"Suka hati kitorang lah nak balik lambat ke awal! Kenape.Ada masalah ke?! Tak kacau hidup kau pun kan?!" suara Adam sedikit meninggi.
"Adam! Sabar.Aleeya baru 15 tahun.Manalah dia nak tahutentang kerja semua ni.Kau tu dah umur 20 tahun.Buatlah cara umur 20 tahun.Jangan buat perangai macam umur 5 tahun!" marah Airil pula.
"Kau tak habis habis nak sebelahkan Aleeya! Aku tahulah kau sebelahkan dia sebab kau nak hadiah tu kan?! Perangai kau pun sama je!" marah Adam lalu menolak kasar bahu Airil sehingga dia terjatuh.
"Ape masalah kau Adam?! Aku tahulah kau marah kat aku! Tak payahlah tolak angah sampai jatuh! Kalau aku tolak kau sampai jatuh apa perasaan kau.Marah kan?!" herdik Aleeya.
"Sudah sudahlah tu korang ni! Adik beradik sepatutnya saling memahami! Bukannya saling bergaduh!" suara Aiman semakin meninggi.
"Kau diamlah along! Dari dalam kereta kau bising! Pening kepala aku!" marah Adam lalu terus naik ke tingkat 3.
"Angah,angah ok tak?" soal Aleeya lalu menarik tangan Airil untuk bangun.
"Along...Tengok Abang Adam tu! Perangai dia semakin menjadi jadi lah! Kena santau ke ape?!" rungut Aleeya lalu menggoncang
tangan Aiman."Manalah abang tahu dia kena santau ke ape.Tak pe nanti abang try cakap dengan dia ok," balas Aiman lalu terus menaiki tangga menuju ke biliknya.
"Angah,angah ok tak ni? Nak adik call mama?" soal Aleeya prihatin.Aleeya memang manja dengan Airil sejak dari kecil lagi.Kalau dia jatuh mesti angah dia yang akan ubatkan.Aiman dengan Adam tahu gelak je kalau dia jatuh.Lagi lagi kalau Aleeya ni luka.Airil lah orang yang paling cemas sekali.Mengalahkan Puan Nasrin.
Macam Airil pulak mak kepada Aleeya."Adik,esok teman abang pergi mall nak?"
ajak Airil."Nak!!!" ujar Aleeya teruja.Kebetulan Adam sedang turun tangga masa tu.
"Baik jerit satu dunia je senang! Memekak je yang kau tahu!" perli Adam.
Aleeya hanya menjeling sahaja abangnya itu.Perangai tak pernah ubah langsung.
.
.
.
"Adik,harini mama tak balik ke?" soal Airil.
"Ha ah.Mama kata mama kena ikut papa pergi Negeri Johor.Esok malam baru mama balik," terang Aleeya sambil matanya ligat melihat cerita Running Man.
"Macam mana kau tahu? Mama telefon kau ke?" soal Airil inginkan kepastian.
"Mana ade.Tu ada kertas kecil dekat pintu peti ais.Kau pergi lah tengok sendiri," balas Aleeya.
Airil pun berlalu pergi ke arah pintu peti ais lalu melihat ada sekeping kertas kecil terlekat kemas di pintu peti ais.
.
.
.
"Adik,cepatlah! Dah pukul berapa ni," panggil Airil.
"Iye kejaplah! Adik nak siap dah ni!" jerit Aleeya dari dalam biliknya.
Airil terus berlalu ke arah kereta Ferrari miliknya yang berwarna merah lalu menghidupkan enjin.
"Kau nak pergi mana dengan adik?" soal Aiman lalu menghidupkan kereta Lamborghini berwarna hitam Adam.
"Aku ajak Aleeya pergi mall.Kenape? Kau nak join ke? Kalau kau nak join jomlah.Kita
boleh naik kereta Velfire tu.Suruh Pak Mat
yang bawak," ajak Airil."Eh takpelah.Aku dengan Adam nak pergi bengkel jap," tolak Aiman.
"Kau nak buat ape pergi bengkel?" soal
Airil hairan.Rasanya baru minggu lepas Aiman tukat sport rim.Takkan nak tukar lagi."Adam nak tukar seat,stereng dengan seatbelt.Dia kata tak selesa," balas Aiman lalu bergerak menuju ke almari kasut.
"Banyak duit dia nak tukar semua tu,"
balas Airil lalu mengikat tali kasut."Entahlah.Dia pinjam dekat mama kott,"
teka Aiman lalu mengikat tali kasut sportnya yang berjenama Adidas."Mungkin..." balas Airil lalu ketawa kecil.
"Angah jom! Adik dah siap," ajak Aleeya.
"Siap apenye? Mana kasut kau?" soal Airil apabila melihat Aleeya hanya berkaki ayam masuk ke dalam kereta.
Aiman yang melihat karenah Aleeya itu terus ketawa terbahak bahak.
"Mana ada orang naik kereta Ferrari and then pergi mall berkaki ayam!" ujar Aiman lalu ketawa terbahak bahak.
"Ishhh angahlah ni! Bagitahulah adik awal awal," rungut Aleeya lalu mengambil kasut bertumit tinggi berwarna merah yang dihiasi dengan reben.
"Biasalah.Orang miskin kan.Sebab tu naik kereta ferrari berkaki ayam je," perli Adam.
"Kau diamlah! Bukannya kacau kau pun!" marah Aleeya lalu mengetuk kepala Adam
menggunakan sling begnya.Nasiblah sling
beg Aleeya kecik and tak keras sangat.Kalau tidak boleh benjol Adam dibuatnya.Airil dan Aiman hanya melihat sahaja pergaduhan di antara kucing dan anjing itu.
"Dah jom! Semalam kau yang suruh angah cepat," kata Airil lalu menarik tangan Aleeya
daripada terus bergaduh dengan Adam.
Kalau dibiarkan rasanya sampai esok tak habis lagi diorang bergaduh.
YOU ARE READING
Ketua Pengawas Itu Suami Aku [ C ]
De TodoAdrian seorang ketua pengawas sekolah yang sangat dingin dan tegas.Dia tidak suka bergaul dengan orang lain kecuali keluarga,guru dan 2 orang rakannya,Hafiz dan Zahred. Aleeya seorang yang periang dan baik hati.Dia baru sahaja berpindah ke Silver Hi...