Aku tidak dapat melelapkan mata sepanjang malam. Aku masih memikirkan tentang tingkahlaku Saitama. Kenapa dia tak sama dalam anime? Kesemua watak yang aku jumpa mengikut peribadi mereka dalam anime. Apa yang dia nak sampaikan kat aku? Aku berpusing seluruh katil untuk lelapkan mata.
Dadan: Bangkit! Sampai bila nak tido ni?!
eh? dah pagi?? Alamak jam dah pukul 7.30!!!
Dadan: pergi mandi cepat! nak aku gerak baru nak bangun!
Aku bingkas bangun dan menyiapkan diri ke sekolah. Aku tak sempat untuk sarapan di dapur, aku terus keluar dari rumah sambil mengunyah roti. Eh? Abang aku takde la harini.
Aku: mak, mana abang?
Dadan: Abang kau dah pergi awal lagi tadi. Ada mesyuarat kelab katanya. Jaga diri elok2. jalan baik2!
Aku: ok mak!
wow! caring rupanya Dadan ni.. Rupa ganas tapi dalam hati ada taman. Aku lihat jam tangan aku, pukul 7.50?? Aku pecut selaju yang mungkin. Aku nampak Levi gunakan 3DM gear berterbangan di udara.
Aku: Levi! aku nak tumpang boleh?!
Levi: tak larat aku nak bawak ko. gemok
Levi terus berlalu tanpa menoleh ke belakang. Takguna punya mamat mata layu. Takut jatuh saham la tu. Aku makin penat berlari secara tiba-tiba sebuah motor besar berhenti di depan aku. Yang tu Franky!!
Franky: Superrrr lambat la kau ni. Nak tumpang tak?
Akhirnya ada orang yang baik hati nak menolong.
Aku: terima kasih Franky.
Baru aku nak membonceng dia terus pecut motor.
Franky: jangan harap! Nanti aku kena bunuh dengan abang ko! Superrrrrr!!!
Harapan palsu.. Tak guna!!! Tiba-tiba, terdapat seseorang menghulurkan tangan kepada aku SAITAMA!!!
Aku: uhm.. awak kenapa ada kat sini.
Saitama: ko lambat kan? Meh aku tolong. Pegang tangan aku.
Aku pegang tangannya dan sepantas kilat dia membawa aku lari. Aku tiba di sekolah hanya dalam masa seminit, perjalanan yang sepatutnya mengambil masa 15 minit menjadi lebih cepat. Jam menunjukkan pukul 7.51.. aku selamat.. Fuhh..
Aku: terima kasih senpai. kalau tak lambat aku.
Saitama: jangan lupa jumpa aku di perpustakaan rehat nanti.
Dia terus berlalu pergi.. Kenapa taknak bagitau sekarang je???!!!
Aku menuju ke kelas dan melihat kebanyakan mereka sudah sampai. Keadaan kelas riuh rendah, aku menyapa Nami.
Aku: Hi Nami! nampak bersemangat harini.
Nami: ha'ah semalam aku balik awal. Kedai Arlong kena rush dengan polis.
Aku: eh kenapa?
Nami: kedai makan dia bukak game wukong kat belakang memang polis serbu la. Nasib baik aku sempat lari kalau tak dengan aku masuk dalam.
Aku: haha.. memang ko bernasib baik. Eh Zoro awal pulak ko harini!
Zoro: aku tak balik rumah la semalam.
Luffy: ko sesat lagi ea Zoro?
Zoro: diam mangkuk!
Aku dah agak dah.. Zoro ni memang bermasalah la. Aku tak sabar menunggu waktu rehat. Aku nak tau sangat2 apa yang Saitama nak sampaikan kat aku.
YOU ARE READING
Petualang Dimensi (Anime Crossover)
FantasyCerita ini sesuai untuk yang layan anime One Piece, DBZ, FMA, AOT, Death Note, Naruto & One Punch Man. Sebuah karya fanfic mencampur adukkan semua watak. Kalau tanya kenapa anime ni je yang ada? Sebab ni antara anime/manga yang aku minat. Enjoy!!! o...