Bab 15 🔥

1K 28 0
                                    

"Adik! Turun breakfast!" panggil mama dari tingkat 2.Bilik Puan Nasrin dan Tuan Firash berada di tingkat 2.

"Ye mama! Adik dah nak siap ni!" jawab Aleeya lalu turun menggunakan tangga.

"Dah jom makan," ajak Puan Nasrin apabila melihat anak daranya sudah turun dari tingkat 4.

"Mama ni.Baru pukul 6:50 pagi.Awalnya breakfast.Selalu kita breakfast pukul 7:00 kan? Kenapa harini awal sangat?" rungut Aleeya kerana terpaksa bangun awal daripada biasa.

"Sudah jangan banyak merungut.Takkan nanti bila dah kahwin nak merungut jugak depan suami?" tegur Puan Nasrin.

"Ishh mama ni.Ke situ pulak," balas Aleeya lalu ketawa kecil.

"Hah sampai pun dua budak kecik ni.Lama tau kitorang tunggu.Sampai dah berjanggut Adam tunggu korang tau," perli Tuan Firash.

"Oh awak cakap saya budak kecik ye? Mana janji awak nak beli kat saya kereta Lamborghini hah?" soal Puan Nasrin lalu menarik telinga Tuan Firash.

"Aduhh sakitlah! Cepatlah makan! Pukul 7:15 nak gerak dah," Tuan Firash cepat cepat menukar topik.

"Hah?! Awalnya papa! Sekarang baru pukul 6:55 pagi," rungut Aleeya lagi lalu melihat jam yang terletak kemas di pergelangan tangannya.

"Kawan papa dah siap.Tinggal nak bawak masuk barang dalam bonet je," balas Tuan Firash.

"Awalnya siap! Diorang breakfast pukul berapa?" tanya Adam.

"I don't know.Maybe 6:00 am?" teka Tuan Firash.

"Sudah sudahlah tu menyibuk pasal urusan orang lain.Makan cepat!" tegur Puan Nasrin.

.

.

.

"Papa,lama lagi ke nak sampai dekat rumah kawan papa tu?" soal Aleeya kerana dia berasa bosan.Abang abangnya semua duduk dekat seat depan.Dia sorang je yang duduk seat kat belakang.Maklumlah,kereta Velfire.Mesti ada banyak ruang.

"Sabarlah sayang.Lagi 5 minit sampailah," balas Puan Nasrin.

"Hmmm ok," balas Aleeya lalu membuka aplikasi Instagram.

5 minit kemudian.

"Aleeya kita dah sampai," ujar Puan Nasrin.

"Ok mama," balas Aleeya lalu turun dari kereta.

Tuan Firash terus menuju ke bonet dan menarik balik seatnya kembali ke posisi asal.

"Papa,kenapa tak bagi seat tu jadi macam lantai.Senang Aleeya nak baring nanti.
Kalau papa buat macam ni nanti sakit lah tengkuk Aleeya," pantas Aleeya menghalang.

"Anak kawan papa naik dengan kita sekalilah adik.Sebab tu papa buat seat macam ni," balas Tuan Firash sambil tersenyum manis.

"Ala papa! Kenapa dia tak naik dengan parents dia je?" Aleeya masih tidak berpuas hati dengan keputusan papanya.

"Kereta Velfire diorang rosak.So diorang terpaksa naik kereta BMW.Kawan anak papa tu ada 4 orang.3 perempuan and sorang lelaki.Lelaki tu bongsu.Sebaya je dengan kamu," jelas Tuan Firash.

"Ishh tak kisahlah! Adik tak sukalah seat macam ni!" Aleeya masih tidak berpuas hati.

"Adik! Dengar cakap papa!" tegur Puan Nasrin dari belakang.

"Hmm yela yela," ujar Aleeya lemah lalu terus masuk ke dalam kereta dan mengambil tempat di tepi tingkap sebelah kiri.

Tiba tiba,seorang lelaki masuk ke dalam kereta Tuan Firash lalu mengambil tempat di sebelah Aleeya iaitu di tepi tingkap sebelah kanan.

Apabila merasakan ada orang yang duduk di sebelahnya,terus lamunan Aleeya terhenti.Dia memusingkan badannya menghadap lelaki yang duduk di sebelahnya itu.Apabila mereka bertentangan mata,masing masing terkejut.

"Kau?!!" ujar mereka berdua serentak.

"Papa!!!" jerit Aleeya.Airil yang terdengar jeritan adik kesayangannya itu terus bergegas masuk ke dalam kereta.

"Kau kenape dik?! Ok ke tak ni?!" soal Airil cemas sampai terjatuh dibuatnya kerana terlanggar seat kereta.

"Eh abang!" Aleeya yang melihat abangnya terjatuh itu terus berlari mendapatkan Airil.

"Abang ok tak ni?" soal Aleeya pula.

"Abang ok je.Kau pulak kenapa terjerit jerit macam baru lepas jumpak hantu?" soal Airil lalu bangun dan duduk di seat berhadapan dengan Aleeya.

"Kenapa Adrian naik dengan kita?!" soal Aleeya separuh berbisik.

"Woii aku dengarlah!" perli Adrian lalu memasang lagu dan menyumbatkan earphone ke dalam lubang telinganya.

Aleeya hanya mengendahkan kata kata Adrian lalu menjelingnya.

"Ishh adik tak sukalah Adrian tu naik sekali dengan kita! Disebabkan dia adik dah tak boleh nak baring baring macam tadi!" rungut Aleeya.

"Ishh kau ni suka merungut! Bisinglah!" kata Adam yang berada di hadapan pintu kereta.Aiman hanya membiarkan sahaja adik adiknya bergaduh.Malas nak kata apa lagi.Kalau dia masuk campur lagi besarlah hal ni dibuatnya.

"Ishh masuklah cepat!" marah Aiman lalu menendang punggung Adam dengan kuat.
Tersungkur terus jejaka itu di hadapan seat.

"Ya Allah! Apa kena dengan kamu ni hah?!
Tak malu ke kat Adrian yang tengah duduk kat belakang tu? Mama tengok dari tadi dia duduk diam aje kat situ.Tak mengacau orang pun.Perangai dia lagi matang daripada kamu walaupun dia baru form 5! Kamu dah 20 tahun lebih perangai mengalahkan budak budak umur 5 tahun kamu tahu tak?!" bebel Puan Nasrin.Aleeya dan Airil terus menutup telinga masing masing menggunakan telapak tangan.

"Ishh mama nilah.Tak habis habis nak membebel kat kitorang.Boleh bernanah telinga kitorang ni mama tahu tak," rungut Adam.

Puan Nasrin terus menutup pintu kereta dan duduk di seat hadapan bersebelahan dengan seat pemandu.


Ketua Pengawas Itu Suami Aku [ C ] Where stories live. Discover now