Bab 13 - Memori Dukalara

1.9K 19 0
                                    

BAB 13
              Selepas menghantar Ashraf ke sekolah Hasrol pulang ke apartmentnya semula. Sebaik sahaja masuk dia melihat Marisa sedang menyapu lantai. Kalau dua orang perempuan yang pernah dia nikahi dulu pada masa ni masih membukang kat katil. Dialah yang terpaksa menguruskan perempuan-perempuan itu. Kali ini tidak pula dia berbuat begitu. Kerana Marisa telah menjalankan tanggungjawabnya sebagai seorang isteri dengan baik.
      Marisa menyedari kepulangan Hasrol memandang suaminya itu dengan senyuman yang berlainan sekali. Tetapi Hasrol seperti sudah mengagak kenapa senyuman Marisa amat berlainan hari ini.
"Mesti ada apa-apa yang awak nak kan?" Hasrol seperti sudah tahu Marisa inginkan sesuatu. "Tahu-tahu je awak ni. Baru nikah dua tiga hari awak dah boleh baca fikiran dan hati saya," ujar Marisa yang berasa kagum dengan Hasrol.
"Mestilah saya tahu awak kan isteri saya. Cepat beritahu saya apa yang awak nak?" Soal Hasrol lalu duduk di sofa sambil tangannya merangkul remote televisyen.
'Tapi awak tahu ke yang saya sudah mulai sukakan awak?' Marisa tidak menjawab pertanyaan Hasrol tadi. Tetapi hatinya mula meninggalkan tanda tanya apabila Hasrol seperti dapat membaca isi hatinya. Apabila Marisa masih belum menjawab pertanyaan Hasrol menyebabkan lelaki itu menoleh pada Marisa dan mengaggkat kedua-dua keningnya sebanyak dua kali tanda mengulangi semula soalannya.
Marisa masih belum menjawab. Dia berjalan ke arah Hasrol dan duduk disebelahnya. "Hmm... Hari ini ingat nak masak kari ayam, sambal udang dengan sayur goreng. Jadi saya nak ajak awak pergi beli bahan-bahan yang kita tak beli tempoh hari. Boleh tak?"
"Itu je?" Hasrol bertanya.
Marisa mengagguk sebanyak dua kali. "Saya ingat awak nak gelang emas ke, berlian ke. Rupanya nak beli bahan-bahan nak masak hari ni. Nak pergi bila ni?"
"Saya dah siap sapu rumah. Baju pun tengah basuh kat dalam mesin basuh tu. Jadi tunggu saya siap jelah," ujar Marisa. Dia mula bangun semula dan bersedia untuk bergerak ke bilik tidur utama. Sebaik Marisa hendak berpaling tangannya ditarik oleh Hasrol. Marisa menoleh memandang Hasrol.
"Kenapa awak?" Segera Marisa bertanya.
"Kenapa ye Taufik boleh ceraikan awak?" Tiba-tiba sahaja soalan tersebut keluar dari mulut Hasrol. Marisa berubah sebaik mendengar pertanyaan Hasrol tetapi segera melepaskan senyuman tawar. Dia sebenarnya tidak mahu mengingat semula kisah kenapa dia diceraikan oleh Taufik. Kerana kisah itu akan menyebabkan hatinya sedih dan pilu.
"Mungkin sudah tiada jodoh di antara kami ketika itu. Tapi syukur Alhamdulillah kerana abang Taufik sudi untuk merujuk saya kembali," jawab Marisa. Hasrol merenung wajah Marisa sebelum melepaskan tangan perempuan itu. "Kalau saya jadi Taufik, saya tak akan ceraikan awak. Mana mungkin saya nak ceraikan perempuan yang baik macam awak ni. Yang pandai menjaga rumah tangganya. Sebab itu saya pelik sebab apa Taufik tergamak menceraikan awak. Tetapi saya juga patut berterima kasih pada Taufik kerana dia telah menceraikan awak," ujar Hasrol.
Marisa mengerutkan keningnya. "Kenapa pula nak berterima kasih?"
"Kalau Taufik tak ceraikan awak, tak merasa saya untuk menjadi suami awak. Menjadi suami kepada wanita yang baik dan solehah macam awak ni," jawab Hasrol. Dia masih merenung wajah Marisa yang tiba-tiba malu apabila Hasrol memujinya.
Tiba-tiba Marisa terfikirkan sesuatu dari apa yang Hasrol katakan tadi. Dia ingin mengajukan soalan pada Hasrol dan mengharapkan lelaki itu menjawab dengan jujur. Dengan jawapan yang diberikan oleh Hasrol nanti dapatlah Marisa mengetahui adakah Hasrol juga mempunyai perasaan yang sama sepertinya. Marisa masih berdiri di hadapan Hasrol tersenyum memandang suami sementaranya itu.
