BAB 11
Pagi subuh yang dingin, Marisa terjaga dari tidurnya. Dicapainya telefon bimbitnya dan diperhatikan skrin yang bercahaya itu menunjukkan pukul 5.40 pagi. Marisa bangun dari pembaringannya. Sempat dia memerhatikan Hasrol yang sedang lena tidur disebelahnya sebelum dia turun dari katil dan berjalan menuju ke bilik air.
15 minit Marisa memperuntukkan masa untuk membersihkan dirinya. Dia keluar dari bilik air sambil menggosok-gosok kepalnya dengan tuala. Kemudian Marisa duduk d ihadapan cermin meja solek sambil menyikat rambutnya yang ikal. Tatkala itu azan Subuh berkumandang sedikit memecah keheningan pagi subuh. Marisa mengamati suara memuji kebesaran Allah sambil bangun dan bersiap sedia untuk bersolat subuh pada pagi itu.
Selepas habis laungan azan, Marisa menunaikan solat Subuh. 10 minit berlalu, salam kedua diakhiri seraya ungkapan keampunan kepada Allah diucapkan sebelum doa dituturkan tanda syukur kerana telah diberi peluang untuk terus bernafas dimuka bumi ini. Jam menunjukkan 6.10 pagi. Melihatkan Hasrol masih dalam keadaan lena, Marisa tidak jadi untuk mengejutkannya.
'Tunggulah pukul 6.30 pagi nanti baru kejutkan,' kata hati Marisa.
Marisa keluar dari bilik tidur utama dan menuju ke dapur. Dibukanya peti sejuk dan diperhatikan kandungan yang ada didalamnya. Dilepaskan sedikit keluhan kerana tiada apa-apa benda yang boleh digunakan untuk dia menyediakan sarapan pada pagi itu. Diperhatikan sekeliling dapur. Beras, gula, garam dan bahan-bahan dapur yang lain memang tidak wujud di dalam kawasan dapur itu. Yang ada cuma paket minuman segera. Oleh kerana tiada bahan-bahan yang dapat digunakan untuk dia membuat sarapan pada pagi itu, dia mula meninggalkan kawasan dapur dan singgah pula di bilik tidur Ashraf.
Apabila masuk ke dalam bilik tidur Ashraf dia mendapati anaknya itu masih lena tidur sambil memeluk patung Ben-10 yang dibeli oleh Hasrol semalam. Marisa mendekati anaknya lalu menggoyangkan badan anaknya itu dengan perlahan-lahan. "Ashraf, bangun nak. Solat subuh."
Ashraf menggeliatkan badanya dan selepas itu dia bangun dan turun dari katil lalu berjalan terhoyong hayang menuju ke bilik air. Marisa tersenyum melihat gelagat anaknya itu. Sejurus selepas Ashraf masuk ke dalam bilik air, Marisa bangun dan keluar dari bilik tidur anaknya. Dia masuk semula kebilik tidur utama kerana ada misi yang masih belum selesai yang perlu dilaksanakan iaitu mengejutkan Hasrol dari tidur pula.
Masuk sahaja di dalam bilik tidur utama, Marisa mendapati Hasrol masih lagi tidur dalam keadaan dan posisi yang sama sebelum dia meninggalkan bilik tadi. Sedikit pun tidak berubah. Umpama patung yang diletakkan di atas kati dan tidak bergerak kaku disitu. Marisa mendekati Hasrol lalu digoyang-goyangkan badan Hasrol sepertimana yang dilakukan terhadap Ashraf tadi.
"Awak, bangun solat Subuh," kejut Marisa.
Tiada reaksi daripada Hasrol. Dia masih membatu diatas katil itu.Marisa merasa sedikit bimbang, takut kalau berlaku apa-apa perkara yang buruk terhadap Hasrol. Diletakkan jarinya pada atas lubang hidung Hasrol. Hembusan udara keluar masuk dari hidung dapat dirasai oleh Marisa dan itu tandanya bahawa Hasrol masih lagi bernyawa. Marisa menarik nafas lega.
'Hidup lagi suami aku ni. Risau je tengok dia keras macam ni.' Lalu sekali lagi Marisa menggoyangkan badan Hasrol kali ini kuat sedikit dari yang tadi sehingga Hasrol terkejut dari lenanya.
YOU ARE READING
MATA YANG TIADA LAGI BUTA
RomansaCinta berbayar Si Cina Buta berubah menjadi Cinta sejati..