"Semua dah ready untuk perjalanan yang agak jauh?" soal Tuan Firash lalu memusingkan badannya menghadap ke belakang.
"Ready!!" jawab Aiman,Airil,Adam dan Adrian serentak kecuali Aleeya.Dia hanya mendiamkan diri sejak dari tadi.
"Aleeya.Kamu tak ready lagi ke?" soal Tuan Firash sambil memandang anak perempuannya.
"Mmm," hanya itu sahaja yang keluar dari mulut Aleeya.
"Dia merajuk papa," ujar Adam.
"Laa kenape pulak? Orang nak pergi bercuti mestilah kena seronok.Ni sedih.Kenapa dengan kamu ni Aleeya?" soal Tuan Firash.
"Dia sedih sebab dia kena duduk dengan Adrian lah papa.Kan tadi dia dah bagitahu yang dia tak nak seat macam tu.Nanti dia nak baring," balas Aiman.Airil hanya menggangguk lalu kembali menghadap telefonnya.
"I'm sorry my little princess.Nanti bila sampai dekat Swiss Garden Beach Resort,Damai Laut tu kamu nak mandi sampai malam pun mandilah.Papa tak kisah.Asalkan kamu dah tak merajuk," ujar Tuan Firash lalu mengekori kereta parents Adrian yang berada di hadapan.
1 jam kemudian.
Semua orang sudah tidur kecuali Aleeya,Adrian dan Tuan Firash.
"Wey.Tolong ambikkan bantal aku tu," Aleeya menyuruh Adrian mengambil bantal kesayangannya yang berwarna ungu itu.
"Ambiklah sendiri.Tangan ada kan?" balas Adrian dingin.
"Ishh ambiklah kejap!" suara Aleeya sedikit meninggi.Nasib baik Tuan Firash tak dengar sebab pakai earphone.Kalau tak habis semua orang bangun kalau dengar suara Tuan Firash.Suara Tuan Firash memang kuat sampai orang yang tidur mati pun boleh terbangun kalau dengar suara dia.
"Ishh nah!" Adrian yang menahan geram kerana Aleeya mengacaunya yang sedang bermain game itu terus mengambil semua bantal yang berada di sebelahnya lalu dilemparkan ke arah muka Aleeya.
"Wey sakitlah ngok!" marah Aleeya.
"Kau yang sakit bukannya aku.Ada aku kisah?" balas Adrian dengan nada yang sedikit dingin bercampur tegas.
"Ishh meluatlah aku duduk tepi kau ni!" rungut Aleeya lalu dia menginjak sedikit ke hadapan lalu menepuk perlahan bahu Adam.
"Abang,bangunlah.Abang!" panggil Aleeya.
Adam terbangun dan memusingkan badan dan menghadap ke arah adiknya.
"Hmm kenape?" soal Adam lalu menguap.
"Tukar tempat," ujar Aleeya ringkas.
"Kenape? Takut kau terjatuh cinta ke dengan jejaka kacak kat sebelah kau tu?" perli Adam.
"Ish mana ade! Aku nak duduk sebelah angah.Kau tahu kan kalau dalam kereta aku suka duduk sebelah angah," tipu Aleeya.
"Tak nak!" balas Adam ringkas.
"Ala naklah," pujuk Aleeya.
"Tak nak,"
"Naklah,"
"Tak nak!"
"Ala naklah!"
"Ishh aku cakap tak nak kan?! So aku taknalah!" balas Adam dengan nada yang sedikit tinggi kerana geram dengan Aleeya.
Selalu kacau waktu orang tengah sedap tidur."Ishh susahlah cakap dengan kau ni!" marah Aleeya lalu mengetuk kepala Adam dengan botol mineral kosong di seat yang terletak di sebelah Airil.
"Aduhh sakitlah ngok!" marah Adam.
