Bab 23 - Igauan dan Kenyataan

1.6K 22 0
                                    

BAB 23


       Hasrol tiba di apartmenya. Dia menguak pintu utama dan masuk ke dalam. Langkahnya terhenti apabila melihat beberapa beg baju siap tersusun di ruang tamu. Hasrol memerhatikan jam dinding menunjukkan pukul 8.15 pagi. 


'Nampak macam dia tak sabar nak tinggalkan rumah ni,' fikir Hasrol. Selepas itu dia memandang ke arah dapur. Mungkin Marisa ada di dapur memandangkan terdengar bunyi seperti orang sedang memasak. Hasrol berjalan menuju ke dapur. Apabila sampai sahaja di ruang masuk dapur, Hasrol melihat Marisa sedang sibuk memasak. "Awak masak untuk siapa tu? Taufik?" Hasrol menegur sinis.


"Untuk awaklah siapa lagi. Terpulang pada awak nak jamah makanan ini atau tidak," balas Marisa. Ketika itu dia sedang mengacau sambal sotong yang sedang menggelegak dalam kuali. "Jangan masak banyak-banyak. Awak kena ingat, saya akan tinggal sorang diri lepas ni," sengaja Hasrol berkata sedemikian rupa, menandakan dia kecewa dengan penceraian yang akan berlaku hari ini. Maris tidak memberikan respond dengan apa yang dikatakan oleh Hasrol tadi. Hasrol mencebik. Lalu dia meninggalkan Marisa keseorangan di dapur. Dia berjalan menuju ke ruang tamu dan melabuhkan punggungnya di atas sofa. Seraya dia mengeluh.


                 Marisa masih lagi sedang memasak. Sesekali dia mengelap air mata yang jatuh merembes di pipinya. Dia merasa begitu sedih sebenarnya. Sedih kerana terpaksa meninggalkan Hasrol lelaki yang telah berjaya mengambil cintanya. Dia tidak ada pilihan lain sebenarnya. Janji tetap janji. Dia berharap pilihannya memilih Taufik adalah betul dan tepat. Selepas siap Marisa memasak, dia meletakkan makanan tengahari itu di atas meja makan. Siap ditutup dengan tudung saji. Mungkin makanan tengahari itu adalah masakkannya yang terakhir untuk Hasrol. Selepas semuanya selesai, Marisa berjalan ke ruang tamu dan duduk di atas sofa bersebelahan dengan Hasrol. Hasrol pula sedang menonton televisyen. Dia sempat menoleh ke arah Marisa sebelum memandang semula ke kotak televisyen. Marisa menyedari perubahan sikap Hasrol yang dingin itu.


"Awak...," tegur Marisa. Sayu suaranya. "Hmmm...," Hasrol masih bersikap dingin. "Awak... Awak masih marahkan saya lagi? Saya sudah minta maaf awak. Kalau boleh sebelum kita bercerai saya nak awak maafkan saya. Saya tak nak ada dosa dengan awak sebab saya ni masih lagi isteri awak," rayu Marisa. Kedua belah tangannya memegang tangan kiri Hasrol. Air matanya mula mengalir di wajah.


       Hasrol menoleh memandang wajah Marisa. Dia merenung kosong wajah isterinya yang akan diceraikan tidak lama lagi. Lalu dia berkata. "Saya boleh maafkan awak tetapi dengan syarat." Marisa sedikit gembira apabila mendengar jawapan Hasrol yang sudi memaafkannya. "Apa syaratnya awak? Insya-Allah saya cuba untuk tunaikan," Marisa memberi jaminan.


"Awak ingat tak cadangan awak nak ikut saya balik kampung selepas kita bercerai nanti?" Hasrol cuba mengingatkan. Marisa hanya mengangguk tanda ingat akan cadangan itu. "Syaratnya saya nak kita laksanakan cadangan itu. Ikut saya balik kampung saya Jumaat ni. Itu saja syaratnya. Saya tahu saya tak boleh nak paksa awak tetapi saya harap awak dapat terima syarat ini jika hendak saya maafkan awak," sambung Hasrol lagi.

MATA YANG TIADA LAGI BUTAWhere stories live. Discover now