Ruang Rahsia

7 0 0
                                    

Loceng berbunyi bermakna tamat penggal pertama dan mula waktu rehat. Aku berjalan keluar ke kelas, kawan-kawan aku mengajak untuk makan bersama mereka, tetapi aku terpaksa menolak kerana aku ingin berjumpa dengan Korosensei. Aku tidak sempat ucapkan terima kasih atas nasihatnya semalam.

Sedang aku berjalan dan menuju ke bilik guru, aku nampak Saitama, King dan Genos berjalan di luar bangunan menuju ke stor belakang dewan. Apa yang mereka lakukan di situ? Sedang aku perhatikan mereka Korosensei menyapa aku dari hadapan.

Korosensei: Eh? tak makan ke Sora?

Aku: oh tak cikgu.. Ni saya nak bagi ni kat cikgu. Tanda terima kasih sebab nasihat saya semalam.

Korosensei: waahhh!! keychain sotong! kawaiiii. mana kamu beli ni?

Aku: saya buat sendiri cikgu. saya harap cikgu suka.

Korosensei: mestilah saya suka. Pelajar saya bagi saya hadiah.

Aku: terima kasih cikgu.. baiklah saya pergi dulu ye cikgu.

Korosensei: jangan lupa makan! terima kasih bagi saya hadiah!

Aku: sama2 * sambil berlari*

Aku keluar menuju ke dewan sekolah dan mendekati stor tersebut. Aku tahu mereka bertiga watak dari One Punch Man tapi apa yang mereka lakukan di dalam stor? adakah rancangan untuk hapuskan Monster Corp? Lebih baik aku pergi pasang telinga. Aku masuk ke dalam stor tapi hampa tiada orang di dalam. Aku yakin mereka bertiga berada di dalam stor. Aku nampak mereka masuk stor ni. Aku menunduk dan mencari jika mempunyai ruangan rahsia di dalam ini. Ternyata jangkaan aku benar, ada ruangan lain di dalam stor ini. Terdapat ruangan kosong di dinding semasa aku ketuk.

Aku mencari pintu masuk dan berjaya jumpa tombol usang di dinding stor. Aku pulas tombol tersebut dan aku menjumpai tangga ke bilik bawah tanah. Aku turun menerusi tangga tersebut dan aku terdengar suara orang bercakap. Aku perlahankan langkah dan berjalan ke arah bilik yang bercahaya. Aku dengar suara orang bersorak dan menjerit mati kau! Aku ketakutan dan tersadung ke arah pintu lantas terbukak pintu bilik tersebut. Aku nampak mereka bertiga! King, Genos dan Saitama.

Siapa yang mati tadi? diorang bunuh orang ke? takkan kot. Saitama kan hero. Genos menghampiri aku dan menghulurkan tangan kepadaku.

Genos: kau tak apa2?

Aku: Tak.. aku sakit sikit je.

King: macam mana kamu boleh sampai ke sini?

Aku: maaf cikgu, saya ekori cikgu tadi. Saya cuma nak tau apa yg cikgu buat dgn pelajar2 ni. Saya terdengar seseorang sebut mati kau! saya terkejut dan jatuh ke bilik ni.

King: nampaknya kamu dah tau. Genos! bawak dia ke sana.

Aku: eh kejap, takkan nak bunuh saya? tolongla jangan buat macam ni.. saya nak balik dunia saya.. janganla buat macam ni.. saya janji saya tak bagitau sapa2. *menangis*

Genos mengheret aku ke tempat yang diarahkan aku hanya mampu menangis. aku tak sangka watak baik dalam anime mampu menjadi kejam. nampaknya aku takkan boleh balik ke dunia sebenar. Di sinilah pengakhiran aku...


King: tak payah nak berdrama, jom sambung main.

Aku: Ma. ma.. main??

King: Saitama bagi dia controller kamu.

Saitama: baik... nah Sora. Aku dh puas main. Giliran ko pulak.

Laa... main game tekken rupanya.. Cis! aku tertipu! Ye tak ye sebab King memang kaki game jadi bilik bawah tanah ni untuk dorang main game la.

Aku: cikgu, kenapa kena main game kat sini? kenapa tak sediakan ruangan lain kat sekolah untuk main?

King: kalau orang nampak saya main game jatuh la maruah saya. Ni pun dah jatuh maruah dah sebab 3 orang nampak saya main.

Lawak la King ni.. memang macam dalam anime jugak. Sejak aku jumpa Saitama dia susah betul nak bercakap, lagipun muka dia berbeza dari anime. Muka dia kat sini version muka yang serious bukan muka yang macam telur tu. Nampak smart oh!

Waktu rehat tamat dan kami semua keluar dari bilik bawah tanah tersebut. King meminta aku agar rahsiakan perkara tadi. Aku berjanji dan akan simpan rahsia tersebut.

King: saya tak risau sangat pasal Sora & Saitama. Saya risaukan Genos, lurus sangat2. Ko pasti ko boleh simpan rahsia Genos?

Genos: cikgu boleh percayakan saya. saya akan simpan rahsia ni.

King: Kalau macam tu bagus. Baiklah balik semula ke kelas kamu.

Aku pulang semula ke kelas tiba-tiba Saitama menarik tangan aku.

Saitama: jumpa aku besok di perpustakaan waktu rehat.

Dia terus berlalu selepas bisikkan kepada aku. Dia kenapa? takkan nak ajak dating pulak? nanti tak pasal abang aku cincang dia. Aku pulang ke kelas dan memberikan tumpuan kepada pembelajaran aku. Tapi aku masih tertanya-tanya, kenapa Saitama nak jumpa aku? Watak dia buatkan aku pelik, sebab Saitama tak pernah nampak serius dalam anime. Ada masa dia serius jugak tapi kat dunia ni mcm sentiasa serius.

Petualang Dimensi (Anime Crossover)Where stories live. Discover now