Bab 28 🔥

1K 33 0
                                    

"Apa yang kamu merepek ni Qistina?" soal Puan Nasrin.

"Betul aunty! Diorang pun nampak yang Aleeya dengan Adrian berpelukan.Betul tak semua?" soal Qistina.Semua pelajar menundukkan kepala masing masing.

"Kamu balik ke kelas kamu sekarang," arah Puan Nasrin.

"Tak nak! Tina nak duduk sini dengan Adrian!" bantah Qistina lalu terus berlari menuju ke arah Adrian.Dia melompat dan sekarang berada di dalam dukungan Adrian.Semua yang berada di situ memandang Qistina dengan pandangan tidak percaya.Hati Aleeya semakin membara.Dah lah tepi dia je.

"Kesian kau kan? Aku sekarang ada dekat dalam dukungan Adrian.Kau just peluk je.Tak de makna apa apa pun," perli Qistina lalu menjeling Aleeya.

Aleeya hanya mendiamkan diri dan menjeling Qistina.Dia berjalan menuju ke arah Puan Nasrin.

"Ma,adik nak balik," pinta Aleeya sambil memicit dahinya.

"Aleeya ok tak ni?" soal Puan Nasrin.

"Pening," jawab Aleeya.

"Kalau macam tu duduk dekat dalam pejabat mama je.Dekat rumah tak de sape nak jaga adik.Lagipun tak de sape yang boleh ambik adik," suruh Puan Nasrin.

"Hmm ok," balas Aleeya lalu mengemas barang barangnya.Adrian hanya melihat sahaja tingkah laku Aleeya.

"Ha Qistina! Tak reti nak turun ke?! Ingat kamu dengan Adrian tu mahram?!!" jerkah Puan Nasrin.Adrian terus melepaskan Qistina dari mendukungnya.

Qistina mengusap pipi Adrian dan semakin lama semakin dekat jarak di antara bibir Qistina dengan pipi Adrian.Adrian menjauhkan dirinya.

"Tengku Qistina Maisarah!!!! Go to your classs nowww!!!!" jerit Puan Nasrin.Semua pelajar terkejut dengan jeritan Puan Nasrin.

Qistina melangkah keluar dari kelas itu lalu menjeling Syahmi.Puan Nasrin hanya menjeling Qistina.

"Aku nak bagi amaran! Kalau korang buat anak aku sampai dia nangis or sakit! Jangan berangan boleh lepaskan diri dari aku!!" ujar Puan Nasrin dengan muka tegang.Semua pelajar hanya mengangguk.

Adrian terus duduk di tempatnya.Selepas bayang Puan Nasrin tidak kelihatan,semua pelajar menghela nafas lega.Adrian memandang kosong tempat duduk Aleeya.
Tanpa dia sedar air matanya mengalir.Nasib tak de sesiapa yang nampak.Hafiz dan Zahred terus melangkah menghampiri Adrian yang sedang menangis itu.

.

.

.

"Aleeya,kamu ok tak ni?" soal Puan Nasrin risau lalu memegang dahi Aleeya dengan telapak tangan.

"Aleeya ok je," balas Aleeya ringkas.

"Nah makan Panadol ni," suruh Puan Nasrin lalu menghulurkan sebiji Panadol dan segelas air.

Aleeya hanya akur dengan perintah mamanya.Kalau tak ikut mahu berdarah telinga dengar bebelan mamanya itu.

"Bukak kasut dengan stokin tu.And then baring,tidur.Kalau rasa sejuk selimut ada dekat depan kaki kamu je," suruh Puan Nasrin sambil menunjukkan di mana terletaknya selimut.

Aleeya hanya mengangguk tanda mengiyakan apa yang diperkatakan oleh Puan Nasrin tadi.

Puan Nasrin mengusap lembut rambut Aleeya lalu keluar dan menutup kembali pintu bilik pejabatnya.

Setelah 5 minit baring di atas sofa tanpa membuat apa apa,akhirnya Aleeya melelapkan matanya dan hanyut dibuai mimpi.

.

.

.

"Aleeya,bangun sayang.Jom kita balik," Puan Nasrin mengejutkan Aleeya yang sedang nyenyak tidur dibuai mimpi.

