"Adik,kamu ok tak ni? Nak mama bawak pergi hospital tak?" soal Puan Nasrin.
"Ok je," balas Aleeya ringkas lalu berjalan menuju ke arah lif lalu butang lif itu ditekan.Selepas 10 saat menunggu,pintu lif itu terbuka dan Aleeya terus masuk ke dalam perut lif itu.
"Kamu lah ni Airil.Gerak dia lambat lagi.Dah jadi badmood," tegur Puan Nasrin lalu menghidupkan televisyen.
"Orang tak buat ape ape pun.Angah dah gerak dia waktu Subuh tau tak.Dia tu yang tak nak bangun," balas Airil lalu berjalan menuju ke anak tangga.
"Apalah nasib mama dapat anak macam tu.
Nasib mama ada Aiman kan? Kalau tak penat mama melahirkan korang," balas Puan Nasrin sambil tersenyum manis ke arah Aiman."Mama Aiman ada banyak kerja lah nak buat.Aiman masuk dalam bilik dulu ye! Bye assalammualaikum ma!" jerit Aiman lalu terus menghilangkan diri disebalik dinding di sebelah tangga.
"Ishh! Perangai semua sama je!" bebel Puan Nasrin lalu melipat baju yang ditinggalkan Aiman tadi.
.
.
.
"Aleeya.Kau ok tak ni? Aku tengok kau asyik muram je dari tadi? Kau ada masalah ke?" soal Hani apabila melihat muka Aleeya yang dari tadi muram sahaja.
"Aku ok je," balas Aleeya ringkas lalu tersenyum pahit ke arah Hani.
"Wey,kenapa dengan Aleeya?" soal Zulaikha setelah Hani duduk di kerusinya.
"Entahlah wey.Bila aku tanya dia jawab ok je," malas pulak aku nak tanya lebih lebih.
Tak pasal pasal kepala aku melayang nanti."Kau ni pun satu.Tak payahlah tanya pasal hal keluarga dia.Yang kau sibuk nak tahu pasal keluarga dia dah kenape?" soal Zulaikha lalu menyambung membuat kerja sekolah bahasa melayu yang diberi oleh Cikgu Suraya tadi.
"Wey.Kenapa dengan Aleeya?" Adrian yang entah muncul dari mana terus duduk di hadapan Hani dan Zulaikha.
"Entah.Dari semalam badmood.Bila aku tanya je mesti dia jawab ok," jelas Hani sambil matanya tidak lekang memandang Aleeya yang sedang duduk termenung memandang ke luar tingkap.
"Kenape dengan awek kau tu bro?" soal Hafiz lalu menepuk perlahan bahu Adrian.
"Mana aku tahu," balas Adrian lalu berjalan menuju ke tempat duduknya bersebelahan dengan Aleeya.
"Wey," panggil Adrian.
"..." masih tiada jawapan.
"Aleeya!" suara Adrian sedikit meninggi.
"..." masih lagi tiada jawapan.
"Tengku Melissa Aleeya!" Adrian memanggil Aleeya buat kali ke-3.
"..." masih tiada suara yang dilontarkan oleh mulut Aleeya.
"Tengku Melissa Aleeya binti Tengku Mohd Firash!" panggil Airil sambil menyepak kerusi Aleeya.
Aleeya yang sedang termenung itu terkejut dengan tindakan Adrian.Terus dia memalingkan muka menghadap Adrian.
"Nak ape?" soal Aleeya dingin.
"Kau kenape? Sakit? Demam?" soal Adrian lalu matanya tidak lekang memandang anak mata Aleeya.
"Tak," jawab Aleeya sepatah.
"Kau ni dah kenape? Aku tanya kau tak nak jawab.Lepas tu merengek nak balik," perli Adrian lalu menjeling Aleeya.Saje nak sakitkan hati Aleeya.2 hari tak berperang mulut dengan gadis tu,mestilah rindu kan?
"Ishh tak de ape apelah!" jawab Aleeya dingin lalu terus memandang ke luar tingkap sekali lagi.
"Cakap elok elok tak boleh ke wahai adik yang manis?" perli Adrian.
"..." Aleeya hanya mendiamkan diri dan matanya tidak lekang memandang ke luar tingkap.Adrian bangun dan menuju ke tepi tingkap dan melihat pemandangan di luarnya.Tak de ape ape pun selain kolam dan pokok pokok yang menghijau.Apa yang Aleeya tengah tengok tu?
"Aleeya,kau tengok ape hah?!" soal Adrian sambil menggongcang sedikit bahu Aleeya.
"Aku ok jelah.Dah pergi duduk tempat kau," balas Aleeya dengan nada malas.
Adrian hanya mendiamkan diri dan terus berlalu pergi ke arah tempat duduknya.
.
.
.
Kriiinggg!!!!!!!!!!
Loceng berbunyi menandakan waktu rehat sudah bermula.Semua pelajar berpusu pusu berlari anak keluar dari kelas.
"Wey Aleeya.Kau nak pergi kantin tak?" soal Zulaikha.
"Hmm," balas Aleeya dingin lalu terus berjalan meninggalkan Hani dan Zulaikha.
Mereka berdua terpinga pinga dengan tingkah laku Aleeya yang berubah 360 darjah itu."Korang nak makan ape?" soal Hani kepada Zulaikha dan Aleeya.
"Aku nak sandwich ayam and milo ais," ujar Zulaikha lalu menghulurkan duit 5 ringgit kepada Hani.
"Kau pulak nak makan ape?" soal Zulaikha apabila melihat kawannya termenung memandang ke arah botol airnya.
"Kau nak makan ape?!" suara Zulaikha sedikit meninggi.
"Hah?" soal Aleeya yang masih terpinga pinga dengan soalan Zulaikha tadi.
"Kau nak makan ape? Bagi duit dekat Wani," jelas Zulaikha lalu menepuk perlahan bahu Aleeya.
"Aku nak nasi lemak ikan bilis dengan air kosong je," ujar Aleeya lalu menghulurkan not 7 ringgit kepada Hani.
"Ok,pesanan diterima.Sila tunggu sekejap," balas Hani dengan gaya seorang pelayan.
Sedang Aleeya dan Zulaikha tengah rancak berbual,tanpa mereka sedar ada mata yang sedang memerhatikan mereka.
YOU ARE READING
Ketua Pengawas Itu Suami Aku [ C ]
AléatoireAdrian seorang ketua pengawas sekolah yang sangat dingin dan tegas.Dia tidak suka bergaul dengan orang lain kecuali keluarga,guru dan 2 orang rakannya,Hafiz dan Zahred. Aleeya seorang yang periang dan baik hati.Dia baru sahaja berpindah ke Silver Hi...