"Awak...Lama lagi ke nak tunggu diorang habis beli air Starbucks tu? Saya dahaga lah," suara Aleeya bertukar menjadi manja.
"Awak ni dah kenape? Dulu tak macam ni pun?" soal Adrian hairan.
"Ishhh awak ni! Tak nak kawan!" Aleeya terus berjalan meninggalkan Adrian yang masih terpinga pinga itu.
"Sayang wait for me!" panggil Adrian separuh berbisik lalu mencengkam pergelangan tangan kanan Aleeya.
"Auchh sakitlah!" ujar Aleeya lalu menjeling Adrian tajam.
"I'm sorry.Saya tahu awak tak suka berdiri lama lama kan?" pujuk Adrian.Aleeya tidak menghiraukan pujukan Adrian.Sekarang matanya tidak lekang memandang kedai yang menjual barang kemas.
Adrian yang melihat tingkah laku isterinya itu terus berpaling menghadap ke tempat yang sama.
"Awak nak beli barang kemas ke?" soal Adrian lalu memandang muka Aleeya.
"Eh taklah.Saya tengok je," balas Aleeya sambil tersengih menampakkan barisan giginya yang putih.
"Jom masuk nak?" ajak Adrian.
"Takpelah.Awak pergilah masuk.Saya tunggu dekat sini," balas Aleeya.
"Jom," arah Adrian lalu menarik pergelangan tangan kanan Aleeya.Aleeya hanya mengikut sahaja langkah Adrian dan mereka masuk ke dalam kedai menjual barang kemas itu.
"Adrian,awak nak beli ape?" soal Aleeya.
"Awak pilihlah awak nak yang mane.Nanti saya bayar," suruh Adrian.
"Eh takpelah.Jom kita balik," ajak Aleeya lalu menarik tangan kiri Adrian.Adrian tidak berganjak walau sedikit pun.
"Awak nak yang mane?" soal Adrian dengan nada dingin.
"Haihh kalau sehari tak paksa tak sah," gumam Aleeya lalu berjalan membelek rantai,gelang dan cincin di situ.
Semasa dia sedang khusyuk melihat barang barang kemas itu,matanya terlihat dua utas rantai yang tertulis Amelia dan Airil.Kebetulan tu nama abang dia,so dia nak beli rantai tu untuk abang dia.
"Miss,I want this," pinta Aleeya sopan.
"I'm sorry miss.Rantai ni dah ditempah orang," jawab wanita itu.
"Oh.Kalau saya nak tempah jugak boleh?" soal Aleeya.
"Maaf puan.Rantai ni limited edition dekat mall ni.So rantai ni ada satu je," balas wanita itu.
"Oh takpelah.Thank you," balas Aleeya lalu segera mendapatkan Adrian.
"Jom kita balik," ajak Aleeya.
"Tak nak beli apa apa ke?" soal Adrian.
"Nanti kalau saya nak saya bagitahu lah dekat awak," balas Aleeya.
"Tunggu sini kejap tau.Kakak saya suruh beli gelang tangan jap," suruh Adrian.
"Awak tahu ke saiz tangan kakak awak berape?" soal Aleeya.
"Tahu," balas Adrian.
.
.
.
"Lambatnya Adrian ni," rungut Aleeya.
"Assalammualaikum," seseorang memberi salam kepada Aleeya.
"Waalaikummussalam.Yes,may I help you?" soal Aleeya dengan penuh sopan.
Aleeya menoleh ke belakang dan orang itu ialah Adrian.Nasib tak terkejut sampai melatah.Kalau tidak buat malu je.
"Bagi tangan," suruh Adrian.
YOU ARE READING
Ketua Pengawas Itu Suami Aku [ C ]
RandomAdrian seorang ketua pengawas sekolah yang sangat dingin dan tegas.Dia tidak suka bergaul dengan orang lain kecuali keluarga,guru dan 2 orang rakannya,Hafiz dan Zahred. Aleeya seorang yang periang dan baik hati.Dia baru sahaja berpindah ke Silver Hi...