Bab 12- Pertualangan Taufik

2.4K 23 0
                                    

BAB 12
Taufik kelihatan sedang duduk di dalam sebuah restoran yang dikatakan akan berjumpa dengan kliennya pada pagi itu. Apabila diperhatikan meja yang dia duduki memang betul, terdapat seorang perempuan yang menemaninya di situ. Akan tetapi adakah perempuan itu benar-benar klien dia? Apabila diperhatikan wajah perempuan itu rupa-rupanya kawan baik Marisa sendiri iaitu Zura yang menemai Taufik. Jadi memang betul tujuan Zura datang ke kompleks membeli belah itu adalah untuk berjumpa dengan Taufik. Tetapi apakah tujuan mereka ingin berjumpa dan apakah hubungan Taufik dengan Zura sebenarnya?
"Nasib baik tak kantoi dengan Marisa tadi. Tak sangka pulak yang dia orang ada kat sini juga," keluh Zura selepas dia duduk di atas kerusi bertentangan dengan Taufik.
"Tak perlu risau. Tengok tadi pun dia orang macam tak perasan yang kita nak berjumpa," Taufik membuat andaian.
"Kalau kantoi tadi macam manalah? Mesti Marisa kecewa kerana kawan baiknya telah mengkhianatinya sendiri. Yang awak ni nak jumpa saya kenapa? Sudahlah nak hubungi pun payah sibuklah apalah, tiba-tiba ajak jumpa," Soal Zura kepada Taufik. Nadanya seperti dibuat-buat merajuk.
"Kalau tiba-tiba saya nak jumpa awak, mestilah saya rindu kat awak," jawab Taufik ringkas tetapi bernada memujuk.
"Yelah tu rindu. Awak ingat saya tak tahu kat pejabat awak ada scandal baru. Patutlah beria-ria suruh saya berhenti kerja dari syarikat tu rupanya nak pasang baru," Zura memasamkan wajahnya. Dia tahu bahawa Taufik mempunyai hubugan dengan Fasha setiausaha barunya itu. Sebelum itu Zura merupakan setiausaha kepada arwah bapa Marisa dan selepas arwah bapa Marisa meninggal dia menjadi setiausaha kepada Taufik pula. Itu pun sekejap sahaja. Taufik yang meminta agar Zura berhenti kerja dan berjanji akan menanggung perbelanjaan sara hidupnya.
Jadi selama ini Zura telah menjalinkan hubungan sulitnya dengan Taufik semenjak Taufik menjadi suami kepada Marisa lagi. Sehinggalah Marisa bercerai dengan Taufik, Mereka masih lagi menjalinkan hubungan sulit. Marisa tidak sedar akan perkara itu. Dia masih menganggap Zura adalah sahabatnya yang paling rapat sekali.
"Saya tak ada apa-apa dengan dia. Dia cuma setiausaha saya sahaja. Tak lebih dari itu. Saya cuma cintakan awak sorang sahaja," jelas Taufik sambil tangannya merayap menggosok tangan Zura. Tetapi penjelasan itu jelas tidak benar kerana dia juga telah menjalinkan hubungan sulit dengan Fasha.
Menjadi kebiasaan kebanyakkan wanita, hati mereka akan cair apabila mendengar kata-kata cinta dari orang yang dicintainya. "Ok, saya percayakan awak. Oh ya, hari tu masa awak hubungi saya awak ada nak minta tolong saya tetapi pertolongan apa? Saya harap ianya tak ada kaitan dengan Marisa. Saya tak sanggup nak berlakon depan dia lagi," kata Zura pandangan matanya masih bertentangan dengan Taufik.
"Saya tak sampai hati nak tipu dia lagi. Pasal awak nak perangkap dia supaya berkahwin dengan cina buta tu pun membuatkan saya rasa bersalah terhadap dia. Sedangkan saya tahu bahawa dia akan merana jika berkahwin dengan cina buta tu tetapi saya sebagai sahabat baiknya membiarkan sahaja perkara itu berlaku," Zura mengeluh. Mukanya sedikit suram apabila teringatkan Marisa. Taufik menarik tangannya dari memegang tangan Zura. "Mestilah awak diamkan. Tak kan awak nak ceritakan perkara yang sebenar padanya."
"Betul kata awak tapi sampai bila kita hendak begini. Satu hari nanti Marisa akan tahu juga. Apa kata kita berterus terang sahaja dengan Marisa? Selepas itu kita nikah," cadang Zura. Dia bersungguh-sungguh hendak berterus terang dengan Marisa akan perhubungan sulitnya itu walaupun dia tahu Marisa pasti akan membencinya.