"Hmm? Ok," balas Aleeya mamai.

"Mama,mana beg adik?" soal Aleeya apabila melihat beg sekolahnya tiada.

"Oh.Adrian bawak balik tadi.Dia kan balik awal,so dia ambiklah sekali beg kamu," jelas Puan  Nasrin.

Aleeya hanya mengangguk.Sekarang dia penat sangat.

.

.

.

Sampai sahaja di rumah,Aleeya terus naik menuju ke bilik.

Adrian yang sedang sibuk melihat telefonnya terus melihat ke arah pintu apabila terdengar seseorang membuka pintu dari luar.

"Assalammualaikum," sapa Aleeya.

"Waalaikummussalam. Awak ok tak ni?" soal Adrian selepas menjawab salam.

"Hmm saya ok je," balas Aleeya lalu mengambil baju dan tuala lalu terus masuk ke dalam bilik air.

Selesai membersihkan diri,Aleeya mengeringkan rambutnya menggunakan hair dryer.Adrian hanya melihat sahaja tingkah laku isterinya.

"Awak dah mandi ke belum?" soal Aleeya.

"Belum lagi.Malaslah," jawab Adrian.

"Apelah awak ni.Dah pergi mandi sekarang!" arah Aleeya.

"Ala. Kejap lagi lah. Saya penat," balas Adrian sebelum merebahkan tubuhnya di atas katil.

"Ish! Badan tu dah lah berpeluh! Pergi mandilah Adrian!"

"Ish. Yelah-yelah," Adrian mencapai tualanya sebelum melangkah masuk ke dalam bilik air. Pintu dihempas kasar tanda protes. Aleeya menggeleng sebelum tubuh dibaringkan di atas katil.

.

.

.

Setelah selesai membersihkan diri,Adrian memakai t-shirt hitam dan seluar track suit.
Dia melihat Aleeya yang nyenyak tidur di atas katil.

Perlahan-lahan pintu bilik dibuka sebelum langkah diatur mendekati dapur.
Dia mengambil semangkuk bubur,ubat demam dan air masak lalu diletakkan di atas dulang sebelum kembali naik ke tingkat atas.

"Aleeya.Bangun makan," Adrian menggoncang perlahan bahu Aleeya.

"Hmm? Tak naklah.Tak de selera," jawab Aleeya sambil menggosok matanya.

"Aleeya. Bangun sekarang," arah Adrian tegas.

"Saya takde seleralah! Macam mana saya nak makan?!" marah Aleeya.Dia memang tak suka orang paksa dia.

"Makanlah...," rengek Adrian.Walaupun tak ikhlas 😂.

"Haihhh.Yelah yelah saya makan," Aleeya mengambil bubur yang terletak di tangan Adrian lalu mengambil sudu dan menyuap bubur itu ke dalam mulutnya.Adrian hanya melihat isterinya makan.

"Awak tak makan?" soal Aleeya.

"Tak. Saya dah makan tadi time awak tido," tipu Adrian.Aleeya hanya mengangguk.

"Lepas dah habis makan bubur tu,awak makan ubat ni. Saya nak pergi kedai jap," pesan Adrian.

"Ok," jawab Aleeya sepatah.

"Ingat! Makan bukannya BUANG!" pesan Adrian lagi lalu menjeling Aleeya.

"Iye saya ingatlah!" jawab Aleeya geram.
Macam tahu tahu je yang dia nak buaang ubat tu.

"Saya ada pasang CCTV tau dalam bilik ni.So saya boleh tahu kau makan ke tak ubat tu.
Kalau saya nampak awak tak makan ubat tu saya denda awak!" ugut Adrian.

"Ok ok saya makan," jawab Aleeya takut.

"That's my girl," ujar Adrian lalu keluar dari bilik.

"Haihhh,kenapalah aku kena makan ubat yang tak sedap ni? Malangnya nasib aku," bebel Aleeya sendirian lalu menelan ubat itu dengan cepat.Takut muntah balik 😂.

Ketua Pengawas Itu Suami Aku [ C ] Where stories live. Discover now