"Terima kasih sebab memuji saya. Tetapi jangalah terlampau puji saya sangat. Saya buat semua ini ikhlas semata-mata kerana Allah. Bagi saya sudah cukup jika awak dapat menerima saya dengan Ashraf hidup bersama dengan awak walaupun ianya sementara," luah Marisa dengan ikhlas. "Awak, saya nak tanya boleh?" Soalnya pula.
"Tanyalah." Hasrol tidak keberatan. "Tadi awak ada cakap kan kalau awak jadi abang Taufik awak tak akan ceraikan saya?"
"Ada. Kenapa?" Soal Hasrol pula.
Marisa terdiam seperti belum sedia untuk meneruskan kata-katanya. Dan selepas beberapa saat dia bersuara semula. "Kalau awak jadi abang Taufik awak tak akan ceraikan saya. Tapi sekarang ni awak bukan abang Taufik. Awak adalah diri awak sendiri yang menjadi suami saya. Adakah awak akan ceraikan saya?"
Mendengar soalan Marisa tadi menyebabkan lidah Hasrol terus kelu. Memang dia sekarang suami Marisa. Tetapi suami dalam perjanjian sahaja. Walaupun sebagai suami sementara dia berhak untuk tidak menceraikan Marisa jika dia merasakan amat sayang untuk menceraikan perempuan itu. Hatinya berdolak dalik. Tiba-tiba sejumlah wang sebanyak RM4000,000.00 terlintas di fikirannya. Otaknya bercelaru memikirkan di antara Marisa dan RM4000,00.00 yang mana lebih diutamakan. Dia masih belum dapat menjawab soalan Marisa.
Marisa yang masih berdiri di hadapan Hasrol hanya tersenyum sambil menggelangkan kepalanya. "Awak tak perlu jawab sebab saya tahu jawapannya," Marisa bersuara dengan perlahan. Hasrol masih mendiamkan diri. Dia juga ingin tahu apa jawapan yang ada pada Marisa. Sebab dia pun tidak tahu jawapan itu.
"Jawapannya cinta. Kalau awak cintakan seseorang itu sudah pasti awak tak akan lepaskan dia. Saya minta maaf sebab soal awak bukan-bukan. Saya nak pergi bersiap ni. Awak tunggu ye," beritahu Marisa lantas berpaling meninggalkan Hasrol yang duduk merenungnya di situ. Semasa berjalan tiba-tibanya hatinya berasa sedih. Sedih kerana dia sedar perasaan Hasrol terhadapnya kini.
Hasrol masih merenung Marisa. Tiba-tiba dia berasa menyesal kerana tidak menjawab persoalan yang diberi oleh Marisa tadi. Dia bukan tidak mahu jawab. Tetapi bimbang dengan jawapan yang akan diberikan nanti akan disalah tafsir oleh Marisa. Memang dia akui yang dia sudah mula suka pada Marisa. Tetapi dia juga memikirkan habuan yang bakal hilang nanti jika dia tak menceraikan Marisa. Lagipun adakah Marisa mencintainya? Mungkin dia hanya bertepuk sebelah tangan sahaja.
+++++
Hasrol dan Marisa tiba di pasaraya. Misi mencari bahan-bahan untuk dimasak tengahari ini bermula. Hasrol ketika itu sedang menolak troli dan membontot Marisa yang berjalan terkedek-kedek melihat barang-barang kering dahulu. Mereka tiba di bahagian pakaian. Tiba-tiba Marisa berhenti berjalan dan seperti melihat sesuatu yang dia minat. Terpaksa Hasrol ikut memberhentikan langkahnya.
Marisa memandang wajah Hasrol dengan malu-malu. Hasrol hairan melihat perubahan wajah Marisa. Dia tidak tahu apa yang menyebabkan Marisa berubah menjadi malu.
"Awak pergi jalan-jalan kat tempat lain boleh tak?" pinta Marisa. Ada kedengaran sedikit suara manjanya.
"Kenapa? Awak nak beli apa sampai nak rahsia-rahsia ni?" Hasrol bertanya. Terfikir juga dia kalau Marisa ingin membeli hadiah untuknya. Untuk menjadikannya surprise Marisa meminta dirinya untuk tidak turut serta mencari hadiah itu. Tetapi sangkaannya meleset kerana hari jadinya belum tiba lagi.