Muka Taufik sedikit berubah selepas mendengar cadangan Zura. Dia merenung tajam Zura yang berada dihadapannya. "Jadi awak nak bongkarkan rancangan saya nak perangkap dia nanti. Kalau dia tahu semua ini rancangan saya satu sen dari syarikat bapak dia kita tak akan dapat!" Taufik merengus.
Zura sedikit tersentak. "Awak masih belum dapat menguasai syarikat bapa Marisa?"
"Belum. Sekarang pun saya hanya memegang 20% saham syarikat. Lagi 80% tak tahu siapa. Saya ada tanya Marisa juga tapi dia pun kata tidak tahu. Jadi saya nak minta tolong awak kalau boleh cuba korek rahsia dari Marisa siapa yang memegang 80% saham syarikat bapanya itu sebab awak kan kawan baiknya. Saya janji lepas saya dapat mengusai syarikat itu kalau awak nak bererus terang dengan Marisa saya tak kisah dan kita juga akan kahwin." Jelas Taufik bagi memberi kefahaman terhadap Zura tetang perancangannya.
Zura terdiam seketika. "Awak janji akan berkahwin dengan saya?"
"Saya janji"
"Baiklah saya akan cuba dapatkan maklumat dari Marisa. Ini kali terakhir tahu, lepas ni saya tak sanggup nak menipunya lagi," kata Zura bersungguh-sungguh.
"Awak saya dah book bilik hotel kat sini. Lepas makan nanti kita singgah ye," beritahu Taufik kepada Zura. Senyuman nakal mula terukir pada wajahnya.
Zura hanya mengangguk dan senyum sahaja tanda setuju pelawaan Taufik tadi. Dia sanggup melakukan apa sahaja demi cintanya pada Taufik walaupun dia akan mengkhianati kawan baiknya sendiri serta melakukan perkara yang dilarang oleh Allah. Tangan Taufik mula menjalar semula memegang tangan Zura sambil matanya tidak putus memandang Zura. Manakala dada Zura mula berdebar apabila menghadapi situasi itu.
                                                                                **************

Selepas membeli-belah Hasrol membawa Marisa dan Ashraf pulang. Semasa memandu kenderaan Hasrol asyik memandang Marisa yang duduk disebelahnya. Marisa yang menyedari perbuatan Hasrol itu mengalihkan pandangnya pada Hasrol.
"Ada apa awak pandang-pandang saya ni. Muka saya dah berubah ke?" Soal Marisa kepada Hasrol.
"Taklah muka awak tetap cantik macam dulu. Cuma awak tak perasan sesuatu ke?" Jawab Hasrol sambil soalan juga diajukan kepada Marisa.
"Perasan apa? Tak rasa apa-apa yang pelik pun. Awak sahaja yang pelik tertoleh-toleh sahaja kepalanya," jawab Marisa sambil keningnya dikerutkan.
"Awak tengok Ashraf tu dari lepas jumpa Taufik sampai sekarang senyap sahaja. Dia merajuk tu sebab awak marah dia tadi," beritahu Hasrol kepada Marisa sambil kepalanya digoyangkan sedikit kearah Ashraf.
Sebaik sahaja mendengar kata-kata Hasrol tadi Marisa terus mengalihkan pandangannya pada Ashraf. Dia melihat Ashraf duduk ditepi tingkap sambil memerhatikan pemandangan di luar. Memang Marisa menyedari yang Ashraf dari tadi hanya membisu sahaja. Dia menyangkakan yang Ashraf penat berjalan jadi malas hendak bercakap. Tak sangka pula Marisa, Hasrol dapat menyedari yang anaknya itu merajuk.
"Ashraf marahkan mama ke? Mama minta maaf sebab marah kat Ashraf tadi. Mama bukan sengaja nak marah sebab mama tak suka kalau Ashraf tidak hormat pada papa," Marisa mula memujuk. Tetapi Ashraf hanya membisu memandang pemandangan luar cermin.
Marisa terkelu kata. Ashraf betul-betul marah kepadanya. Melihatkan Ashraf yang masih membisu itu Hasrol tiba-tiba memberhentikan keretanya di hadapan sebuah kedai di bandar Klang. "Ashraf tengok kat luar tu kedai apa?" Pinta Hasrol apabila selesai menarik brek tangannya.
Ashraf memerhatikan singn board kedai yang betul-betul berada depan matanya. Dia membaca ayat yang ditulis pada papan itu. 'Kedai Mainan Super Hero'.
Kat dalam sana Ashraf, banyak patung Ben-10. Papa ingat nak belikan kat Ashraf yang paling besar," kata Hasrol sambil matanya masih memandang kedai mainan itu.
