Hari Pertama

14 0 0
                                    

Aku bingung, aku tidak tahu apa yang berlaku. Aku mencubit tangan aku untuk bangun dari tidur ni. Tiba-tiba, terdapat bunyi derapan tapak kaki dari luar bilik. Aku ketakutan dan meluru ke katil berselubung di bawah selimut. Bunyi tapak kaki tersebut mendekati bilikku. Daun pintu bilik ditolak dan orang tersebut berjalan ke arah aku. Aku berharap janganlah muncul watak villain nak lawan dengan aku. Selimut aku ditarik dan tiba-tiba aku melihat watak Dadan dari One Piece di hadapanku!

Dadan: Pukoi berapa nak bangkit ni oi!!! Nanti lambat pergi sekolah!

Aik??? Cakap melayu?? Pelik betul. Aku hanya merenung mukanya kerana masih terkejut.

Dadan: Tengok apa kat muka aku? Cepat pergi mandi siap2 pegi sekolah! Cuti dah habis nak tido berapa lama lagi?! Ingat senang ke nak jaga kau? Dari kecik sampai besar tak pernah nak bangun awal pegi sekolah?!

Jadi maksudnya dia ni mak aku la?? Aku bingkas bangun dan meluru ke bilik air selepas disepak oleh 'mak' aku. Hairan, aku seolah2 tahu apa perlu dilakukan dan aku hafal segala susun atur di dalam bilik ini. Aku siapkan diri dengan mengenakan uniform sekolah. Kawaii!! Aku punya teringin nak pakai baju macam ni tapi seksi sangat kalau aku pakai kat dunia betul. Jam menunjukkan pukul 7 pagi. Maksudnya aku masih awal. Aku menyikat dan mengikat rambutku dgn rapi. Tapi secara tiba-tiba terdapat kelibat muncul di tingkap bilik aku. Kelibat tersebut mengetuk tingkap aku berkali-kali. Aku membukanya, alangkah terkejutnya aku Levi Ackerman muncul depan aku! Watak yang paling femes dalam Attack on Titan, mengaut undian tertinggi sepanjang masa dialah Levi! Aku minat gila dengan dia!

Levi: Oi. Ko pehal ni.

Aku: Takde pape. Terkejut je. Apahal ko datang sini

Levi: Takde apa aku tak siap keje sekolah. aku datang nk tiru keje sekolah ko.

Aku: Aik? Harini kan hari pertama sekolah ada kerja sekolah ke?

Levi: Bukan untuk tahun ni tapi yang tahun lepas.

Angin bertiup sepi belakang aku, sekeliling aku kelam. Kalau tahun lepas punya kerja sekolah sah2 la dah hantar. Ada akal ke tak budak ni?

Aku: Tahun lepas punya keje sekolah ada ke? Sah2 la cikgu dah ambik.

Levi meluru masuk ke bilik dan menggeledah begku.

Levi: Ni apa? Yg ni la keje sekolah tahun lepas. Kalau taknak bagi tiru cakap awal2.

Dahla aku terkejut pasal masuk dunia ni tak habis lagi tiba-tiba nak kena hadam benda tak masuk akal pulak? Aku lihat ke arah beg sekolah aku, terdapat catatan di beg tersebut "Class 3-1". Maksudnya aku masih belajar di Junior High School grade 3 kelas pertama. Maknanya aku budak pandai la. hehehe... Levi ni maksudnya classmate aku la. Banyaknya aku nak kena hadam pagi ni!

Tiba-tiba pintu bilik aku dihempas kuat oleh seseorang. Muncul Trafalgar Law! Watak yang aku minat dalam One Piece!

Law: Ko apsal dalam bilik adik aku?

Adik?? Dia abang aku???

Law: Sora, ko tak apa2? *nada serius*

Aku: Ok je takde pape. Dia...

Law: Baik ko berambus sekarang dari bilik ni sebelum aku bukak langkah *masih serius*

Levi: Tch. Kantoi pulak. Ok aku pergi. Buku ko aku bagi nanti kat kelas.

Levi bergegas keluar dari bilik aku menggunakan 3DM gear (ala.. benda tali yg boleh bagi terbang tu. macam Fanny dalam Mobile Legend)

Law: Lahanat punya budak. Jom Sora turun makan. Nanti mak bising.

Aku: owh okay2.

Nama aku Sora? haha comel jugak. Mungkin ada dalam dalam watak anime yang aku tak pernah tengok. Aku turun ke dapur bersama 'abang' aku. Hikhik abang aku Law. Bangga siot! Smart pulak dia pakai baju sekolah. 'Mak' aku masih lagi berleter, tak sangka dalam ramai2 watak dia jadi mak aku? Dahla penyangak hodoh pulak tu tapi dia baikla sebab jaga Luffy & Ace sampai besar. Sudah selesai menikmati makan pagi, aku berjalan ke sekolah ditemani 'abang' aku. Aku melihat lebih banyak watak2 anime di luar rumah. Aku lihat Buggy & the geng sebagai pemungut sampah dari syarikat swasta, keluarga Elric dari Fullmetal Alchemist tinggal di kejiranan aku, watak-watak dari Gintama bekerjaran ke sekolah dan juga terdapat L dari Death Note berjalan separa mengantuk. Aku keliru tapi dalam masa yang sama aku seronok. Aku selalu impikan untuk berada di dalam dunia seperti ini.

Petualang Dimensi (Anime Crossover)Where stories live. Discover now