BAB 21
Restoran mamak tempat Hasrol dengan Zaki lepak pada malam ini tidaklah begitu ramai pelanggan yang datang. Tetapi Hasrol tetap memilih duduk di meja luar restoran itu, walaupun banyak lagi meja kosong yang berada di dalamnya. Mungkin kerana sudah terbiasa apabila dia datang ke restoran itu untuk berjumpa dengan Zaki, dia akan memilih untuk duduk di luar. Hasrol masih lagi duduk keseorangan kerana Zaki masih belum sampai lagi. Hasrol sempat memesan teh panas setibanya dia di restoran itu.
Selepas seorang pelayan menghantar teh panas yang dipesan oleh Hasrol, Hasrol mencecap sedikit air itu. Tiba-tiba dia teringatkan Marisa. Semenjak peristiwa peatang tadi, perasaan rindunya terhadap Marisa semakin menjadi-jadi. Mungkin perasaan itu terjadi kerana dia mengetahui bahawa hubungannya dengan Marisa tidak berkekalan. Lalu dia mengeluarkan tabnya. Dia terasa ingin menghubingi Marisa tetapi dibatalkan niatnya itu.
Dia hanya menghantar pesanan ringkas kepada Marisa dan sabar menunggu balasan dari Marisa. Selepas 5 minit menunggu masih tiada balasan dari isterinya itu. Hasrol sedikit kecewa. Dia memikirkan yang Marisa sudah tidur dan tidak sempat membalas pesanan ringkasnya itu.
"Hello kawan!" Tegur Zaki seraya itu terus duduk di atas kerusi berhadapan dengan Hasrol. Hasrol sedikit tersentak dari lamunannya tadi. "Lama betul kau. Sampai sejuk air teh aku ni."
"Engkaulah. Last-last minit nak jumpa aku. Padahal aku ada dah janji nak makan malam dengan Zila. Jadi aku tunaikan janji aku dengan Zila dulu sebelum aku jumpa kau. Ada apa hal tiba-tiba nak jumpa aku ni? Milo ais satu ye," Zaki menyoal Hasrol sambil memesan minuman apabila pelayan restoran datang kepadanya.Hasrol terdiam seketika. Dia menarik nafas dan melepaskannya sebelum menjawab. "Kau tahu kan hari ini hari terakhir aku berkahwin dengan Marisa?"
Mata Zaki membulat. "Iyelah! Sedar tak sedar dah seminggu rupanya. Esok jadi orang kayalah kau. RM400,000 beb," ujar Zaki sambil tersenyum sengih. Senyumnya tiba-tiba mati apabila Hasrol memandang tajam padanya. "Kenapa Hasrol pandag aku macam tu?" Zaki bertanya pula.Hasrol masih lagi membisu. Selepas itu dia mengeluh lalu menjawab pertanyaan Zaki tetapi berupa soalan. "Kau ingat tak yang kau pernah nasihatkan aku supaya teruskan sahaja perkahwinan aku dengan Marisa?"
"Ya aku ingat tapi kenapa? Chop.. Chop.. Kau dengan Marisa tak jadi bercerai ke?" "Jadi bercerai," jawab Hasrol.
"Dah tu. Apa yang tak kena lagi? Dah memang itu yang kau nak kan? Ceraikan Marisa pastu bolot duit yang bekas suami dia bagi. Apa yang kau tak puas hati lagi?" Soal Zaki lagi apabila melihat ada yang tidak kena pada Hasrol malam ini."Aku... Aku dah jatuh cinta pada Marisa," perlahan suara Hasrol.
"Ooo.. Patutlah aku tengok kau semacam saja, rupanya dah jatuh cinta. Aku dah jangka dah kau mesti jatuh cintan dengan dia punya. Perasaan Marisa kat kau pula macam mana?"
"Dia pun sama macam aku. Kami dah luahkan perasaan masing-masing," terang Hasrol.
"Jadi kenapa perlu bercerai kalau kau dengan dia dah mula mencintai antara satu sama lain?" Soal Zaki tanda tidak mengerti."Itulah yang aku rasa menyesal sangat. Marisa boleh terima untuk menyambung perkahwinan kami tetapi dengan syarat bekas suami dia Taufik tu sudah tidak ambil tahu pasal dia dengan anaknya dalam tempoh kontrak perkahwinan kami. Kau tahu, semenjak kami kahwin Taufik tu langsung tak ambil tahu pasal Marisa dengan anaknya, jadi aku yakin yang Taufik tu sudah tak nak rujuk semula Marisa. Tetapi jangkaan aku meleset. Taufik jumpa dia petang tadi dan secara langsungnya aku kena ceraikan Marisa juga esok," ujar Hasrol.
YOU ARE READING
MATA YANG TIADA LAGI BUTA
RomanceCinta berbayar Si Cina Buta berubah menjadi Cinta sejati..