Bahan-bahan
Sebungkus spaghetti
6 ulas Bawang putih
Sebiji Bawang besar
Cili kisar - ikut tahap kepedasan.
Sebiji tomato (boleh lebihkan)
Sos cili
Daging kisar
Mix herb
Gula
Garam
Minyak untuk menumisCara-cara
Rebus spaghetti (air rebusan letak garam sampai rasa masin)
Daging kisar lalukan pada air, dan digoreng tanpa minyak. Ketepikan.
Tumis bawang putih dan bawang merah yang dah dihiris halus. Masukkan cili kisar, kite guna dalam sesenduk dan tomato yg dah dipotong dadu. Tumis sampai naik minyak. Masukkan air rebusan spaghetti dalam secawan, dan masukkan sos cili. Dah mendidih, masukkan daging yg dah dimasak dulu, masa nie bole masukkan capsicum atau sebarang sayur. Kite bantai letak carrot sebab tu je yang ada. Letakkan mix herb. Perisakan dengan gula dan garam. Sebelum letak garam elok rasa dulu, sebab air rebusan tu dah masin. Sedia dihidang.