Bab 22 - Sebening Sisa Harapan

1.5K 22 2
                                    

BAB 22

               Pagi-pagi begini, seperti biasa Marisa akan menyediakan sarapan untuk Hasrol dan Ashraf. Ashraf berada di dalam biliknya sedang bersiap untuk ke sekolah. Manakala Hasrol duduk di ruang tamu sedang menonton televisyen. Ashraf keluar dari bilik tidurnya dengan berpakaian sekolah sambil mengendong beg di belakang badannya. Beg itu diturunkan dan diletakkan di tepi meja makan. "Mama sarapan tak siap lagi ke? Ashraf dah lapar," teriak Ashraf. Seraya Ashraf menarik kerusi dan duduk di atasnya.

"Dah siap ni. Dah lapar sangat ke?" Marisa keluar dari dapur sambil sambil menantang mangkuk yang berisi nasi goreng kampung. Mangkuk yang berisi nasi goreng kampung itu diletakknya di atas meja makan. Kerja-kerja menghidang mula dilakukan oleh Marisa. Sedang dia melakukan kerja menghidang sempat juga dia mencuri pandang Hasrol yang sedang leka menonton televisyen. Selepas siap menghidang makanan, Marisa mempelawa Hasrol."Awak sarapan dah siap. Jom kita makan sama-sama."

                Mendengar pelawaan daripada Marisa, Hasrol bangun dari sofa. Dibiarkan televisyen itu bernyala tanpa ada orang yang yang menontonnya. Dia berjalan menuju ke meja makan dan mengambil tempat duduk di sebelah Ashraf.

"Cepat Papa, baca doa. Ashraf dah lapar ni," Hasrol hanya tersenyum tawar lalu mengangkat tangan dan berdoa. Perbuatannya itu diikuti oleh Marisa dan Ashraf. Selepas habis sahaja membaca doa mereka mula menjamu selera.

                      Semasa mereka bertiga menjamu selera, suasana agak sunyi hening. Tiada siapa pun yang bercakap. Tidak seperti hari-hari sebelumnya ada sahaja cerita yang Hasrol ingin sampaikan. Tetapi pagi ini agak berlainan dan ganjil sedikit. Sehinggakan Ashraf dapat merasakan ada yang tidak kena dengan ayah dan ibunya itu. Ashraf menoleh memandang Hasrol. Lagaknya seperti biasa, menjamah nasi goreng kampung itu dengan agak selera. Selepas itu perhatian Ashraf bertukar arah pada ibunya. Nampaknya seperti biasa juga, Cuma wajah Marisa kelihatan kosong.

"Kenapa Mama dengan Papa pagi ni. Nampak pelik je. Mama dengan Papa gaduh ye?" Kata Ashraf sambil mengangguk sedikit kepalanya beberapa kali. Hasrol kelihatan seperti susah hendak menelan nasi yang dikunyahnya selepas mendengar kata-kata Ashraf tadi. Marisa pula sedikit tersentak. Mereka berdua serentak memandang Ashraf sebelum berpandangan sesama sendiri.

"Apa Ashraf merepek ni. Mana ada papa dengan mama gaduh. Kalau kami gaduh tak adanya nak makan sama-sama kat sini," tingkah Hasrol. Sambil itu dia mengambil air kopi dan meneguknya kerana merasakan seperti ada nasi yang tersangkut di tekaknya.
"Kenapa papa dengan mama senyap je tak bersuara tak macam sebelum ni?" Tanya Ashraf lagi tanda tidak puas hati.

"Ashraf, makan kan tak boleh bercakap. Tak elok," Marisa pula memberi alasan.
"Sebelum ni boleh pula makan sambil bercakap. Papa siap ketawa sambil tersembur lagi. Tiba-tiba sekarang tak boleh pula," Ashraf melontarkan lagi persoalan.
Hasrol tersenyum kecil mendengar kata-kata Ashraf tadi. Dia meletakkan sudu di atas pinggan dan selepas itu dia menggosok kepala Ashraf. Lalu dia bangun dari duduknya dan berjalan ke arah Marisa. Marisa pelik memerhatikan gelagat Hasrol yang semakin mendekatinya. Sampai sahaja Hasrol berada betul-betul di sebelah Marisa, Hasrol menundukkan mukanya. Satu ciuman diberikan di belah pipi kanan Marisa. Marisa tergamam apabila diperlakukan sebegitu. Dia tidak menyangka Hasrol akan berbuat demikian sedangkan sudah tercetus perang dingin di antara mereka berdua.

"Sekarang apa pendapat Ashraf. Adakah papa dengan mama sedang bergaduh?" Hasrol melontarkan soalan terhadap Ashraf. Ashraf tidak menjawab. Dia hanya menunjukkan tanda bagus tanda berpuas hati dengan tindakan romantik yang ditunjukkan oleh Hasrol kepadanya tadi. Marisa turut tersenyum. Baru dia tahu Hasrol mencuim pipinya adalah semata-mata untuk mengelakkan Ashraf dari curiga tentang hubungannya dengan Hasrol. Padahal memang telah berlaku konflik antara dia dengan Hasrol malam tadi. Marisa memandang Hasrol. Hasrol menyedari dirinya diperhatikan Marisa tetapi dia buat tidak tahu sahaja.

MATA YANG TIADA LAGI BUTAWhere stories live. Discover now