Kad Ahli

37 0 0
                                    

Hi, nama aku Fara. Berumur 19 tahun pelajar jurusan Diploma Farmasi tahun pertama. Hidup aku tak best mana pun, semuanya rutin. Bangun pagi, mandi, siap2 ke kampus, tunggu bas Cik Kiah, sarapan dengan member2, masuk kuliah pukul 5 balik hostel buat assignment. Tapi benda paling yang buat aku syok (selain cuci mata tengok mahasiswa main bola) tengok anime! Aku boleh dikategorikan sebagai otaku (peminat kartun jepun la), punya banyak la aku download cerita dalam laptop & external penuh dengan anime. Contoh yang aku minat: One Piece, Dragon Ball (yg Z je GT suka lagu je), Attack on Titan, Fullmetal Alchemist (yg brotherhood je sbb tak berbelit sgt) & banyak lagi. Ramai cakap aku ni anti-sosial dan kurang bergaul. Memang pun sebab aku banyak kali kena khianat dengan kawan baik sendiri. Aku serik ada kawan baik, yang ada sekarang cuma kawan sebilik itu pun aku takut nk anggap mereka sebagai akrab. Aku kerap juga keluar riadah bersama mereka, tapi aku takut nak menganggap mereka sebagai kawan baik.

Seperti biasa, harini episod One Piece yang baru bakal keluar. Seronoknya!!! eeeee!!! Boleh cuci mata tengok Trafalgar Law. Kartun pun kartun la sekurang2nya aku tau aku bertepuk sebelah tangan. Dari minat kat lelaki sebenar tapi dia hancurkan hati kau buat semak je. Sedang aku asyik layan episod baru, tiba-tiba daun pintu ditolak oleh seseorang.

Shakila: Oi Fara! Hang ingat tak harini hari apa?

Aku: Ingatla.. Hari Rabu.. awat?

Shakila: Hang ingat tak berapa haribulan?

Aku: 11 kan?

Shakila: Potak hang! Harini 12 la. Cer hang tengok kalendar.

Aku: Oh s***! Aku punya kad ahli mati harini!

Shakila: baik hang cepat. Dan lagi ni. Ni baru tgh hari. Mujoq kuliah habih awai.

Aku: uish.. mujoq hang peringat aku. Mekasih wei. Aku pi kampus dulu tata!

Aku bergegas ke kampus tapi bagaimana aku nk ke sana? Bas Cik Kiah pukul 5 petang baru lalu, sekarang pukul 3 petang. Sedang aku berfikir aku terlihat rakan sekuliah aku, Jamal sedang rancak berbual di luar hostel. Yes! Ini peluang aku.

Aku: Hi Jamal. Sihat?

Jamal: Ko nak apa?

Aku: Pinjam motor boleh?

Jamal: Ah sudah. Aku bukan taknak bagi tapi ko pompuan. Nanti jatuh susah pulak. Kalau ko patah tangan takpe tapi kalau motor calar nangis sebulan aku.

Aku: Alaa.. tolongla.. Aku kena pergi kampus ni. Ada hal la wei.

Jamal: Tak boleh.

Aku: Kalau ko bagi pinjam, aku bagi nombor phone Naemah mau?

Jamal: Betul ke? Jaga motor aku elok2 jangan lupa isi minyak. *baling kunci motor ke arah aku*

Aku: *sambut kunci motor* Alright! Nanti aku forward nombor dia kat ko. Jangan kata aku bagi pulak!

Aku memecut laju motor EX5 Jamal (EX5 je pun, berkira) ke kampus. Aku meluru masuk ke bilik IT hujung koridor dan keluarkan kad ahli aku.

Aku: Encik saya nak renew kad ahli.

Encik Shukor: Okay. Bagi kad *nada bosan*

Alah mamat ni, kalah DOTA la tu.

Encik Shukor: Ko ada bagi calar chip ke?

Aku: Mana ada selama ni swipe kat IT ok je.

Encik Shukor: Ni ada calar ni. Bak RM 10.

Aku: Pehal plak?! Takkan calar sikit pun kena denda?

Encik Shukor: sikit ke banyak ke calar tetap calar. Hidup ni kena la bertanggungjawab, kalau tak tau makna tanggungjawab umpama ko ni mcm player yg selalu afk. Sebab sifat selfish ko rank aku jatuh! *menangis*

Ooohhh.. Aku paham.. Teammate dia afk la punca kalah ni. Usai urusan aku di bilik IT, aku menuju ke perpustakaan. Aku ingin mencari bahan rujukan bagi assignment Puan Munah bagi subjek Literature. Walaupun bukan subjek teras tetapi aku harus bersungguh di dalam projek ni! (sebab utama aku taknak repeat paper) Sedang aku mencari bahan rujukan di seksyen Language & Literature, mata aku terpandang ke arah sebuah buku yang amat usang berjudul "Petualang Dimensi". Aku mencapai buku itu dan mula menyelak halaman demi halaman. Macam best, misteri pulak tu. Terdapat satu halaman di bahagian belakang, penulisan seperti mantera. Ia merupakan tulisan kuno yang tidak dapat aku kenal pasti. Aku cuba meneliti 1 persatu perkataan tersebut, habuk melitupi halaman tersebut. Aku sapu habuk tersebut lalu berterbangan ke udara. Tiba-tiba, tulisan tersebut bercahaya! Dalam fikiran aku, buku ni powerbank ke? Buku tersebut jatuh dari tangan aku lalu terbentuk 1 portal yang menyerap aku masuk ke dalam. Aku kaku & tidak mampu untuk bersuara, segala2nya berlaku dengan sepantas kilat.

Aku membuka mata dan menyedari bahawa aku sedang berbaring di atas katil. Aku mengehela nafas lega dan menyedari segala yang terjadi cuma mimpi. Tapi aku pelik, kenapa setting bilik aku lain? Sejak bila pencahayaan bilik aku terang dan cantik? Sejak bila aku ada meja di dalam bilik? Suasana di bilik ini seolah-olah di dalam anime. Segalanya tersusun rapi dan kemas. Adakah aku bermimpi? Aku melihat tangan aku dan seluruh badan aku. Ini bukan aku! Sejak bila aku putih susu?!! Aku mengeluarkan suara ternyata suara aku lebih kecil dan gedik dari asal. Aku menangkup mulutku. Aku terlihat meja solek di sudut bilik, perlahan aku mendekatinya dan melihat cermin. Hati aku berdebar, badan aku menggeletar setelah aku melihat muka aku di cermin ternyata muka aku berubah! Ini bukan muka aku! Apa dah jadi???!!! Rambut aku berwarna perang muda separa bahu, mata aku bulat berwarna hazel (coklat la tu), mulutku kecil, hidung pun kecil. Aku.. aku di alam anime!!!!

Petualang Dimensi (Anime Crossover)Where stories live. Discover now