BAB 17
"Saya nak tanya, apa yang awak bualkan dengan mak semasa saya hantar Ashraf ke sekolah tadi?" Hasrol menyoal Marisa. Dia betul-betul ingin tahu apa yang berlaku lebih-lebih lagi apabila melihat Marisa menangis ketika dia pulang ke rumah.
"Awak tanya ni mesti sebab nampak saya menangis tadi kan?" Soal Marisa pula.
"Hmm... Itulah saya nak tahu apa yang awak bualkan dengan mak sampai awak boleh menitisakn air mata," Hasrol mengeluh. Dia merasakan ada sesuatu yang yang berlaku diantara Marisa dengan Puan Aminah. Hasrol memberi signal keretanya belah kiri dan memberhentikannya dibahu jalan."Kalau boleh saya tak nak awak berjanji apa-apa dengan mak lagi. Takut janji itu tak dapat ditunaikan nanti," kata Hasrol. Dia memandang tepat muka Marisa.
"Saya tak janji apa-apa kat mak. Mak yang menyebabkan saya rasa serba salah sekarang ni," balas Marisa."Kenapa pula?" Hasrol tidak mengerti.
Marisa mengambil beg tangannya lalu mengeluarkan gelang emas yang diberikan oleh Puan Aminah pagi tadi."Eh itu kan gelang mak. Gelang peninggalan arwah ayah kepada mak. Macam mana boleh ada kat awak?" Soal Hasrol. Dia tahu bahawa gelang emas itu adalah barang kesayangan ibunya. Kerana ia adalah hadiah daripada bapa Hasrol sendiri.
"Mak bagi kat saya. Saya tak sanggup nak tolak tetapi saya sebenarnya lagi tak sanggup nak terima. Gelang ini bukan milik saya. Gelang ini milik menantunya yang sebenar iaitu perempuan yang awak cintai dan awak akan nikahi nanti. Saya cuma isteri sementara awak sahaja tak lebih dari itu. Saya terpaksa menerima gelang pemberian mak dan secara langsung mak dah anggap saya isteri sebenar awak. Tetapi hakikatnya kita berkahwin kerana perjanjian yang telah kita sepakati.""Awak ambillah balik gelang ni. Bila kita dah berpisah nanti awak pulangkan kat mak semula ya. Tak pun awak simpan dan berikan pada isteri sebenar awak," Marisa menyerahkan gelang emas itu kepada Hasrol. Mukanya tersenyum dan matanya berair. Kalau diikutkan hatinya dia tidak sanggup untuk memulangkan gelang emas itu kepada Hasrol. Tetapi dia tiada pilihan kerana dia tidak layak untuk memiliki gelang emas itu.
Hasrol mengalihkan pandangannya dari memandang Marisa. Seraya mengeluh kecil. "Awak nak tahu, dulu mak pernah kehilangan gelang yang awak pegang tu. Puaslah mak mencari. Habis satu rumah mak selongkar. Selama gelang itu hilang mak kelihatan sedih dan terus jatuh sakit. Makan pun tak nak. Saya beritahu kat mak yang gelang itu cuma gelang emas biasa sahaja, boleh beli yang lain. Tetapi mak cakap kalau beli pun tak sama dengan arwah ayah yang beli."
"Saya ambil keputusan cari gelang yang sebiji macam gelang yang hilang itu. Nasib saya baik, ada satu yang sama. Itu pun dah berapa banyak kedai emas yang saya cari. Lepas beli saya sorokkan dengan harapan mak akan jumpa sendiri. Lepas mak jumpa gelang tu punyalah mak gembira. Baru kesihatan mak beransur-ansur pulih. Punyalah mak sayang kat gelang peninggalan arwah ayah tu. Sampai tak sanggup nak kehilangan gelang itu. Tetapi mak boleh serahkan gelang itu pada awak. Saya takut..." Hasrol terdiam. Mukanya kelihatan agak muram.
"Takut apa?" Marisa bertanya untuk mendapatkan kepastian."Apabila kita berpisah nanti mak akan kehilangan awak dan saya takut mak merasakan kehilangan awak sama seperti mak kehilangan gelang itu. Kalau gelang bolehlah saya cari dan beli kat kedai emas. Kalau awak nak cari kat mana? Ada ke perempuan lain yang sama seperti awak. Cuba awak beritahu kat saya. Kalau mak sakit nanti macam mana. Pening-pening...," jawab Hasrol sambil kepalanya digeleng sedikit.
"Walaupun kita dah janji nak berlakon jadi suami isteri tetapi ianya hanya sementara sahaja. Akhirnya saya akan lepaskan awak juga dan mak akhirnya akan tahu juga akan penceraian ini. Sekarang ni cuma ada satu sahaja jalan penyelesaiannya untuk selesaikan masalah kita ni," Hasrol menelan air liur yang terkumpul ditekaknya kerana penat berbicara tadi.
"Apa jalan penyelesaiannya?" Marisa bertanya lagi.
"Kita jangan bercerai!"
YOU ARE READING
MATA YANG TIADA LAGI BUTA
RomanceCinta berbayar Si Cina Buta berubah menjadi Cinta sejati..