"Padan muka! Degil sangat kan!" ujar Aleeya lalu menjelirkan lidah.Adam hanya menjelingnya dengan pandangan tajam lalu menyambung balik tidurnya yang terganggu tadi.
"Along,bangunlah.Along!" sekarang giliran along pula.
"Adik! Kenapa kacau abang abang kamu tengah tido?" soal Tuan Firash yang melihat kelakuan anaknya dari tadi lagi.
"Mana ada adik buat diorang.Diorang yang tak nak tukar tempat dengan adik!" jawab Aleeya lalu duduk di seatnya kembali.
"Hmm ape ape jelah," balas Tuan Firash lalu menghadap ke hadapan kembali.
Setelah 5 minit berlalu,mata Aleeya semakin berat.Semasa dia sedang menggosok matanya,tiba tiba ada sebuah kereta Myvi memotong kereta Tuan Firash secara mengejut.Tuan Firash yang terkejut dengan tindakan kereta Myvi itu terus memberhentikan kereta secara mengejut.
Aleeya yang terkejut dengan perbuatan papanya itu hampir terhantuk di tingkap kereta tetapi tiba tiba dia merasakan yang seseorang meletakkan tangannya di hadapan dahi Aleeya supaya tidak terhantuk.Orang itu ialah Adrian sape lagi.
Semua orang yang sedang nyenyak tidur dibuai mimpi terus terbangun kerana terkejut."Awak ni kenape brek mengejut? Nasib baik anak anak kita pakai seatbelt! Kalau tak dah lama saya cincang kepala awak!" ugut Puan Nasrin lalu menampar lengan suaminya itu.
"Kereta Myvi depan ni yang tiba tiba potong kereta kita secara mengejut.Saya pun ape lagi brek lah mengejut.Nasib baik tak bawak laju," jelas Tuan Firash.
"Aleeya,kamu ok tak?" soal Puan Nasrin lalu memandang ke belakang.
"Ok je ma!" jawab Aleeya sambil terseyum.
"Aleeya! Mama rasa kamu tak pakai seatbelt.And mama rasa sebelum papa brek mengejut tadi kamu ada kacau abang abang kamu kan?" teka Puan Nasrin.
"Hmmm betul mama," jawab Aleeya ringkas.Tak tahu nak kata apa dah.
"Wey.Sini jap," panggil Aleeya.
"Mmm nak ape?" soal Adrian dingin.Sikit pun tak berganjak.
"Ishh sinilah kejap," panggil Aleeya lalu menarik lengan baju Adrian.
Adrian terus mendekatkan telinganya di hadapan Aleeya.
"Terima kasih sebab dah selamatkan aku,"
ucap Aleeya perlahan.Takut didengari oleh abang abangnya."Mmm sama sama," balas Adrian dengan muka ketatnya itu.
"Ishhh kau ni,orang pergi holiday untuk tenangkan fikiran.Tapi kau,tak habis habis dengan muka dingin kesayangan kau tu," perli Aleeya lalu menjeling Adrian.
"Kau pun sama.Tak habis habis dengan perangai merungut kesayangan kau tu," bidas Adrian membuatkan telinga Aleeya semakin merona merah akibat menahan marah.
"Kau diamlah!" marah Aleeya lalu menumbuk paha Adrian.
"Sakitlah minah merungut oii," ujar Adrian lalu memukul tangan Aleeya.
"Korang ni tak habis habis bergaduh! Diam sikit boleh tak?!" marah Aiman lalu menjeling ke arah Aleeya dan Adrian.
YOU ARE READING
Ketua Pengawas Itu Suami Aku [ C ]
AléatoireAdrian seorang ketua pengawas sekolah yang sangat dingin dan tegas.Dia tidak suka bergaul dengan orang lain kecuali keluarga,guru dan 2 orang rakannya,Hafiz dan Zahred. Aleeya seorang yang periang dan baik hati.Dia baru sahaja berpindah ke Silver Hi...