Apabila sampai,mereka bertanya kepada doktor keadaan anak-anak mereka.

     "Doktor macam mana keadaan anak-anak kami,"tanya Dato Muzaffar mewakili mereka disitu.

    "Keadaan anak-anak tuan-tuan dan puan-puan cukup parah,bahagian paling teruk di kaki dan kepala mereka.Kami akan berusaha untuk menyelamatkan anak-anak tuan-tuan dan puan-puan."terang doktor.

     Puan Liana dan Datin Emylia terduduk dan menangis dengan semahu-mahunya di sisi suami mereka.

    "Apa nasib malang yang menimpa anak kita ni bang,'' kata Puan Liana dan Datin Emylia kepada suami mereka.

     "Kita berdoa sajalah supaya Allah menyelamatkan anak kita,'' kata Tuan Imran dan Dato Muzaffar kepada isteri mereka yang berasa sungguh kesal dengan apa yang menimpa anak-anak mereka.





    Seminggu kemudian,Hasnan dan Najiha masih tidak sedar dari koma.Ibu bapa mereka tidak henti-henti berdoa supaya mereka sedar dari koma.

    Kawan-kawan mereka berasa simpati kepada ibu bapa mereka dan mendoakan supaya mereka sedar semula.Kawan-kawan mereka yang datang ziarah akan memberikan kata-kata semangat untuk mereka supaya bangun.

    Pada keesokkan harinya,seperti biasa Mama Najiha akan membersihkan muka dan badannya menggunakan tuala basah.Sedang dia mengelap tangan anaknya,jari Najiha bergerak-gerak menandakan dia hampir sepenuhnya sedar.

     Mama Najiha menekan butang kecemasan sambil memanggil nama Najiha dengan cemas.

     Doktor yang bertanggungjawab bergeges ke wad Najiha dan memeriksa Najiha yang hamper sedar itu.Seorang jururawat menyuruh Mama Najiha menunggu di luar.

     Mama Najiha menunggu diluar sambil berdoa untuk Najiha supaya tidak terjadi apa-apa.Dia menelefon suaminya yang berada di pejabat.Papa Najiha mengangkat panggilan daripada Mama Najiha.

     Mama Najiha menceritakan apa yang berlaku kepada Najiha dan papa Najiha terus menuju ke hospital dengan berhati-hati untuk tidak terjadi apa-apa.

   Papa Najiha bergegas berlari ke arah isterinya yang menunggu di luar wad.Tidak lama kemudian,doktor keluar dari wad Najiha.

      "Anak tuan sudah sedar,tetapi separuh dari ingatan dia sudah hilang.Dia hanya kenal ibu bapa dia sahaja,''terang doktor.

     Mama Najiha terkejut lalu menayakan cara untuk Najiha memperoleh ingatannya kembali.

     "Doktor,ada cara untuk memperoleh ingatan anak saya kembali,"tanya Mama Najiha.

     "Sebenarnya untuk memperoleh ingatannya kembali tiada cara.Ia bergantung kepada semangat pesakit dan sokongan ahli keluarga serta sekeliling untuk memperoleh ingatannya semula,Cuma jangan paksa dia dan jangan buat dia stress,"terang doktor.

   Mama dan Papa Najiha segera memasuki wad Najiha setelah doktor pergi selepas memberi keterangan.

     "Mama akan selalu berada dengan Najiha sehingga Najiha ingat sepenuhnya,''kata Mama Najiha sambil memegang tangan tuan punya katil.
.
.
.
.
.
.
.
.
.



Hasil karya,
sofeakamaruzaman
ImanAira08

29 , Ogos 2020


|C| ҡЄṃɞѧʟıʟѧһ ҡЄƿѧԀѧҡȗ Where stories live. Discover now