Bab 31 🔥

851 31 0
                                    

"Wey aku takutlah! Sekejap lagi kita dah mula periksa," ujar Hani gelisah.Harini diorang dah mula SPM.Cepat je masa berlalu and kandungan Aleeya pun dah mencecah 3 bulan.

"Pelajar pelajar SPM sila bergerak masuk ke dalam dewan sekarang! Saya ulang! Pelajar pelajar yang akan menduduki SPM sila bergerak masuk ke dalam dewan sekarang!
Sekian terima kasih!"

"Eh,jomlah masuk.Cikgu dah panggil," ajak Zulaikha.

Semasa mereka sedang elok berjalan,tiba tiba Qistina dan gengnya berlari dan dengan sengaja mereka menolak tubuh Aleeya dengan kuat. Sedikit sahaja lagi Aleeya mahu jatuh, tiba-tiba ada seseorang sempat memeluk pinggangnya daripada belakang.Hani dan Zulaikha terkejut melihat gerangan yang memeluk pinggang Aleeya dari belakang.

"Lain kali hati-hatilah sikit.Saya tak nak anak saya mati sebelum saya sempat tengok dia," pesan Adrian separuh berbisik di corong telinga Aleeya.

"Qistina yang tolak saya," balas Aleeya perlahan.

"Dah.Jom masuk dewan," ajak Adrian lalu memegang bahu Aleeya untuk menstabilkan Aleeya supaya berdiri dengan betul.Macam budak 9 bulan nak belajar berjalan pulak.

Zahred dan Hafiz yang baru sampai terkejut dengan perbuatan Adrian.Mereka berdua memandang Hani dan Zulaikha dan membulatkan mata masing masing menandakan mereka perlu penjelasan.
Hani dan Zulaikha menjongket bahu tanda tidak tahu.

Beberapa hari kemudian .

"Yey! Akhirnya habis jugak periksa!" ujar Hani teruja.

"Bisinglah kau ni,"

"Apa apa jelah.Asalkan aku tak kacau hidup kau sudah," balas Hani sambil menjongketkan keningnya.

"Kau memang dah lama kacau hidup aku," balas Zulaikha selamba.

"Ishh korang ni.Sehari tak gaduh tak sah," tegur Aleeya.

"Alah.Gaduh gaduh manja," ujar Hani.
Zulaikha hanya menjeling Hani.

"Hello guys!" tiba tiba Qistina and the geng datang dan menyapa mereka.

"Nak ape?" soal Zulaikha dingin.

"Uuu takutnye.Ada orang marahlah guys," ujar Qistina dengan nada gedik.

"Kau nak ape sebenarnya?!" marah Hani.
Orang nak berehat boleh pulak minah ni kacau.Nak penampar free kot.

"Tak de apa.Just nak sembang kejap dengan Aleeya.Boleh kan?" soal Qistina lalu merentap kasar tangan Aleeya.

"Eh.Kau ni dah kenapa nak tarik tangan dia!" marah Zulaikha lalu menolak Qistina.

"Apa masalah kau hah?! Aku nak cakap dengan dia sorang je bukannya nak cakap dengan kau!" balas Qistina lalu menolak kasar tubuh Zulaikha dan menarik Aleeya.

"Sakitlah!" Aleeya mengerang kesakitan.

"Diam boleh tak!" marah Qistina.

Tiba tiba,seorang lelaki menolak kasar tubuh Qistina menyebabkan gadis itu terjatuh seperti nangka busuk.

"Kau kenapa?!!" jerit Qistina.Dia bangun dan melihat lelaki yang menolaknya.

"Kenape? Ada masalah?!" herdik lelaki itu.

Qistina terkejut apabila melihat lelaki yang menolaknya tadi.Terus dia berlari anak dan memeluk lengan milik lelaki itu.

"You.I bukannya sengaja nak tarik tangan dia.Tapi dia yang tak nak dengar cakap I.
Lepas tu dia kata I ni perempuan murahan. Padahal I tak pernah cari gaduh dengan dia pun," tipu Qistina sambil bermain main dengan lengan Adrian.Aleeya hanya memandang Qistina dengan pandangan tajam.

"Woii ape pegang pegang ni! Jijik kau tahu tak jijik!" marah Adrian.

"You...Kenape dengan you ni? You dah tak sayangkan I ke? You tahu tak I sayang you lebih daripada I sayang diri I sendiri you tahu tak..." rengek Qistina.

"Ishhh tak pasal pasal ada jugak orang makan penampar free kejap lagi," kata Hafiz.

"Kau diamlah! Bising je kerja!" marah Qistina.

"Suka hati akulah nak bising ke nak diam ke.Ni mulut aku bukan mulut kau," balas Hafiz.

"Ishh diamlah!!!!" jerit Qistina.

"Dahlah tu! Bisinglah korang ni! Semak betul aku dengan perempuan ni!!!" jerit Adrian lalu menolak kuat tubuh Qistina.

"You! Kenape you buat I macam ni?! Oh,I tahu.You jadi macam ni disebabkan perempuan jijik ni kan?!" tuduh Qistina lalu menampar dan menolak kuat tubuh Aleeya.

Aleeya tidak dapat mengawal keseimbangan dan ingin terjatuh di anak tangga.Adrian terus berlari dan menarik kuat tangan Aleeya supaya gadis itu tidak jatuh.

"You! Kenape you selamatkan dia?!" bentak  Qistina dan bergegas menuju ke arah Adrian.

"Kau ni dah kenape?! Gedik mengalahkan orang gila!" marah Adrian lalu menolak kasar bahu Qistina.

Hani dan Zulaikha yang baru sampai terus menarik kasar tangan Qistina.

"Korang ni kenape pulak?!" marah Qistina lalu menolak dan menendang tubuh Zulaikha.Hani terus menarik lengan Qistina.

"Kau sibuklah! Pergi sana!!!" Qistina menjerit seperti orang yang kerasukan lalu menampar dan menolak kuat tubuh Hani menyebabkan gadis itu terjatuh dan kepalanya terhantuk di atas lantai.
Qistina tidak menghiraukan Hani lalu terus menendang kuat tubuh Zulaikha.

"Woiii!!!" Zahred dan Hafiz terus berlari ke arah mereka bertiga.

"Kalau korang tak nak rasa sakit baik korang pergi dari sini! Kalau tidak aku bunuh Zulaikha!" ugut Qistina.

"Kalau kau tak nak biji mata kau lebam baik kau lepaskan dia!" giliran Hafiz pula mengugut Qistina.

Qistina tidak mengendahkan ugutan Hafiz dan menggunakan seluruh tenaganya menolak kuat tubuh Zahred lalu mula menendang perut Zulaikha.

"Woiii! Lepaskan kawan akulah!" Aleeya yang dari tadi berdiam diri akhirnya bersuara.

Qistina berpaling dan memandang Aleeya lalu tersenyum sinis.

"Apa yang bising sangat ni hah?!! Sampai ke pejabat boleh dengar tahu tak?!!!" tiba tiba,
ada satu suara memarahi mereka.

Ketua Pengawas Itu Suami Aku [ C ] Where stories live. Discover now