Bab 6 🔥

1.3K 46 0
                                    

Kelas yang pada mulanya riuh rendah seperti di supermarket terus senyap kerana guru mata pelajaran Sains,Cikgu Shahrul melangkah masuk ke dalam kelas.

"Bangun!! Assalammualaikum Cikgu Shahrul!!!" Syahmi,selaku ketua kelas memberi salam dan diikuti oleh pelajar pelajar lain.

"Waalaikummussalam.Ok semua boleh duduk!" arah Cikgu Shahrul.

"Terima kasih cikgu!!!" jawab semua pelajar.

"Sebelum kita mulakan pembelajaran,cikgu nak bagitahu yang kelas kita ada seorang murid baru akan masuk!" Cikgu Shahrul membuat pengumuman.

"Lelaki ke perempuan cikgu?" tanya Syahmi.

"Lelaki," jawab Cikgu Shahrul ringkas.

"Yey!!!!" semua pelajar perempuan bersorak kecuali pelajar lelaki,Aleeya,Hani dan Zulaikha.

"Silakan masuk," suruh Cikgu Shahrul.

"Apabila lelaki itu melangkah masuk,semua pelajar terkejut apabila melihat lelaki itu masuk.

30 saat kemudian

"Arghhhh!!!!!" semua pelajar perempuan menjerit seperti terkena histeria.Cikgu Shahrul,pelajar lelaki,Aleeya,Hani,Zulaikha dan lelaki itu terus menutup telinga masing masing.

"Woii diamlah!!!!!!!" jerit Aleeya.Semua pelajar perempuan terdiam apabila terdengar jeritan Aleeya yang sangat kuat.Semua pelajar lelaki mengangkat tumbs up kepada Aleeya.Aleeya hanya tersenyum.

"Ok,sila kenalkan diri kamu,"  suruh Cikgu Shahrul lalu kembali ke meja guru.

"Assalammualaikum semua.Nama saya Tengku Adrian Iskandar bin Tengku Nawawi.Saya pindah ke kelas ini atas sebab yang tertentu," ujar lelaki itu ataupun Adrian.

Aleeya hanya mengendahkan sahaja Adrian memperkenalkan diri manakala pelajar perempuan yang lain tergedik gedik suruh Adrian  di sebelah mereka.

"Cikgu,saya nak duduk kat mane?" soal Adrian lalu memandang Cikgu Shahrul.

"Kamu boleh duduk di sebelah Aleeya," ujar Cikgu Shahrul lalu menunjukkan di mana tempat Aleeya.

Kedua dua mereka bertentang mata lalu serentak mereka berkata.

"Tak nak!"

"Ini keputusan cikgu.Biar cikgu je yang buat," ujar Cikgu Shahrul.

Adrian terus melangkah pergi ke arah Aleeya lalu duduk di sebelahnya.

"Ishh tak habis habis jumpa singa ni.Geram betul aku.Cikgu ni tak de tempat lain ke nak suruh dia duduk," bebel Aleeya perlahan tapi tetap didengari oleh Adrian.

"Aku dengarlah apa kau cakap.One more thing,kau jangan ingat bila aku duduk kat sebelah kau,aku akan jatuh cinta dengan kau.Iee geli aku," balas Adrian lalu menjeling ke arah Aleeya.

"Iee ingat aku suka sangat ke kalau kau jatuh cinta dengan aku," balas Aleeya pula.

.

.

.

Kriiing!!!!!

Loceng berbunyi menandakan waktu rehat sudah bermula.Semua pelajar mengucapkan terima kasih lalu berpusu pusu keluar.Hanya Aleeya sahaja yang tidak keluar.

"Wey ,jom pergi beli makanan," ajak Hani.

"Aku tak nak.Malaslah nak turun," ujar Aleeya lalu membuat kerja sekolah Bahasa Melayu.

"Ala jomlah.Harini bukannya ada subjek Bahasa Melayu pun.Balik sekolah nanti boleh buat," Hani masih tidak berputus asa lalu dia menarik lengan Aleeya.

"Tak pelah wey.Aku dah kenyang.Aku tak nak makan," balas Aleeya.

"Hmm ok lah kalau macam tu.Kau nak kirim apa apa tak?" akhirnya Hani terpaksa mengalah.

"Mmm tak pe lah.Aku dah kenyang," tipu Aleeya.Sebenarnya dia lupa nak ambik duit dekat atas meja.

"Ok lah kitorang pergi dulu tau.Bye," ujar Zulaikha lalu melambaikan tangannya diikuti dengan Hani.Aleeya terseyum lalu melambai kembali.

5 minit kemudian

"Akhirnya...Siap jugak!" Aleeya terjerit kecil. Tiba tiba,perutnya berbunyi.

"Ya Allah! Macam mana aku boleh terlupa ni?! Aku dahlah ada gastrik.Tapi aku lupa nak bawak ubat aku! Aduhhh bodohlah aku ni!" Aleeya marah akan diri sendiri lalu menepuk dahi.

"Nah.Ambiklah," tiba tiba ada seorang lelaki menghulurkan sekotak air milo dan roti perisa kaya.

"Tak pelah saya dah kenyang," tipu Aleeya lalu memandang lelaki itu.Rupa rupanya itu ialah Adrian.Dia pergi mana semua ada Adrian.Kadang kadang meluat jugak.

"Ambik jelah.Aku tahu kau ada gastrik kan?" teka Adrian.

"Eh mana ada.Memandai je kau ni kata aku ada gastrik," dalih Aleeya.

Tiba tiba,dia terasa seperti mahu muntah.Terus dia berlari ke tandas dan memuntahkan segala apa yang dia makan semalam.

Aleeya duduk kembali di tempatnya lalu memicit dahinya.

"Kau gastrik sebenarnya kan?" teka Adrian lagi.

"Ye memang betul pun aku ada gastrik.Tapi macam mana kau boleh tahu? Kau tanya abang aku eh?" teka Aleeya pula.

"Mmm memang aku tanya abang kau pun..." balas Adrian acuh tak acuh.

"Macam mana kau kenal abang aku? Bukannya kau rapat dengan dia pun," soal Aleeya lalu memandang tepat anak mata Adrian.

"Kau pun baru je pindah sekolah ni masa form 5.Pandai pandai je kau kata aku ni tak rapat dengan abang kau.Aku ni satu satunya pelajar sekolah yang abang kau sayang tau," balas Adrian lalu menjongketkan keningnya.

"Eleh.Mana ade! Aku ni orang yang paling diorang sayang!" marah Aleeya.Sebenarnya bukan marah pun.Cemburu 😂

Ketua Pengawas Itu Suami Aku [ C ] Where stories live. Discover now