Bab 8 -Termetrai Sudah

2.2K 22 0
                                    

BAB 8

"Hai sayang kenapa muka bad mood je?" Sapa Fasha yang tiba-tba masuk ke dalam bilik Taufik tanpa meminta kebenaran dari tuan punya bilik itu.

Taufik hanya mengalihkan pandangan matanya pada Fasha kemudian termenung semula seperti sedang memikirkan sesuatu. Fasha yang merasa pelik melihat perlakuan Taufik lantas mendekati Taufik lalu mengusap-usap pipi lelaki itu.

"Kenapa ni? Ada masalah ke sayang? Ceritalah kat I" kata Fasha dengan manja.

"Harapan I untuk jadi CEO Syarikat Sentra Sdn Bhd tidak kesampaian. Tak guna betul orang tua tu. Macam tahu saja yang aku nak lingkupkan syarikat dia," Taufik mula bersuara. Itu pun hasil pujukan Fasha yang berjaya mencairkan hati Taufik.

"Kenapa boleh jadi begitu?" soal Fasha.

"Kerana dia telah pindahkan sahamnya sebanyak 80% kepada orang lain sebelum Dato' Zakaria mengambil alih syarikatnya. Jadi I hanya dapat 20% sahaja baki saham dari orang tua itu. Secara mejoritinya orang yang memegang saham yang lebih besar layak memegang jawatan CEO," jawab Taufik sambil mendengus selepas itu.

"Jadi sekarang bagaimana? Tiada peluanglah you nak jadi CEO dan tak dapatlah I nak merasa untuk menjadi isteri CEO nanti," Fasha mencebik.

"You jangan bimbang. Dato' Zakaria telah menghantar orang untuk menyiasat perkara ini. Dia akan cari siapa pemegang saham yang terbesar tu dulu."

"Entah-entah pemegang saham terbesar tu bekas janda you Marisa kot. Dia saja tak nak beritahu kat you sebab dia nak balas dendam sebab you telah ceraikan dia agaknya."

"Tak mungkin. Dia tak kan menipu. I taulah dia tu macam mana orangnya. Tetapi I akan tanya dia nanti. Mana tau dia tahu sapa pemegang saham terbesar tu," kata Taufik menyanggah pendapat Fasha tadi.

"Yelah tu. Tapi apa-apa pun kita settlekan pernikahan janda you tu dulu ok? Mana borang pernikahan janda you tu?" kata Fasha sambil tapak tangan kanannya ditadahkan kepada Taufik.

"Kat dalam sampul surat coklat atas meja," bibir taufik menjuih kearah sampul surat coklat yang siap terletak di atas meja.

Fasha bingkas mengambil sampul surat itu. Dikeluarkan dokumen di dalamnya satu persatu. "Esok I akan daftar pernikahan ini. Minggu depan mereka boleh bernikah dan bermulalah hari malang buat janda you tu. Hahahaha...," kata Fasha disusuli dengan gelak besar. Taufik hanya tersenyum tawar.

#############

Marisa kelihatan sedang mengelap almari yang berhabuk. Sesekali dia mengesat peluh yang mengalir perlahan di wajahnya. Boleh dikatakan dalam seminggu sekali Marisa mesti mengelap perabot di dalam rumahnya kerana kedudukan rumah yang berdekatan dengan jalan raya menyebabkan habuk mudah masuk ke dalam rumahnya dan sering bertompok di perabotnya. Setelah penat mengelap dia duduk bersandar di atas kerusi ruang tamu rumahnya.

MATA YANG TIADA LAGI BUTAWhere stories live. Discover now