Bab 20 - Senandung Duka

1.5K 22 2
                                    

BAB 20

"Risa dengan Ashraf sihat?" Soal Taufik sebaik sahaja dia duduk bersama Marisa. Zura pula sudah pergi meninggalkan mereka.

             "Alhamdulillah bang, Risa dengan Ashraf sihat saja. Abang sihat? Dah lama abang tak hubungi Risa. Risa fikir abang dah tak ambil tahu pasal Risa dengan Ashraf lagi," Risa berterus terang. Dia berkata benar. Daripada dipendamkan baik diluahkan saja kepada Taufik pada hari ini. "Abang pun sihat," Taufik menghela nafas sebelum menyambung semula katanya.

                "Abang minta maaf banyak-banyak kat Risa sebab sudah lama tak menghubungi Risa. Bukan abang tak ambil tahu pasal Risa dengan Ashraf. Abang betul-betul sibuk. Abang kan pernah beritahu kat Risa yang abang sedang uruskan syarikat arwah ayah seorang diri sebab pemegang saham terbesar syarikat masih belum tunjukkan muka lagi. Lainlah kalau pemegang saham terbesar tu ada, boleh bekerjasama dengan abang uruskan syarikat arwah ayah. Sampai sekarang kami masih tidak tahu lagi siapa gerangannya." Taufik sengaja membuka cerita mengenai pemegang saham terbesar itu, mana tahu Marisa tahu siapa pemiliknya dan di mana pemegang saham itu berada sekarang. Taufik juga sengaja tidak memberitahu siapa pemegang saham tertinggi itu walaupun dia sudah mengetahuinya.

              "Terima kasih sebab abang tolong uruskan syarikat arwah ayah. Risa memang tidak boleh nak bantu abang. Risa pun tidak tahu siapa gerangan pemegang saham terbesar tu. Kalau betul arwah ayah yang beri saham tu, kenapa tidak beri kepada anaknya sendiri? Dan kenapa arwah ayah nak rahsiakan pengalihan saham tu pada orang lain daripada Risa," Marisa mengeluh. Dia rasa terhutang budi pada Taufik kerana telah menguruskan satu-satunya syarikat milik arwah ayahnya. Memang syarikat itu telah berpindah tangan. Tetapi Marisa tidak pasti siapa orangnya yang memiliki saham yang terbesar itu.

         Taufik sedikit kecewa dengan jawapan yang diberikan oleh Marisa. Ternyata itu bukan jawapan yang dia inginkan. "Selagi abang mampu, selagi itu abang akan berusaha menguruskan syarikat arwah ayah. Yang penting abang dapat sokongan dari Risa dan Ashraf sudah memadai," ujar Taufik. Dia terdiam dan merenung wajah Marisa. Seperti ada sesuatu yang dia ingin dikatakan.

"Kenapa bang?" Marisa yang menyedari perubahan Taufik mula bertanya.

"Hari ini kan hari terakhir perkahwinan Marisa dengan cina buta tu. Jadi abang nak tanya adakah Marisa bersedia untuk diceraikan oleh cina buta tu dan kembali semula pada abang?" Balas Taufik dengan soalan juga.

             Soalan daripada Taufik tadi menyebabkan lidah Marisa kelu seketika. Adakah patut dia menceritakan apa yang telah berlaku antara dia dengan Hasrol. 'Tidak! Tidak! Aku tak boleh ceritakan kat abang Taufik perasan aku terhadap Hasrol. Dia mesti kecewa jika tahu aku sedang bercinta dengan Hasrol. Biarlah ia menjadi rahsia! sekarang takdir sudah memihak pada abang Taufik! Janji tetap janji!' kata-kata yang terkeluar dari hati Marisa.

           Dia memutuskan untuk memilih Taufik walaupun hatinya pedih untuk menzahirkan keputusan itu kerana terpaksa menolak cinta Hasrol. Tetapi itulah hakikat sebenarnya. Marisa terpaksa bercerai dengan Hasrol dan dia berharap agar Hasrol dapat menerima keputusan itu dengan hati yang terbuka.

"Dari awal lagi, ketika Risa terima cadangan abang untuk berkahwin dengan lelaki lain, Risa sudah bersedia segala-galanya," jawab Marisa.

"Bukan apa. Abang takut Risa tiba-tiba boleh jatuh cinta dengan cina buta tu. Tengok cina buta tu hensem juga."

               Bergetar hati Marisa mendengar kata-kata Taufik tadi. Dia tidak menyangka yang Taufik boleh berkata begitu. Apa yang dikatakan oleh Taufik tadi memang sudah berlaku. Memang dia sudah jatuh cinta pada Hasrol. Adakah Taufik tahu bahawa dia sudah jatuh cinta pada Hasrol? Tetapi demi menjaga hubungannya dengan Taufik, dia akan merahsiakan perasaan hatinya itu. Marisa cuba untuk senyum sebelum berkata. "Risa hanya cintakan abang sahaja. Tak ada lelaki lain yang dapat mencuri hati Risa. Hanya abang sahaja yang ada di dalam hati Risa." Marisa cuba menahan sedih. Dia terpaksa berbohong.

               "Abang pun cintakan Risa juga. Abang janji akan jaga Risa dengan Ashraf bila kita sudah berkahwin nanti. Oh ya, Nanti beritahu kat cina buta tu esok pukul 10.00 pagi abang datang rumahnya untuk jemput Risa dengan Ashraf. Risa bersiap-siaplah berkemas, sebab selepas itu Risa dengan Ashraf akan tinggal dengan abang," ujar Taufik.

                Risa sedikit terkejut. "Tapi pada masa tu kita belum berkahwin lagi," beritahu Marisa. Dia merasakan tidak sesuai jika dia dengan Ashraf tinggal bersama dengan Taufik selepas bercerai dengan Hasrol nanti kerana dia dan Taufik tidak ada apa-apa hubungan yang menghalalkan untuk mereka berbuat demikian.

"Risa jangan khuatir. Kat rumah abang dah ada dua orang pembantu rumah. Mereka pun suami isteri. Jadi tak ada istilah kita ni berkhalwat jika tinggal bersama nanti. Abang bukan apa, senang sikit abang nak tengok-tengokkan Risa dengan Ashraf kalau tinggal dengan abang," jelas Taufik sambil tersenyum ke arah Marisa.

MATA YANG TIADA LAGI BUTAWhere stories live. Discover now