"Bukan rahsia. Saya malu sebab saya nak beli benda tu," ujar Marisa. Mulutnya dimuncungkan pada kawasan pakaian dalam wanita.
Hasrol tersengih-sengih menggaru kepalanya yang tidak gatal. "Ooo... nak beli tu rupanya. Tapi kenapa saya tak boleh ikut?"
"Ish... Malulah. Awak pergilah jalan kat mana-mana dulu. Nanti saya cari awak," pinta Marisa lagi. Dia tidak mahu Hasrol mengikutnya.
"Yelah-yelah. Awak...," Hasrol berhenti bersuara.
"Apa?" "Nanti beli warna pink. Malam ni awak pakai saya nak tengok?" Hasrol tersengih-sengih lagi. Wajah lelaki miang terserlah pada mukanya.
"Ish awak ni," Marisa tergelak mendengar seloroh Hasrol. Manakala Hasrol dengan wajah tersengihnya menolak troli meninggalkan Marisa yang masih tersenyum di situ.
                                                          *********************************

       Hasrol sedang memerhati pencuci muka yang tersusun rapi di rak. Dia telah mengambil salah satu pencuci muka di situ dan membelek-belek produk itu sebelum meletaknya semula. Selepas tiada barang yang diambilnya di kawasan itu dia mula melangkah pergi. Semasa berjalan dia menyedari seperti ada orang yang mengekorinya dari belakang.
'Mesti Marisa ni,' hati Hasrol kuat berkata. Dengan pantas dia menoleh ke belakang kerana tidak sabar untuk mengetahui warna pakaian dalam yang dibeli oleh Marisa. Tetapi mukanya berubah apabila melihat bukan Marisa yang berdiri di belakangngnya.
"Sofea?" Nama itu yang keluar dari mulut Hasrol. Seorang perempuan yang tinggi lampai sedang berdiri di hadapan Hasrol kini. Hasrol seperti mengenali perempuan itu.
"Lama tak jumpa. Awak apa khabar?" Sofea bertanya.
"Baik. Eh, mana En. Sulaiman?" Hasrol menjawab dan seterusnya meninggalkan soalan.
"Kami dah bercerai," jawab Sofea ringkas.
"Bercerai lagi? Kenapa?"
"Saya tak tahan hidup dengannya. Kaki mabuk. Kaki pukul. Dia hendak kembali pada saya lagi. Tetapi saya tak nak. Saya tak nak hidup terseksa dengan lelaki yang macam tu. Saya nak hidup lelaki yang baik dan bersikap sopan pada wanita. Saya dah lama jumpa lelaki itu," jawab Sofea. Rupanya-rupanya Sofea adalah perempuan pertama yang menjadi isteri Hasrol atau menggunakan perkhidmatan cina buta Hasrol. Kelihatan Sofea begitu gembira berjumpa dengan Hasrol. "Jadi awak nak berkahwin dengan lelaki yang awak maksudkan itulah. Saya nak ucapkan tahniah. Semoga awak bahagia," ucap Hasrol.
"Awak tak nak tahu ke siapa lelaki yang saya maksudkan itu?" Sofea merenung wajah Hasrol dalam-dalam.
"Kalau awak beritahu pun mungkin saya tak kenal," balas Hasrol.
"Tak awak kenal," tingkah Sofea pula.
"Siapa?" Terus Hasrol ingin tahu siapa lelaki yang dimaksudkan itu apabila Sofea memberitahunya dia mengenali lelaki itu.
Sofea merenung wajah Hasrol dan selepas itu dia menjawab. "Awaklah orangnya Hasrol!" "Saya?" Hasrol terpempan.
"Ya, awaklah orangnya yang saya maksudkan itu. Selepas saya bercerai dengan Sulaiman saya cuba menghubungi awak tetapi tak dapat. Mungkin awak sudah tukar nombor. Apabila saya tak dapat hubungi awak, saya cuba cari awak kat rumah sewa awak kat Puchong tetapi orang lain yang tinggal kat rumah awak dan beritahu awak dah pindah. Puas saya cari awak dan akhirnya saya jumpa juga awak. Saya nak berterus terang dengan awak selama awak jadi suami cina buta saya, saya sudah mulai cintakan awak," Sofea menerangkan perkara yang sebenar.
Penerangan Sofea tadi menyebabkan Hasrol terkelu seketika. Dia tidak sangka yang Sofea ada hati padanya. Sedangkan sedikit pun dia tiada hati pada perempuan itu. Dia menelan liurnya. Tak mungkin dia akan berkahwin dengan perempuan yang dia tidak cintai.