"Betul ke papa? Ashraf suka. Jom papa, jom!" Ashraf gembira selepas mendengar kata-kata Hasrol tadi. Lantas dia cuba untuk membuka pintu kereta tetapi tidak berjaya kerana Hasrol masih belum membuka kunci pintu kereta lagi.
"Aaaa...nanti dulu. Ingat papa nak terus belikan ke? Sebelum kita keluar beli mainan papa nak Ashraf buat sesuatu dulu," Hasrol mengenakan syarat kepada Ashraf.
Ashraf memandang Hasrol. "Apa dia papa?" lantas terus bertanya.
"Papa nak Ashraf minta maaf kat mama. Tak baik buat mama macam tu. Berdosa tahu. Ashraf tahu kan mama yang melahirkan Ashraf, menyusukan Ashraf, memberi kasih sayang kat Ashraf pendek kata mama banyak berkorban untuk Ashraf. Ashraf pula senang-senang sahaja nak sakitkan hati mama. Ashraf tahu tak yang syurga tu bawah tapak kaki mama. Kalau Ashraf sakitkan hati mama Ashraf tak masuk syurga tahu nanti masuk neraka kena seksa. Padan muka," nasihat Hasrol kepada Ashraf.
Ashraf pula hanya tertunduk mendengar kata-kata Hasrol yang tidak ubah seperti penceramah agama. "Papa nak Ashraf minta maaf pada mama sekarang. Kalau mama maafkan Ashraf baru papa belikan mainan," pinta Hasrol pula. Marisa yang berada disebelah Hasrol hanya mendengar perbualan antara Hasrol dan anaknya itu. Dia tidak sangka yang Hasrol akan menasihati anaknya dengan sedemikian rupa. Nasihat yang layak dari seorang ayah walaupun baru 2 hari Hasrol menjadi ayah Ashraf.
Selepas Hasrol menghabiskan kata-katanya Ashraf mengangkat kepalanya memandang wajah Marisa. Matanya bertakung dengan air mata tetapi masih belum meleleh lagi. "Mama... Ashraf minta maaf. Mama maafkan Ashraf tahu. Ashraf tak nak masuk neraka," rayu Ashraf. Air matanya mula meleleh. "Ashraf janji tak akan sakitkan hati mama lagi."
Marisa terharu menengar rayuan anaknya itu. Dia seorang yang sensitif jadi dia pun ikut menangis sekali. Lagi-lagi apabila melihat tangisan anaknya itu. "Mama sayangkan Ashraf. Mama sudah lama maafkan Ashraf. Mama pun janji tak akan marah Ashraf lagi selepas ini." Marisa menarik dan memeluk kepala Ashraf. Hasrol yang berada disebelah hanya memerhatikan gelagat dua beranak itu. Dia berasa lega kerana berjaya mengembalikan hubungan baik antara ibu dan anaknya. "Tahniah! Ashraf akan mendapat sebuah patung Ben-10 saiz XXL kerana telah mendapatkan kemaafan dari mama!" Hasrol mencelah lalu mematikan ejin kereta dan secara automatik kunci pintu terbuka. "Ashraf jom turun. Pilih patung mana nak," ajak Hasrol.
Ashraf tersenyum mendengar kata-kata Hasrol tadi. Kepalanya sudah terbayang patung mana yang akan dibelinya. Lantas dia membuka pintu kereta dan berlari masuk kedalam kedai mainan itu.
"Awak jom," Hasrol mengajak Marisa yang air mata masih lagi bersisa. Tetapi Hasrol terkedu apabila Marisa memandangnya tidak putus-putus. 'Kenapa dia pandang aku macam ni. Macam nak makan aku sahaja.'
Marisa menggenggam tangan kanan Hasrol lalu tersenyum. "Thanks. I love you." Lalu Marisa membuka pintu dan keluar dari kereta dan berjalan menuju ke kedai mainan yang baru dimasuki oleh Ashraf tadi.
Tiba-tiba jantung Hasrol berdebar-debar mendengar kata Marisa tadi. 'Dia cintakan aku betul-betul ke?' Hasrol bertanya dirinya sendiri. Dia memandang cermin luar tingkap belah kanannya. Kelihatan Marisa dan Ashraf melambai-lambai kepadanya tanda mengajak masuk sekali ke dalam kedai mainan itu. Hasrol melemparkan senyuman lalu keluar dari kereta.
                                                                       ********************

Selepas membeli patung Ben-10 untuk Ashraf, mereka memulakan perjalanan untuk balik ke rumah. Hasrol memandu kereta tetapi fikirannya melayang mengingat kembali peristiwa dimana Marisa mengucapkan perkataan 'I love you' kepadanya. Dia tersenyum sendiri. Marisa perasan Hasrol tersenyum sendiri.
