Bab 3 🔥

1.5K 55 0
                                    

"Kau buat ape hah dekat dia?" soal Adrian sambil terselit nada dingin.

"Eh eh.Sedap mulut mak bapak kau je eh tuduh aku buat diorang.Diorang yang langgar aku dulu lepastu nak pukul aku pulak.Mana boleh!" cerita Aleeya sambil berpeluk tubuh.

"Aku tahu kau yang mulakan dulu right?" soal Adrian sambil menjongket kening.

"Kau ni dah kenape?! Kalau kau rasa aku ni yang buat dia ok fine! Kau tuduhlah aku macam macam! Aku memang jahat pun sebab tolak dia sampai siku dia berdarah!" jerit Aleeya kepada Adrian di depan pelajar.Lantaklah diorang nak kata ape pun.Janji diorang tak kacau hidup aku sudah.

Adrian yang sedang menahan malu itu terus merentap tangan Aleeya yang mahu beredar dari blok itu.

"Ish kau ni kenape hah?! Aku dah kata kan aku ni memang salah! Yang kau nak kacau aku apahal?!" muka Aleeya sudah merona merah kerana marah.

"Perempuan tak guna!" marah Adrian di depan Aleeya sendiri.

Aleeya yang sedang menahan marah di dalam hati itu terus menampar muka Adrian sehingga merah.Ada setitik darah yang keluar dari hujung bibir Adrian.

Adrian terkejut dengan kekuatan Aleeya.Tidak pernah ada orang yang menampar pipinya sehingga berdarah.Aleeya ialah orang yang pertama.

Qistina yang melihat keadaan itu terus berlari anak mendapatkan buah hatinya,Adrian.

"You,you ok tak ni? Nak I tolong bubuhkan ubat tak?" soal Qistina dengan penuh kegedikan.

Hafiz dan Zahred pula terus pergi ke arah Aleeya apabila melihat Qistina sudah mahu memulakan rancangannya.Macamlah diorang tak tahu yang Qistina ni banyak helah.Tapi helah dia selalu tak jadi disebabkan oleh Hafiz and Zahred.

"Aleeya,jom pergi dari sini,"ajak Hafiz.

Aleeya terus menolak Hafiz dan Zahred lalu beredar meninggalkan mereka.

"Ni semua kau punya pasal!" marah Zahred lalu anak matanya menikam anak mata Qistina.Qistina terus memeluk Adrian sambil menangis.Adrian hanya membiarkan sahaja.

"Dah lah! Jom pergi dari sini! Menyemak je tengok muka The Nana Diva tu! Dahlah hodoh! Lepas tu perasan cantik! Aleeya lagi cantik lah!!!" sengaja Hafiz meninggikan suara supaya semua pelajar tahu mengenai kegedikan The Nana Diva.

.

.

.

"Ishh mana along ni.Kata nak ambik aku pukul 1:00.Sekarang ni dah pukul 1:20 dah,"bebel Aleeya seorang diri.Hani dengan dengan Zulaikha dah balik pukul 1:15 tadi.

"Baby...I love you so much!" tiba tiba Aleeya terdengar suara wanita.Apabila mendengar perkataan 'I Love You' terus Aleeya buat muka menyampah.

"You cuba you tengok perempuan ni.Dah lah single! Lepas tu duduk kat sini macam orang gelandangan!" kata wanita itu lalu ketawa terbahak bahak.Rupa rupanya itu ialah Qistina dengan Adrian.

Tiba tiba sebuah kereta Lamborghini yang berwarna hitam berhenti di hadapan mereka bertiga.Qistina terpegun dengan kecantikan kereta itu.Dia ialah peminat kereta Lamborghini.Lamborghini itu berwarna hitam emas.Walaupun semua warnanya hitam,tetapi ia lutsinar dan berkilat.

Aleeya terus meluru ke arah kereta Lamborghini itu lalu ingin membuka pintu.Qistina yang melihat perbuatannya terus menolak Aleeya.Semua pelajar dan guru yang berada di situ terkejut dengan perbuatan Qistina secara tiba tiba itu.

"Kau kenape?! Aku nak balik! Tepilah!!" marah Aleeya lalu menolak Qistina.

"Ni kereta akulah! Kau jangan pandai pandai nak sentuh kereta aku!" marah Qistina lalu menolak Aleeya sehingga dia terdorong ke belakang.

Semua pelajar dan guru dari Silver Highschool tidak berkelip mata melihat adegan itu.Ada pelajar yang merakamnya.

Tiba tiba pintu kereta Lamborghini itu terbuka.Seorang lelaki yang sangat kacak keluar dari Lamborghini itu.

Tiba tiba,sebuah lagi kereta Lamborghini berhenti di belakang kereta Lamborghini yang Aleeya dan Qistina berebutkan.

Lamborghini yang baru berhenti ini berwarna Ungu gelap dan sport rimnya berwarna biru gelap.

Keluar 2 orang jejaka dari Lamborghini itu.

Apabila mereka bertiga sudah bersama,semua pelajar dan guru di situ membulatkan mata masing masing kecuali Aleeya.Dia hanya memandang kosong 3 jejaka itu.

Ketua Pengawas Itu Suami Aku [ C ] Where stories live. Discover now