"Selanjur saya jumpa awak pada hari ini, saya nak kalau boleh kita kembali jadi suami isteri semula. Saya tahu masa kita pernah jadi suami isteri dulu saya tak jalankan tanggungjawab saya sebagai seorang isteri yang baik. Saya janji selepas kita kahwin nanti saya akan jadi seorang isteri yang bertanggungjawab. Saya janji awak. Dan sekarang terpulang pada awak untuk terima saya atau tidak," ujar Sofea bersungguh-sungguh.
Lidah Hasrol masih lagi kelu. Boleh sahaja dia cakap yang dia tidak cintakan Sofea. Tetapi memandangkan Sofea kelihatan bersungguh dan menaruh harapan padanya terpaksa dia memikirkan alasan apa yang patut diberikan pada perempuan itu.
Sofea masih menanti jawapan Hasrol dan dia harap agar jawapan yang diberikan oleh Hasrol akan mengubah kebahagiaan dia untuk selama-lamanya.
                                                                 *********************************

Marisa sudah selesai memilih pakaian dalamnya berjalan mencari Hasrol. Sukar juga dia hendak mencari Hasrol memandangkan kawasan pasaraya tersebut agak luas. Marisa terus berjalan mencari Hasrol dan tiba-tiba langkahnya terhenti apabila melihat sesusuk tubuh sasa yang Marisa tahu susuk tubuh itu adalah milik Hasrol. Kelihatan Hasrol berdiri disebalik rak barang. Marisa tidak jelas apa yang Hasrol lakukan di situ. Segera dia berjalan ke arah Hasrol. Pakaian dalam yang dibeli tadi disorokkan di belakangnya.
Sebaik sahaja Marisa dapat melihat jelas wajah Hasrol, Marisa terus menegur lelaki itu. "Awak jom kita beli bahan-bahan nak masak pula."
Hasrol tersentak mendengar suara Marisa. Dia merasakan keadaan akan menjadi rumit apabila Marisa muncul di situ. Marisa pula berhenti melangkah apabila terpandang Sofea yang berdiri bersama Hasrol. Dengan perlahan Marisa melangkah semula dan berdiri di sebelah Hasrol. Hasrol kelihatan kekok apabila kedua-dua wanita yang pernah berkahiwin dengannya berada di situ. Tetapi dengan segera dia menenangkan dirinya dan bersedia untuk menyelesaikan masalah yang dihadapinya.
"Err... Marisa kenalkan ini Sofea. Dan Sofea kenalkan ini Marisa," Hasrol mengambil peluang untuk memperkenalkan antara satu sama lain dahulu. Marisa dan Sofea saling bersalaman. Sofea merenung wajah Marisa. Terdetik di hatinya menyatakan ada sesuatu yang dirahsiakan oleh Hasrol berkenaan perempuan itu.
"Saya tahu Marisa ni mesti klien awak kan? Bekas suaminya meminta awak jadi cina buta supaya mereka dapat berkahwin semula. Seperti yang pernah kita lakukan dahulu," Sofea terus membuat andaian dan pastinya andainya itu benar.
Tetapi bagi Hasrol walaupun apa yang dikatakan oleh Sofea itu adalah benar, dia tidak sanggup untuk mengakuinya. Hasrol memandang wajah Marisa. Marisa membalas pandangan itu. Dia menunggu pengakuan dari Hasrol bahawa dia adalah klien lelaki itu. Kalau boleh dia tak nak dengar pengakuan itu.
Hasrol memandang semula Sofea dan kelihatan dia bersedia untuk menjawab pertanyaan Sofea tadi. Marisa tertunduk dan kalau boleh hendak sahaja dia menutup kedua-dua belah telinganya. Dia menunggu butiran kata-kata dari mulut Hasrol dengan hati yang pedih. Tiba-tiba dia merasakan ada sebatang tangan memeluk bahu kirinya. Dia mengangkat semula kepalanya dan dia melihat Hasrol sedang memeluknya.
"Salah. Marisa ini isteri saya bukan kilen seperti yang awak fikirkan. Saya sudah lama tinggalkan pekerjaan itu. Sekarang saya sudah hidup bahagia dengan Marisa. Saya minta maaf sebab tak dapat nak penuhi permintaan awak," ujar Hasrol dengan tegas.
Marisa terpempan mendengar pengakuan Hasrol. Dia tidak pasti adakah pengakuan itu betul atau tidak tetapi asalkan Marisa dapat mendengar dari mulut Hasrol sendiri sudah cukup dia terharu. Dia dapat rasakan kehangatan tubuh Hasrol dan berasa tenang dengan pelukan itu. Sofea merenung wajah Hasrol. Tiba-tiba matanya berair kerana kecewa mendengar pengakuan Hasrol tadi. Nampaknya dia tidak boleh untuk hidup bersama dengan lelaki itu sekali lagi.