"Ha..apa senyum-senyum tu?" sergah Marisa.
Hasrol sedikit tersentak. Dia menoleh kepalanya kepada Marisa. "Salah ke senyum. Senyum kan sedekah. Lebih-lebih lagi pada isteri kita sendiri."
"Aik, macam pernah dengar je ayat tu. Meniru je. Tapi awak senyum kat cermin kereta bukan kat saya." kata Marisa. Lantas mereka berdua ketawa serentak. "Awak, terima kasih sebab belikan Ashraf mainan kegemaran dia tadi," ucap Marisa kepada Hasrol.
"Awak ni. Ashraf saya dah anggap macam anak saya sendiri tahu. Awak tak perlu nak berterima kasih sangat."
'Anak sendiri? Ashraf pun macam dah anggap awak macam papanya sendiri. Saya dapat lihat dengan mata kepala saya sendiri,' kata hati Marisa. Tatkala itu hatinya terasa syhadu mengenangkan yang tidak lama lagi dia akan berpisah dengan Hasrol. Dia mengakui bahawa Hasrol seorang suami dan ayah yang baik dan bertanggungjawab. Dia begitu selesa hidup bersama dengan Hasrol walaupun kehidupan mereka baru mencecah dua hari.
Ashraf pula semakin hari semakin rapat dengan Hasrol. Marisa dapat merasakan yang Ashraf amat menyanyangi Hasrol dan menganggap Hasrol macam ayahnya sendiri. Bagaimana pula ketika mana Hasrol akan menceraikan dia nanti. Pada masa itu sudah tiada Hasrol lagi yang akan menemani Ashraf. Sudah tiada papa Ashraf yang Ashraf sayang. Mungkin Ashraf akan memberontak dan tiada siapa yang akan dapat memujuknya kecuali Hasrol sendiri. Marisa mengeluh memikirkan perkara tersebut.
"Awak kenapa senyap ni?" Hasrol menyoal apabila melihat Marisa tiba-tiba termenung.
Marisa tersedar dari lamunan. Dia menoleh kepalanya kepada Ashraf yang sedang sibuk bermain patung Ben-10 barunya. Lalu dia mengalihkan semula pandangannya kepada Hasrol.
"Awak. Saya tengok Ashraf makin rapat dengan awak. Terima kasih kerana beri kasih sayang seorang ayah kepada Ashraf dan membuatkan dia gembira. Tetapi awak, saya tak dapat bayangkan apabila kita bercerai nanti. Ashraf mungkin tertanya-tanya dimana awak. Pada masa itu saya tak tahu nak jawab apa," Marisa mengeluh. Raut wajah bimbang mula terukir diwajah Marisa ketika itu.
"Kalau macam tu kita tak perlu bercerailah, kita sambung terus pernikahan ini," Tersengih-sengih Hasrol memberi cadangan.
Marisa tergamam mendengar kata-kata Hasrol tadi. Di dalam hatinya tiba-tiba merasa gembira. Dia memang inginkan kata-kata sedemikian terpacul dari mulut Hasrol sendiri. Tetapi adakah kata-kata Hasrol tadi adalah benar atau gurauan semata-mata.
"Saya gurau sahaja. Tak kan awak nak teruskan hubungan suami isteri ini sedangkan awak sangat cintakan Taufik. Awak jangan bimbang. Lepas kita bercerai nanti saya tetap akan datang melawat Ashraf. Bawa dia jalan-jalan. Nanti taklah dia rasa kehilangan saya sangat," Hasrol menyambung semula kata-katanya.
Hati Marisa mula berubah sedih tatkala dia mengetahui bahawa kata-kata Hasrol tadi adalah gurauan. Dia pun tidak sangka yang dia mempunyai perasaan begitu. Kalau boleh hendak sahaja dia meluahkan apa yang dia rasa. Rasa ingin terus sahaja bersama dengan Hasrol menjadi isteri bukan sementara tetapi selama-lamanya.
"Mama...balik nanti Ashraf nak tengok syurga boleh?" Tiba-tiba Ashraf bertanya pada ibunya.
Marisa menoleh kebelakang dan memandang wajah Ashraf. "Nak tengok kat mana?" Soal Marisa pula.
"Kat bawah tapak kaki mamalah. Kata papa syurga kat bawah tapak kaki ibu," terang Ashraf. Seraya Marisa dan Hasrol berpandangan sesama sendiri lalu mereka ketawa serentak. Ashraf tersengih-sengih melihat gelagat Marisa dan Hasrol tadi.
