Bab 17 🔥

1K 36 0
                                    

"Ok kita dah sampai!" jerit Tuan Firash kegirangan lalu menggeliat.

"Woii bangunlah!" Aiman mengetuk kepala Adam apabila melihat Adam masih nyenyak tidur dibuai mimpi.

"Hah api?! Mana api?!" soal Adam terpinga pinga lalu memandang semua orang.

"Kenapa semua orang pandang Adam macam tu?" soal Adam kehairanan.

"Kau dah kenape?! Tiba tiba je cakap ada api!" marah Adam lalu menarik rambut Aiman.

"Bodoh! Sakitlah!" marah Aiman lalu memijak kaki Adam.

"Sudah! Jangan nak bergaduh lagi! Sekarang turun and pergi ambil beg masing masing!" arah Puan Nasrin lalu menjeling Aiman dan Adam.

.

.

.

"Mama,kita tidur dekat bilik nombor berapa?" soal Aleeya sambil memandang keadaan sekeliling.

"Adik bilik nombor 201.Mama dengan papa bilik nombor 203," balas mama lalu tersenyum manis.

"Hah?! Kita tak sama bilik ke ma?!" soal Aleeya terkejut.

"Tak.Aleeya tidur dengan kakak Adrian.
Adrian pulak tidur dengan abang Aleeya," jelas Puan Nasrin lalu mengusap lembut rambut puterinya.

"Oh," balas Aleeya ringkas.

"Kenape? Adik tak suka ke tidur dengan kakak Adrian?" soal Tuan Firash.

"Eh mana ade.Adik suka jelah.Cuma terkejut sikit je tadi," jelas Aleeya sambil tersenyum lalu menggaru kepalanya.

"Aleeya! Jom masuk bilik!" panggil Aina.

"Hah?! Ok ok!" Aleeya yang masih terpinga pinga terus berlari mendapatkan tiga gadis jelita itu.

.

.

.

"Akak Aina,Adrian single ke taken?" soal Aleeya sambil melipat pakaiannya.

"Adrian single.Kenape? Nak couple dengan Adrian ke? Akak ok je.Lagipun akak rasa Aleeya orang yang paling sesuai dengan Adrian," balas Aina lalu ketawa kecil.

"Tak naklah Aleeya dengan mamat poyo tu.
Harap je muka hensem mengalahkan artis,
tapi garang mengalahkan singa yang tengah lapar," ujar Aleeya lalu menggulingkan bola matanya.

"Jangan benci sangat.Tengok tengok esok dah duduk elok atas pelamin," balas Adriana lalu ketawa kecil.

"Ishh akak ni.Tapi...bukan ke Adrian tu couple dengan Qistina?" soal Aleeya hairan.

"Diorang dah putus minggu lepas.Kalau dia jadi adik ipar akak,akak tak mengaku Adrian tu adik kandung akak tau.Akak akan cakap yang Adrian tu anak pungut je," balas Aina lalu membuat muka menyampah apabila menyebut nama Qistina.

.

.

.

"Woii.Kau pandai berenang tak?" soal Aleeya lalu duduk di sebelah Adrian.

"Hmm," balas Adrian ringkas.

"Elok eloklah,"

"Hmm,"

"Wey aku tanya ni,"

"Hmm,"

"Ishh kau ni kan!" Aleeya yang sudah hilang sabar itu terus menolak kepala Adrian.

"Kau kenape bodoh!" marah Adrian sambil mengusap kepalanya.

"Padan muka kau! Aku cakap elok elok kau balas hmm je!" gumam Aleeya lalu memijak kaki  Adrian pula.Nasib tak pakai kasut.

"Bodoh!" carut Adrian lalu menolak kepala Aleeya pula.

"Ishh sakitlah ngok!" Aleeya mengusap perlahan kepalanya lalu menarik telinga Adrian.

"Sakitlah bongok oii!" marah Adrian lalu menolak tangan Aleeya.

"Ya Allah! Dah kenape dengan dua ekor beruk tu along? Baru lepas berebut pisang ke ape sampai jadi macam tu?" soal Puan Nasrin lalu menggeleng kepalanya.

"Entahlah ma.Mungkin terlebih seronok kott.Yelah,beruk baru keluat dari sangkar,
mesti tak tahu ape ape pasal dunia baru," balas Aiman lalu menepuk dahi Adam.

"Woii! Kau dah kenape tepuk dahi aku?!
Dahlah tangan kau tu tebal.Boleh mati otak aku ni tau! Kau nak aku mati ke?!" bebel Adam lalu menolak bahu Aiman.

"Eleh.Kesah ape aku kau mati pun.Lagi aman hidup aku adelah," balas Aiman acuh tak acuh.

"Eleh.Cakap lebih.Padahal kalau aku mati nanti dia yang nangis lagi teruk dari mama," balas Adam lalu menjeling Aiman.

"Eh eh.Apesal pulak aku nak nangis lagi teruk dari mama?" soal Aiman yang masih blur itu.

"Iyelah.Aku kan adik kesayangan kau.Kalau aku mati nanti,mestilah kau nangis lagi teruk dari mama sebab tak de sape yang nak dengar masalah kau nanti," jawab Adam lalu ketawa terbahak bahak apabila melihat muka cemberut Aiman.

"Ieee! Tak de maknanya aku nak labelkan kau sebagai adik kesayangan aku," jawab Aiman lalu membuat muka menyampah.

"Hek eleh.Iyelah tu.Dalam hati seronok," jawab Adam lalu terus terjun masuk ke dalam kolam.

"Dasar budak 5 tahun! Orang terjun mestilah kena ada style.Kau pulak terjun macam budak 5 tahun baru nak belajar berenang," ujar Aiman lalu ketawa terbahak bahak.

"Kau diamlah! Kalau kau hebat sangat kau try arh buat!" ujar Adam geram.

"Ok fine! Kau tengok aku buat ye," balas Aiman lalu terus mengambil jarak.

Semasa dia sudah berlari anak,tiba tiba dia terlanggar seorang wanita.

"Aduhh sakitnya," adu perempuan itu lalu menggosok pingganggnya.

"Sorry cik saya tak sengaja," ujar Aiman lalu membantu wanita itu bangun.

"Cik nama ape?" soal Aiman lalu berdiri di hadapan wanita itu.

"Nama saya Tengku Adriana Maisarah.Saya kakak sulung daripada 4 orang adik beradik," jelas Adriana.

"Oh saya pun sama!" jerit Aiman teruja.

"Tak pelah.Saya pergi dulu ye.
Assalammualaikum," Adriana memberi salam lalu terus menuju ke arah parentsnya.

"Aku dah dilamun cinta!" jerit Aiman gedik.

Tiba tiba,dia merasakan yang dirinya ditolak oleh seseorang dan hampir terjatuh ke dalam kolam.

"Woii! Kau kenape nak tolak tolak aku?!" marah Aiman lalu menolak Adam.

"Kesah pulak aku," balas Adam lalu menolak Aiman dengan kuat lalu jejaka itu terus jatuh ke dalam kolam.Adam sudah ketawa terbahak bahak apabila melihat abangnya lemas.

"Woii! Nasib aku pandai berenang kau tahu tak!" marah Aiman lalu mempercikkan air kolam itu ke arah Adam.

"Dasar lelaki lembik!" ejek Adam lalu berlari anak menuju ke arah mamanya.

Ketua Pengawas Itu Suami Aku [ C ] Where stories live. Discover now