"Tak sangka awak dah berkahwin dan meninggalkan pekerjaan kotor tu. Saya terlambat. Kalaulah masa boleh diundur mesti saya minta awak jangan ceraikan saya ketika Sulaiman datang untuk mengambil saya. Kita teruskan perkahwinan kita dan saya pasti akan bahagian," luah Sofea. Ketika itu dia memandang wajah Hasrol dan mukanya dikalihkan pada Marisa pula. Pasti ada sesuatu yang ingin disampaikan pada Marisa.
"Saya nak ucapkan tahniah pada awak Marisa kerana telah memiliki seorang lelaki yang sangat baik. Saya mendoakan agar awak bahagia bersamanya dia. Owh, tadi saya dengar kamu berdua nak beli bahan-bahan untuk masak. Jadi saya minta diri dulu dan minta maaf kerana mengganggu aktiviti kamu berdua. Semoga kita berjumpa lagi." Selepas mengucapkan kata-kata yang terkahir, Sofea berjalan meninggalkan Hasrol dan Marisa di situ. Selepas Sofea hilang dari pandangan, Marisa memandang Hasrol.
"Bila awak nak lepaskan saya ni?" Marisa bertanya. Hasrol kelihatan seperti tidak mahu meleraikan tangannya.
Serta merta tangan kiri Hasrol dileraikan dari memeluk Marisa. Mereka berpandangan. Hasrol menggengam semula pemegang troli seperti bersedia untuk beredar dari situ. "Jom kata nak beli bahan-bahan untuk masak tengahari ni," ajak Hasrol. Tetapi Marisa masih belum berjalan lagi. Hasrol memalingkan mukanya memandang Marisa. Dia tahu ada sesuatu yang ingin Marisa bertanya padanya.
"Kenapa awak tipu Sofea?" Marisa memulakan perbualan dengan pertanyaan.
"Tipu apa?" Hasrol jawab dengan pertanyaan juga.
"Tipu yang kita memang suami isteri yang bernikah atas dasar cinta. Padahal minggu depan kita akan bercerai."
Hasrol menarik nafas panjang sebelum menjawab. "Saya terpaksa menipu sebab tak nak dia mengharap yang saya akan berkahwin dengannya. Kenapa awak ingat saya cakap betul-betul ke?" "Saya tahu awak tipu sebab itu saya tanya. Kenapa awak tak nak kahwin dengan Sofea?" Ujar Marisa. Suaranya perlahan seakan-akan kecewa.
"Sebab... sebab saya tak cintakan dia," jawab Hasrol. Dia masih menunggu lagi jika ada pertanyaan dari Marisa.
"Hmm... siapalah yang awak cintakan sebenarnya ni? Sudahlah jom kita pergi kat bahagian barangan basah. Saya nak cari udang," ujar Marisa sambil berjalan ke arah troli dan meletakkan pakaian dalam yang baru diambilnya tadi.
Hasrol tertumpu pada pakaian dalam yang diletakkan oleh Marisa di dalam troli sebelum tersenyum memandang Marisa. Marisa yang menyedari Hasrol perbuatan Hasrol mula malu.
"Warna pink nampak. Awak memang tahu cita rasa saya. Hehehe...," Hasrol mula mengusik. Merah padam muka Marisa dibuatnya kerana diusik oleh Hasrol.
"Cita rasa kita memang sama," balas Marisa lalu terus berjalan meninggalkan Hasrol yang masih tersengih-sengih di situ.
Hasrol berhenti tersengih. Dia memandang Marisa dari belakang yang tidak jauh darinya. Dengan perlahan dia berkata. "Marisa tadi kau ada tanya siapa orang yang aku cinta sekarang ni. Aku sebenarnya sudah mula cintakan kau." Marisa berhenti berjalan. Dia memalingkan wajahnya pada Hasrol. Hasrol tersentak. 'Dia dengar ke apa aku cakap tadi!' Hati Hasrol berbicara dengan bimbang.
"Awak cakap apa tadi?" Marisa bertanya.
Hasrol melepaskan nafas lega. "Saya cakap saya tak sabar nak tengok penampilan awak bewarna pink malam ni."
Marisa mengangkat dan menggoyangkan jari telunjuknya. "Nakal ye." Hasrol tersengih-sengih menolak troli ke arah Marisa.


BERSAMBUNG....

MATA YANG TIADA LAGI BUTAWhere stories live. Discover now