+++++
Malam itu selepas makan malam bersama Marisa dan Ashraf, Hasrol keluar berjumpa dengan Zaki. Seperti biasa restoran mamak yang menjadi pilihan mereka. Oleh kerana ramai pengunjung pada malam itu Hasrol dan Zaki duduk diluar restoran itu. Mungkin kerana ada perlawanan bola sepak antara Mancherster United dengan Chelsea menyebabkan restoran itu dibanjiri oleh ramai manusia.
Termasuklah Hasrol dan Zaki. Tetapi tujuan mereka datang ke retoran itu bukanlah semata-mata untuk menonton perlawanan bola sepak tetapi sekadar untuk berbual-bual. Menonton perlawanan bola sepak pada malam itu hanya sampingan sahaja.
"Apa macam pengantin baru yang tak seberapa baru kita ni? Bahagia tak?" soal Zaki, saja menyakat Hasrol yang ketika itu sedang menghirup teh tarik.
Hasrol hanya tersenyum selepas meletakkan gelas teh tarik di atas meja dia menjawab. "Lain daripada yang lain." "Apa yang lainnya tu?" Zaki bertanya lagi.
"Sudah 3 kali aku bernikah termasuk dengan Marisa. Antara mereka bertiga aku rasa Marisa sahaja yang mempunyai personaliti yang berlainan. Seperti langit dan bumi perbezaan antara dia dengan yang lain. Marisa sebelum subuh dah bangun dari tidur. Solat tak pernah tinggal sampai aku dileternya kalau aku belum solat lagi. Pandai memasak dan pandai mengurus rumahtangga. Pendek kata dia jalankan tanggungjawab dia sebagai seorang isteri dengan baik," Hasrol memberikan pujian terhadap Marisa.
"Apa yang kau rasa selama hidup bersama dengan dia selama dua hari ini," lagi soalan dikemukan oleh Zaki.
"Seronok. Rasa macam nikah betul-betullah," jawab Hasrol.
"Aik..ada ke nikah main-main?" Zaki mengerutkan dahinya.
"Yelah..sebelum aku bernikah dengan Marisa aku kan pernah bernikah dengan perempuan yang lain. Semua tak boleh pakai. Macam madam besar pulak kat rumah aku. Aku pulak nak kena uruskan mereka. Mereka langsung tak menghormati aku sebagai seorang suami. Mungkin sebab mereka tahu aku ni cuma cina buta, suami sementara mereka. Sebab itulah mereka tak pedulikan aku. Lain pula Marisa, walaupun dia tahu hubungan aku dengan dia hanya sementara tetapi dia tetap lakukan tanggunjawab dia sebagai seorang isteri dan menghormati aku sebagai seorang suami," kata Hasrol panjang lebar.
"Jadi kau dah jatuh cinta pada Marisa tu?" Tiba-tiba Zaki mengemukan satu solan yang membuatkan Hasrol tersentak hampir dia menghamburkan air teh yang dihirupnya apabila mendengar soalan itu.
"Apa kau merepak ni. Tak merasalah aku RM400,000.00 kalau aku syok kat Marisa tu. Kalau aku dah jatuh cinta cinta kat Marisa tu pun nak ke dia kata aku ni. Dia lebih cintakan Taufik tu," Hasrol menyanggah soalan Zaki tadi.
"Aku bukan apa, sampai bila kau nak jadi cina buta. Sekarang ni kau dah berkahwin dengan perempuan yang baik dan sesuai untuk kau. Apa salahnya kalau kau teruskan hubungan kau dengan Marisa tu. Masa yang kau ada sekarang ni kau cubalah ambil hati dia. Mana tahu dia suka kat kau pula," cadang Zaki.
Hasrol terdiam mendengar kata-kata Zaki tadi. Di dalam hatinya terdetik mengakui benar akan kata-kata Zaki tadi. Tetapi disebabkan habuan yang akan diterimanya jika dia menepati janji-janjinya kepada Taufik menyebabkan dia berasa serba salah. Sudahlah duit poketnya semakin hari semakin berkurangan. Dengan menerima habuan yang akan diberi oleh Taufik nanti menyebabkan dia dapat bernafas semula. Meneruskan hidupnya dengan habuan tersebut sementara menunggu ada pelanggan yang akan mendapatkan khidmat cina butanya.
'Aku tak akan lepaskan habuan itu!' Bentak hati Hasrol. Dia nekad untuk memilih wang habuan itu daripada hidup bersama Marisa.


BERSAMBUNG.....

MATA YANG TIADA LAGI BUTAWhere stories live. Discover now