Bab 19-Detik Penantian

1.6K 19 1
                                    

BAB 19

               Selepas makan tengahari bersama Hasrol dan Ashraf, Marisa menyiapkan dirinya kerana pada petang itu dia ada temujanji dengan Zura. Sudah lama dia tidak berjumpa dengan rakan baiknya itu. Perasaan gembira mula menjalar pada dirinya apabila teringatkan yang dia akan berjumpa dengan Zura pada petang ini. Marisa ketika itu sedang memakai tudung. Dia sedang duduk dihadapan cermin solek. Sesekali dia membetulkan tudung yang dipakainya apabila mendapati ada yang tidak kena pada tudung yang menutup separuh kepalanya itu.

            Semasa membetulkan tudungnya, tiba-tiba sahaja fikirannya melayang memikirkan apa yang bakal berlaku pada keesokkan harinya. Adakah dia akan kekal menjadi isteri Hasrol atau Taufik akan datang menjemputnya, sekaligus akan meninggalkan Hasrol? Semuanya akan terjawab pada hari ini. Jika Taufik masih tidak memunculkan dirinya bermakna jodoh dia memang telah ditetapkan untuk Hasrol.

             Selepas berasa puas dengan gaya tudung yang dipakai, Marisa keluar dari bilik tidur utama berjalan menuju ke ruang tamu untuk mencari Hasrol. Sampai sahaja di ruang tamu, Marisa melihat Hasrol dan Ashraf sedang leka bermainan permainan PS2 dihadapan televisyen. Marisa mengambil langkah berjalan kearah mereka tetapi Hasrol dan Ashraf masih tidak menyedari kehadiran Marisa yang sudah tercegat berdiri dibelakang mereka. Marisa tersenyum melihat gelagat Hasrol dengan Ashraf yang kelihatan sedang menumpukan perhatian masing-masing. Macam berlaku perlawanan sengit antara mereka berdua.
"Awak, saya nak pergi ni. Kunci kereta kat mana?" Soal Marisa.

           Suara Marisa yang tiba-tiba kedengaran membuatkan Hasrol menekan butang pause pada joystick yang dipegangnya. Lalu dia menoleh belakang memandang Marisa. "Ada kat atas almari sana tu," Hasrol menjuihkan bibirnya kearah almari yang dimaksudkan. Memang boleh dilihat kunci kereta terletak di atas almari itu apabila Marisa ikut menoleh sama. Dengan segera Marisa mengambil kunci kereta itu dan berjalan semula kepada Hasrol dan Ashraf yang menyambung semula permainan PS2 mereka. 

"Ashraf tak nak ikut mama jumpa auntie Zura?" Marisa menyoal anaknya pula.
Ashraf pula menekan butang pause pada joystick yang dipegangnya. Dia memastikan sehingga permainan itu betul-betul berhenti baru dia menoleh kearah ibunya. "Tak naklah mak. Ashraf masih belum dapat kalahkan papa ni. Asyik Ashraf saja yang kalah. Liat betul nak kalahkan papa. Liat macam dodol!" Ahsraf geram. Dia mengetapkan giginya sambil memandang Hasrol.
Hasrol ketawa kecil. "Papa ni dah kategori professional tahu. Ashraf baru amatur mana boleh nak kalahkan papa," balas Hasrol. Selepas memandang Ashraf, mukanya dipalingkan pula pada Marisa.

"Kalau Ashraf tak nak ikut mama tak apalah," beritahu Marisa dan selepas itu dia memandang Hasrol pula. "Awak tolong jagakan Ashraf ye," pesan Marisa. Mendengar pesanan Marisa, Hasrol terus mengangkat tangan kanannya lalu menabik kearah Marisa.

"Baik bos!" Sahut Hasrol dengan wajah yang dibuat-buat serius. Ashraf tergelak melihat perbuatan Hasrol. Marisa pula tersenyum. Hendak sahaja dia mencubit Hasrol kerana geram dengan telatah yang dibuat-buat.

"Awak ni buat lawak pulak. Sudahlah saya dah nak gerak ni." Marisa menghulurkan tangannya untuk bersalaman dengan Hasrol. Selepas mengucup tangan Hasrol, giliran Ashraf pula bersalaman dan mengucup tangan ibunya.

                  Marisa hendak pergi tetapi Hasrol sempat memberi pesanan. "Awak dah lama tak bawa kereta kan? Hati-hati tahu. Saya tak risaukan kereta tu tetapi saya risaukan awak." Marisa hanya mengangguk lalu berpaling untuk keluar dari rumah. Hasrol dan Ashraf pula meneruskan permainan PS2 yang tergendala tadi. Tiba-tiba Marisa memberhentikan langkah kakinya lalu berpaling semula pada Hasrol dan Ashraf.

MATA YANG TIADA LAGI BUTAWhere stories live. Discover now